Friday, February 10, 2012

Inilah menteri UMNO, tidak berfikir secara waras dan suka ikut logik akal +Video


"PAS ajaran sesat" – Ahmad Said Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.

Sebelum pergi lebih jauh, sila baca cerita kat bawah ni sikit.

AL-ALLAMAH SYAIKH SAID HAWWA R.H (1935M-1989M)

Ulamak kelahiran Syria yang banyak menyumbang kepada Islam. Menghafaz Al-Quran pada usia yang kecil. Sentiasa membaca dalam masa yang sama menolong ayahnya menjual sayur-sayuran dan buah-buahan.

Pada tahun 1956 berpeluang masuk ke Universiti Damsyik dan di sanalah beliau berguru dengan ulama' terkenal seperti Dr. Mustafa As-Sibae, Dr. Mustafa Zarqa', dan lain-lain lagi.

Beliau telah dipenjarakan selama 5 tahun kerana lantang memperjuangkan Islam. Di dalam penjara beliau mengarang banyak kitab. Yang amat tersohor ialah "Al-asas Fi Tafsir" dalam bidang tafsir sebanyak 11 jilid.

Beliau seorang yang amat sabar, zuhud dan peramah. Meninggalkan dunia sesudah diserang dengan pelbagai penyakit, antaranya kencing manis, jantung dan angin Ahmar. Yang menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma bermula disember 1988 hinggalah tarikh kewafatan beliau 9 mac 1989 di Kota Amman, Jordan.

Semoga Allah merahmatinya.

Antara muridnya yang terkenal ialah Tuan Guru Dato' Seri Haji Abd Hadi Bin Haji Awang.

Lagi satu cerita

Darussyifa' merupakan sebuah klinik rawatan yang terkenal di kalangan penduduk Bangi dan masyarakat luar terutamanya orang islam ia menjadi satu altematif kepada orang ramai dalam usaha mencari kesembuhan penyakit yang dihidapi selepas mendapatkan rawatan dari klinik dan hospital.

kebanyakan pesakit yang datang bukan hanya mengalami sakit fizikal tetapi juga melibatkan penyakit rohani seperti terkena ganguan makhluk halus dan seumpamanya.

Dengan kaedah yang diamalkan oleh darussyifa' iaitu menggunakan ayat-ayat al-qur'an, hadith dan doa menambahkan lagi keyakinan orang ramai terhadapnya. Darussyifa' merupakan nama sebuah bangunan yang digunakan untuk kegiatan pengubatan Islam.

Perkataan Darussyifa' adalah gabungan daripada perkataan dar (rumah) dan al-Syifa' (kesembuhan) yang bererti Klinik Rawatan.Idea penubuhan ini lahir daripada seorang pensyarah dan juga seorang ulama yang terkenal di tanah air.

Beliau yang dimaksudkan ialah Yang Berbahagia Dato' Dr. Haron bin Din lebih dikenali dengan pangillan Ustaz Haron Din. Ustaz Haron Din bergiat dalam bidang rawatan dengan menggunakan doa-doa yang terdiri daripada ayat-ayat al-Qur'an, hadith serta sunnah Rasulullah s.a.w.

Pas Parti Sesat?
Ada 1001 cerita lagi yang boleh really3line nak cerita tentang mereka yang menganggotai Parti PAS ini, tapi mungkin entry post ni akan menjadi berjela jela panjangnya nanti.

Apa yang menariknya adalah apabila ada sesetengah manusia yang mengatakan PAS adalah ajaran sesat. Jadi tuan guru Hadi pun kira sesat lah? Harun Din pun sama? pusat perubatan darussyifa berkait tak? pernah dengar PASTI? Kalau tak, sila tonton video kat bawah ni.


Apa yang (PAS) Parti Islam SeMalaysia juangkan adalah mengembalikan kedaulatan Islam dan menyelamat umat Islam dalam dunia yang berideologi manusia. Adakah itu perjuangan yang sesat? jika itu lah yang dikatakan sesat, maka really3line 1000 kali tak kisah digelar sesat.

Kenapa JAKIM tidak bertindak mengharamkan sahaja parti PAS sekiranya PAS benar benar sebuah parti yang sesat?

Inilah menteri UMNO, buat kenyataan yang hanya dia rasa betul, tidak berfikir secara waras dan suka ikut logik akal mereka sendiri. Seperti Ketua mereka juga, yang menolak hukum Allah SWT dengan mengatakan hukum tersebut tidak berpaksi kepada realiti.

Suka suka kata orang sesat, cermin diri dulu lah.


SEKIAN.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular