Thursday, February 9, 2012

Dr Mu'ti, Polong Import dan Mahathir sebagai jeneral Polong Untuk Kacau Anwar


UBN sudah kehabisan modal dan kudrat untuk menyekat kemaraan Anwar Ibrahim dan sekaligus menghancurkannya. Berbagai cara dan kaedah telah digunakan. Modal atau hujah secara ilmiah sudah lama habis. Ternyata tokoh-tokoh dan pemimpin UBN tidak mampu untuk berdepan dengan kepetahan Anwar.

Bukan itu saja, idea atau hujah di sebelah UBN sudah dapat difahami rakyat sedalam-dalamnya. Mereka tidak lagi dapat merujakan rakyat dengan janji. Politik retorika UBN sudah berakhir.

Lantaran itu UBN mengambil pendekatan baru, memperkenalkan politik brutal dan melantik seberapa banyak samseng. Dalam masa sama UBN tidak terlupa juga melantik atau memberi lesen kepada polong untuk mengganggu rakyat dan khususnya Anwar Ibrahim yang mereka lihat sebagai penghalang utama yang berwibawa.

Mengenai penggunaan polong ini tidak cukup dengan menggunakan para polong dalam negeri media penjilat buntut UBN sanggup menggunakan polong dari negara jiran untuk memberi persepsi buruk ke atas Anwar Ibrahim.

Di dalam negara sudah segala macam orang digunakan untuk menjadi polong bagi memburuk Anwar. Dari golong ahli politik, ekonomi, sejarawah, pensyarah sampailah kepada ustaz berjubah lusus dijadikan polong. Dilantik menjadi propagandis memburukkan Anwar demi mempertahankan kerajaan UBN.

Penggunaan orang politik untuk menjadi polong ini selepas UBN 'giler' memikirkan atau kehilangan akal macam mana hendak memusnahkan Anwar. Sudah 12 tahun diusahakan untuk hancurkan Anwar tetapi ia tetap juga tidak berhasil.

Itu Dr Mahathir Mohamad bolehlah dianggap sebagai jeneral polong untuk menghancurkan Anwar. Sudah bermacam-macam dilakukan bagi memusnahkan Anwar dan keluarganya sekali tetapi belum berjaya. Mahathir bukan saja setakat memalukan, merendahkan moral Anwar dengan tuduhan liwat, layan pelacur dan sebagainya tetapi sudah dipenjarakan.

Usaha itu semua tidak berjaya. Kadang kala kesian memikirkan nasib Mahathir Mohamad. Walaupun sudah berada dalam ruang persaraan yang mana waktu subsidi itu perlu dihabiskan dengan cucu dan cicit, tetapi beliau masih tidak tenang dan dapat menggunakan masa itu untuk rehat. Beliau terus berkerja untuk memusnahkan Anwar.

Walaupun sudah bersara dari menjadi PM selama lapan tahun namun Mahathir tidak senang. Tidur dan masa rihatnya dengan cucu tergangu kerana dikejar bayang yang tidak pasti. Apakah Mahathir bimbang kalau UBN tidak berkuasa dia akan didakwa? Mahathir seorang yang tidak mudah mempercayai kepada seseorang yang sudah diraguinya. Walhal Anwar sudah pun memaafi apa yang Mahathir lakukan kepadanya. Sepatutnya Mahathir menerima maaf itu dan menjauhi diri dari politik Anwar dan berihat sepuasnya.

Mahathir adalah jeneral polong politik yang bukan sahaja berusaha keras untuk memusnahkan Anwar yang tidak musnah. Ia diikuti oleh para polong politik lain. Mereka yang dulu bersama Anwar atau Pakatan Rakyat, tetapi memalingkan ke arah UBN bolehlah disifatkan polong - polong upahan. Polong ini pula bermacam wajah ada yang makan telor, makan daging, makan pucuk dan ada juga yang memakan dengan jawatan senator.

Mereka bertindak kerana tidak cukup makan, atau pun tergoda dengan umpan dan pengkeras dari UBN atau kerana gagal mencapai hasrat dan cita-cita mereka, tidak cukup syarat pertapaan menyebabkan mereka bertukar menjadi polong. Kini ada si polong baru sedang belajar untuk memolong dengan memaki hamun kawan dan partinya dan juga Anwar Ibrahim. Berapa banyak jamu-jamuan untuknya?

Tidak ketinggalan juga ustaz berjubah lusus, janggut seronyeh juga menukar profesyen menjadi polong. Sedikit ilmu agama dan kewarakan dibuat-buat digunakan untuk meluluskan diri sebagai polong. Bagi saya mereka berpaling tadah bukan kerana kesalahan Anwar tetapi kerana ada rangsangan lain seperti kecewa. Kalau mereka bertindak kerana tidak setuju dengan Anwar, timbul pertanyaan kenapa baru hari ini, setelah lebih 30 tahun bersama Anwar?

Untuk memburukkan Anwar bermacam-macam tuduhan dan dakwaan yang dilakukan. Salah guna kuasa, menjadi penyokong Yahudi, menjadi anak emas Amerika Syarikat, sokong Israel semuanya dihumban kepada Anwar. Tidak cukup itu Anwar diburukan dengan tuduhan dan fitnah ke atasnya. Direndahkan maruahnya dituduh sebagai peliwat, pelayan pelacur dan segala macam.

Golong yang terperasaan memiliki ilmu agama dan ahli mujtahid pula mengatakan Anwar sebagai pengamal atau menerima konsep pluralisme agama? Apa pluralisme? Ataua sebenarnya kura-kura lisma?

Toh Anwar tidak juga musnah malahan makin dipolongi, makin kuat, makin diyakini rakyat. Rakat makin menggilai Anwar dan meletakkan kepercayaan tinggi kepada Anwar. Ini dunia, satu pihak mengeji satu pihak memuji.

Polong dari Indonesia

Terbaru yang menjadi polong untuk mengacau Anwar ialah orang bernama Dr Abdul Mu'ti. Malu mendengar dajat dan kelulusan orang ini (sebagai Doktorat) tetapi masih sanggup menjadi polong dan sesat dalam maklmal ilmunya. Apakah dia ini sudah tidak cukup makan sehinggakan sedia menjadi polong di negara orang?

Abdul Mu'ti yang menjadi setiausaha pertubuhan gerakan agama terbesar Muhammadiyah dari Indoneia. Dia mempertikaikan kenyataan Anwar dalam akhbar The Wall Street Journal berhubung pandangan Anwar terhadap Israel dalam konteks sejagat dan kemanusiaan.

Kata Mu'ti kalau tujuan Anwar mengeluarkan kenyataan itu untuk menarik perhatian Amerika ia adalah perbuatan silap, tidak bijaksana dan memakan diri sendiri. Jadi Mu'ti tidak dapat mengesankan secara benar apakah tujuan Anwar membuat kenyataan itu. Apakah adil beliau untuk mengulas mengenai hal itu sedangkan tidak mengetahui niat sebenar Anwar?

Mungkin kita boleh bersetuju dengan pandangan Mu'ti itu dan pandangannya ada relevensinya dalam konteks umat Islam. Selaku umat Islam kita perlu kecam Israel. Itu wajib. Tetapi dalam masa sama kalau kita tidak mengambil sikap tasamuh - bijaksana, tentang begitu sia-sia saja kerana bangsa itu memiliki kekuatan.

Justeru komen Mu'ti itu masih boleh dipersoalkan. Apakah beliau sudah menghayati serta tahu siasah Anwar di sebalik apa yang Anwar kata itu dan juga membaca penjelasan Anwar? Atau dapat mengorek apakah maksud sebenar Anwar berkata demikian? Beliau tidak boleh menghukum dan memfatwakan kata-kata Anwar hanya berpandukan kepada apa yang disiarkan saja, atau lebih-lebih lagi apa yang diterjemahkan oleh media penjilat buntut kepadanya. Betgapa pedasnya lada kita tidak akan mampu membayangkannya kalau selagi kita tidak mengigitnya.

Saya tidak mengira Mu'ti diupah untuk membuat ulasan itu bagi kepentingan mana-mana pihak. Orang Muhammadiyah tidak sesekali akan termakan dengan rasuah dan jauh untuk membuat fitnah dan mencelarukan pemikiran umat. Kalau orang Muhammdyiah juga lebih kurang sama dengan golongan sekular lain maka dunia ini sudah tidak ada pelindung, khasnya di Indonesia.

Mu'ti gampang mengatakan Anwar tidak bijaksana, tetapi apakah dia lebih bijaksana dan berada dalam alam sedar? Ketidakbijaksanaan ini juga saya tampak berlaku kepada diri Mu'ti sendiri. Beliau juga dalam konteks ini tidak fatanah apabila beliau mengkritik Anwar sebagai rakyat Malaysia. Cara Mu'ti sebagai mahu menghulur tangan ke dalam belanga politik negara ini. Apakah hak beliau sebagai wargana negara Indoensia untuk mengkritik peribadi Anwar sedangkan Anwar adalah milik Malaysia?

Bukankah perbuatan itu sudah mencampuri urusan politik peribadi orang politik negara ini? Tidakkah tindakan itu boleh dianggap menceroboh geografi siasah Malaysia yang mana tidak pernah ada rakyat negara ini mengkritik begitu ke atas mana-mana sosok Indonesia.

Sebagai serang cendekiwan beliau boleh memberi pandangan mengikut ilmu dan prinsipnya secara umum dan tidak mensasarkan kepada sesiapa. Tetapi apabila mengulas langsung mengenai seseorang yang berjiran dengan kita, apa lagi kenyataan dan tindakan Anwar itu tidak kena mengena dengan soal politik negara dan bangsa Indonesia Mu'ti tidak bijak dan tidak rasional serta boleh dianggap sebagai B I A D A P.

Saya melihat cara Mu'ti ini juga tidak adil dan semacam melihat dengan sebelah mata, atau ternampak apa yang berlaku kepada diri Anwar sahaja. Apakah dia juga melihat kepada yang lain. Sekali lagi kalau berhajat untuk menjadi komentator politik Malaysia, harus menyeluruh dan bukan terpetak-petak, dong. Kita mahu dengar apa pula pandangan Mu'ti terhadap tindakan Malaysia alias Najib Razak yang mengadakan hubungan dagang dengan Israel? Sila bagi komen yang jujur sesuai dengan status anda.

Saya sanjung kalau Mu'ti bersuara atas kepentingan umat Islam seluruhnya dan sebagai protes berterusan kepada kepada Israel. Sebenarnya bukan Muhammadiyah saja yang membenci Israel tetapi seluruh orang beriman dan cintakan damai. Setiap yang beriman harus memberi, bahkan melawan Israel. Kejahatan dan kebejatana Israel ini digazet dalam al-Quran.

Tetapi apabila Mu'ti hanya galak nampak keburukan Anwar berhubung Israel ini tetapi tidak nanpak pihak lain, menjadi pensyaraha itu sudah berat sebelah. Telornya sudah tidak sama besar dan tidak seimbangan. Kalau telor tidak sama berat pasti perjalanan Mu'ti akan ketara cacat di mana-mana.

Kalau beliau jujur beliau harus mengkaji sama apa yang dibuat oleh kerajaan Malaysia, dalam hal ini Najib. Beliau harus komen macam mana kerajaan Malaysia menggunakan konsultan Apco dari Israel. Atau terbaru seperti mana didedahkan oleh Badrul Hishamn (Cikgu Bard) berhubung dengan penghantaran minyak sawit oleh Malaysia ke Israel menerusi pelabuhan Tanjung Pelepas.

Jangan nampak apa yang dilakukan Anwar sahaja sedang dilakukan Najib diselindung seluruhnya. Paling kesal kalau tindakan itu kerana anda diberi sedikit keistimewaan duniawi. Seorang cendekiawan apa lagi Islam yang berpegang kepada prinsip keadilan dan kebenaran akan bercakap tanpa berpihak dan tidak sedia mengambil upah kerana bercakap untuk kepentingan pihak lain.

Jangan menjual harga cendekiawan dan status kita dengan harga yang sangat murah semurah sehingga ditertawakan oleh gagak-gagak yang menyelongkar tong sampah. [wm.kl. 8:04 am 09/02/12] MSO

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular