ANGKARA lembu dalam kondo, beramuk sakan puak-puak Umno. Baik jantan, mahupun betina semua mahu bercakap pasal lembu. Rakyat yang sudah di`lembu'kan juga turut mempertahankan `pencuri lembu'.
Rafidah desak Kak Ijat letak jawatan kerana baginya `bau lembu' di tubuh Kak Ijat mengganggu Umno. Kak Ijat pula kata, dia tak mahu kurang ajar dengan orang tua. Siapa pemimpin di dalam Umno yang tidak pernah bermasalah? Itu lah anggapan Kak Ijat. Tak beritahu pun kita tahu sebab Ezam sesumpah pernah beritahu kita, "Siapa yang masuk Umno itu ikhlas?". Itu kata Ezam sesumpah sebelum beliau di`lembu'kan.
Aku mahu tanya juga, siapa Rafidah mahu desak Kak Ijat letak jawatan? Adakah Rafidah lupa kisah pemberian AP di zamannya? Jika beliau sudah lupa akibat `nyanyuk' kerana terlalu tua, beliau boleh tanya Ezam sesumpah yang kini berada `sekelambu' dengan beliau di dalam Umno. Ezam sesumpah masuk penjara kerana bongkar kisah AP. Mahu tahu kisah lanjut, sila tanya Ezam sesumpah itu pun jika Ezam sesumpah berani mahu sebut semula kisah lama itu. Biasanya, bila sudah masuk kandang lembu, sukar mahu membuka mulut untuk memberitahu kebenaran, kecuali untuk makan.
Pada aku Rafidah atau Kak Ijat, 2 x 5 saja. Ahli-ahli Umno di bawah bertegang urat untuk mempertahankan salah seorang dari mereka. Apa beza mereka berdua ini yang bersungguh sangat untuk dipertahankan? Bezanya mungkin Kak Ijat telah pergi Mekah sebanyak 3 kali di dalam 2 setengah bulan seperti yang beliau sebut di SINI. Mungkin sudah jadi kelaziman di dalam Umno, buat lah apa sahaja asalkan ke Mekah jangan dilupakan. Balik Mekah, lakukan lagi kemudian ke Mekah semula. Rakyat yang berotak lembu pun terpedaya.
Seperti Jamil Khir juga. Pergi Haji, berhutbah di sana sampai katanya menangis-nangis sehingga ada jemaah yang turut menangis. Tapi, balik ke sini selamba je belasah duit Zakat guna untuik bayar peguam lawan kes Qazaf. Fisabilillah, katanya. Mungkin, bela lembu di dalam kondo ini juga salah satu Fisabillillah sebab lembu ini diberikan kepada beberapa ekor Wakil Rakyat untuk diberikan kepada orang-orang kampong untuk menjadi lembu korban. Orang kampong pun berkata, baik sungguh pemimpin aku./wfauzdin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment