Thursday, January 26, 2012

Kini Rosmah Jadi "Mangsa" Jingga 13 kah kah kah.. +Video

Jingga 13 gesa SPRM siasat belanja mewah Rosmah
SHAH ALAM 26 Jan : NGO Jingga 13 hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perbelanjaan mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansor di Australia.

Ia berikutan pendedahan akhbar The Sydney Morning Herald baru-baru ini yang mendakwa isteri perdana menteri itu berbelanja sebanyak RM325 ribu sewaktu percutian ke Sydney.

Ketua Jingga 13, Fariz Musa menggesa SPRM menjalankan siasatan dan mencabar Rosmah agar mengisytiharkan hartanya.
“Rosmah harus isytihar hartanya. Bagaimana kekayaan yang diperolehi secara jelas hidup berfoya-foya. Bagi kami tak pernah berlaku dalam sejarah isteri perdana menteri yang lain,” katanya kepada wartawan.

Katanya, Rosmah bukan sahaja berbelanja mewah tetapi turut dilaporkan menginap bersama suaminya, Datuk Seri Najib Razak di Hotel Darling, Sydney dengan membayar RM65,100 hanya untuk tempoh semalaman.

“Ini tindakan yang luar biasa, memalukan negara apabila dilaporkan isteri PM hidup bermewah-mewah, berbelanja sakan tanpa ada sebarang penjelasan berkaitan dengan duit yang diperolehi,” tegas beliau.

Jingga 13 turut mencabar ‘First Lady of Shopping‘ itu menyaman akhbar berkenaan sekiranya dakwaan itu tidak benar dan fitnah.

“Kita cabar Rosmah untuk saman akhbar ini termasuk kolumnis. Walaupun Rosmah Mansur telah menafikan dakwaan itu karut. Soalnya kenapa tidak ada sebarang tindakan undang-undang oleh Rosmah terhadap mereka?” Soalnya.

Menurutnya lagi, Rosmah juga tidak menjawab sebarang isu perbelanjaan barangan berjenama mewah seperti cincin RM24 juta yang pernah didedahkan pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin sebelum ini.

“Kita pertikaikan perbelanjaan jutaan ringgit termasuk cincin, beg tangan. Kalau betul ia ‘disponsor’, dan guna duit dia atau dia menabung dari kecil, minta dia jelaskan dengan terpeinci,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25879

Nafi sahaja tak cukup, Rosmah perlu saman

SHAH ALAM- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor terus dicabar agar menyaman akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Hornery dan pereka fesyen, Carl Kapp yang didakwanya telah memfitnah dirinya.
Nafi sahaja tak cukup, Rosmah perlu samanCabaran itu kali ini dikemukakan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Jingga 13 yang juga mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bertindak menyiasat dakwaan akhbar itu bahawa Rosmah berbelanja lebih RM300,000 di sebuah butik di Australia.

"Sesiapa pun boleh menafikan dan menganggap menjadi mangsa atau ianya adalah merupakan berita karut, liar dan tidak benar, sedangkan tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap segala laporan yang dibuat," kata ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa.

"Bukan sahaja berbelanja mewah tetapi beliau bersama suaminya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga telah menginap di Hotel Darling, Sydney dengan kos RM65,100 semalam, termasuk juga perkhidmatan tempat letak kereta khas untuk limosin beliau," ujar Fariz lagi.

Laporan ke SPRM turut dibuat oleh NGO itu hari ini yang diwakili Mohd Azuan Ab Rahman di Pejabat SPRM Shah Alam dengan memetik laporan di dalam seksyen 'Private Sydney' yang disiarkan akhbar Australia Sydney Morning Herald sebagai bahan bukti.

Sebelum ini beberapa pihak turut mencabar Isteri perdana menteri itu mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Autralia itu jika benar ianya adalah fitnah.

Malah bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam responya sebelum ini, beliau menganggap penafian dari rosmah itu bukan sesuatu yang pelik malah memang sudah dijangka.

Biarpun penafian dibuat Rosmah, kolumnis Andrew Hornery dalam satu kenyataan balas kemudiannya mempertahan tulisannya dengan mendakwa ianya sah dan benar. -Harakahdaily

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular