Fahami Kenyataan Abdul Hadi Awang
Keikhlasan jawabwan Abdul Hadi Awang semasa diinterviu oleh sebuah akhbar harian menyatakan beliau bersedia untuk berundur atau tidak ikut bertanding dalam pilihan raya umum akan datang telah dijadikan isu. Jawaban yang ikhlas dan penuh tawaduk itu telah dimanipulasikan dan dijadikan modal untuk memecah belahkan Pas.
Keikhlasan jawabwan Abdul Hadi Awang semasa diinterviu oleh sebuah akhbar harian menyatakan beliau bersedia untuk berundur atau tidak ikut bertanding dalam pilihan raya umum akan datang telah dijadikan isu. Jawaban yang ikhlas dan penuh tawaduk itu telah dimanipulasikan dan dijadikan modal untuk memecah belahkan Pas.
Ada seorang bekas anggota Pas pernah menjadi Naib Presiden menyifatkan kenyataan Hadi itu sebagai suara kekesalannya terhadap apa yang berlaku dalam Pas waktu ini.
Bagi saya tidak sedikitpun terkejut dengan kenyataan beliau itu. Saya awal-awal tidak yakin kalau kenyataan itu berhakikat begitu, Hadi serius untuk berundur kecuali untuk menjawab pertanyaan sedemikian yang cuba hendak memerangkap beliau. Jika Hadi atau sesiapa ikhlas untuk 'pencen' dia tidak akan bercakap awal. Orang yang bercakap awal untuk berhenti adalah orang yang tidak mahu berhenti.
Makanya kalau wartawan atau pengarang akhbar menyiarkan interviu Hadi itu bersikap profesional dia tidak akan menghiglightkan 'keinginan' Hadi itu. Dia seharusnya faham untuk apa Hadi berkata demikian dan dalam konteks apa.
Tetapi kerana kenyataan itu ada sedikit nilai komersial maka ia dipakai walaupun pengarang akhbar itu sendiri tidak percaya kalau Hadi akan berundur. Bukan tidak ada keperluan untuk Hadi berbuat demikian, tetapi susana kini - ketika Parlimen hendak dibubarkan tidak bijak kalau Abdul Hadi mengambil keputusan ikhlas dan tawaduk begitu.
Kenyataan Hadi itu turut membimbangkan Anwar Ibtahim. Anwar cepat-cepat mempertahankan dan 'melarang' supaya Abdul Hadi berlunak dengan kenyataan bersifat politik itu. Anwar berbuat begitu bagi menyekat mana-mana orang yang selama ini tidak suka dengan Abdul Hadi mengambil kesempatan untuk mendesak presiden Pas itu berundur atau mereka yang kini tersengeh-sengeh menyesal kerana tidak lagi berada dalam Pas yang makin progresif.
Tidak cukup dengan pembelaan Anwar, Tok Guru Nik Aziz juga membuat kenyataan sebagai menyokong kenyataan Anwar. Kata Nik Aziz Pas masih memerlukan Abdul Hadi. Tambahnya lagi Abdul Hadi sebagai tokoh yang bijaksana dan memahami perjuangan Pas.
Iya ditambah pula oleh keputusan Lunjah Politik Pas yang menghalang Abdul Hadi dari berundur? Kenyataan Lujnah Pas dilihat pihak yang paling kebal dalam mempertahankan hasrat Hadi itu.
Mungkin Abdul Hadi tersenyum membaca kenyataan membelanya itu. Saya pula hendak tergelak melihat telatah Anwar, Nik Aziz dan Lunjah Politik Pas serta kenyataan mempertahankan Abdul Hadi oleh Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man. Apakah mereka sebenarnya tidak memahami realiti atau kenyataan mereka itu cuba untuk menolak persepsi buruk musuh terhadap Abdul Hadi? Boleh juga dikatakan mereka juga larut dalam permainan isu oleh media massa.
Kalau orang memahami kenyataan awal Hadi itu tidak perlu merasa gerun, baik Anwar, Nik Aziz dan Lujnah Politik tidak payah endorce. Kata Hadi dia mungkin perlu bertanding satu kerusi saja, bukan dua-dua - state dan parlimen. Alasannya dia sudah lama dan keletihan. Tidak ada kenyataan dia mahu berundur.
Saya merasai Hadi juga faham sunnah-sunah orang berjuang. Mana ada pejuang tulen berundur dalam medan perjuangan, yang ada meninggal medan perjuangan kerana tidak sabar atau pun yang berjiwa halus.
Abdul Hadi bukan sembarangan. Dia berkecimpung dalam Pas sejak tahun 1978 lagi. Sudah masak sangat dengan liku-liku perjuangan dilaluinya. Sudah beratus kali malahan beribu kali mehnaj (tribulasi) yang didepaninya. Dari segi memiliki kemenangan duniawi dia sudah berjaya. Dia pernah menjadi MB Terengganu dan sampai kini adalah presiden Pas.
Abdul Hadi boleh berbangga dia merupakan tokoh kedua Pas yang dizinkan Allah untuk menjadi MB di Terengganu.
Saya yakin dan percaya Abdul Hadi menyedari kepentingannya dalam politik menjelang pilihan raya. Menterjemahkan pandangan ikhlas Abdul Hadi itu, kalau boleh biarlah Pas memberi peranaan untuknya di salah satu kerusi saja. Dalam hal ini saya melihat beliau lebih sesuai untuk berperanan di Pusat. Berikan kepada tokoh lain untuk dilantik menjadi MB sekiranya Pas berkuasa.
Mungkin Pas Terengganu sudah ada tokohnya sendiri untuk dilantik menjadi MB. Rasanya Pas mempunyai banyak tokoh berwibawa untuk jadi MB. Kalau Umno boleh melantik Ahmad Said menjadi MB yang mana ketokohan tidak berapa menyerlah dan nampak 'berbolok' rasanya peribadi dalam Pas lebih hebat dari itu.
Kalau Pas inginkan tokoh pertengahan usianya, Abdul Wahid Endut boleh jadikan MB. Manakala kalau Pas mahukan tokoh yang agak berusia dan usang dalam Pas Abu Bakar Chik boleh diangkat jadi MB. Begitu juga dengan Harun Taib. Manakala kalau Pas inginkan tokoh muda mungkin Syed Azman Syed Mohamad adalah orangnya.
Namun sekiranya Pas Terengganu masih merasakan Hadi masih berkelayakan dan perlu diberi peluang menjadi MB, nah suruh dia bertanding di state sahaja. Kerusi Marang bolehlah diberikan kepada PKR yang dikatakan kini kekurangan kerusi di Terengganu. Pemberian kerusi selamat seperti Marang kepada PKR akan menunjukkan keakraban dan keikhlasan Pas dalam berpakat dengan PKR.
Pokoknya usahlah Abdul Hadi diberikan dua tanggungjawab sebagai ahli Parlimen dan juga state. Berikan dia satu kerusi saja untuk meringan tugas dan amanah parti yang dipikulnya. Sama ada hanya di state saja atau di parlimen saja Hadi kena bertanding dan anggaplah pertandingan kali ini adalah penyertaan terakhir! [wm.kl.3:49 pm 05/02/12] MSO
No comments:
Post a Comment