26 JAN — Tidak dipastikan Jeneral Jamil Khir Baharom dan dua lagi orang kuat JAWI telah memastikan, atas jawatan masing-masing mereka termasuk dalam asnab yang layak menerima zakat apabila mereka menggunakan wang zakat bagi menampung guaman yang mereka hadapi.
Atas apa tujuan juga, kerena atas nama jawatan, mereka dinamakan dalam satu tuntutan undang-undang oleh pihak lain.
Maka mereka telah ditanya atas asnab mana yang mereka boleh menggunakan wang zakat itu. Macam-macam jawapan telah diberi bagi membenarkan wang itu mereka guna baik sementara mendapat duit lain atau ia tetap jadi beban zakat itu.
Hanya sesudah beberapa ketika baru Mufti Wilayah Persekutuan memberi penjelasan bahawa mereka layak menerima zakat kerana termasuk dalam asnab fisabilillah.
Mungkin penjelasan Mufti itu betul, tetapi tidak mungkinkah wang itu telah dikeluarkan dulu baru dicari alasan yang melayakkan wang zakat itu.
Ketiga-tiga abdul itu tidak didakwa atas peribadi mereka, tetapi atas jawatan mereka. Maka tanggungjawab kewangan itu mesti ditanggung oleh kerajaan.
Tidaklah miskin sangat kerajaan untuk menampung keperluan kewangan itu, tetapi mengapa wang zakat yang kerajaan nampak?
Kerana mufti telah mengatakan mereka layak dapat duit zakat, apa kata kita sekalian penduduk Islam Wilayah Persekutuan tahun ini membeyar zakat fitnah kepada Jamil Khir dan dua orang lagi? Beban yang mereka tanggung itu menjadi tanggungjawab orang Islam untuk menyelesaikannya.
Mufti ada wibawa bagi menjelaskan perkara itu. Mufti tersebutkan bukan penyokong Umno totok bagi membenarkan apa saja yang kerja mahu. Tentulah dia bukan seperti Mufti zaman Tunku Abdul Rahman Purra dulu, apabila kerajaan hendak memanfaatkan wang loteri kebajikan untuk kepentingan kebajikan Islam, maka mufti pun halalkan wang toteri.
Mufti ini asalnya adalah orang ABIM yang berdisiplin ketika ABIM mula ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim dulu. Banyak masanya di rumah Datuk Asri di Kuala Lumpur ketika dia memimpin PAS dulu. Ini tanda dia ada disiplin ilmu dan pegangan yang kuat. Dia diketahui rapat dengan Umno apabila Anwar masuk Umno dan abangnya pula menjadi Menteri Besar Umno.
Justeru itu saya tidak suka mencabar penjelasan yang dibuatnya berdasar dari ilmunya. Dengan itu geng tiga abdul Jamil Khir itu boleh diselamatkan oleh ilmu mufti itu.
Apapun sulit sikit Jamil Khir dari sudut politik. Walau pun dia dengan jawatan dan tanggungjawabnya dalam kerajaan sudah jadi asnab yang sama dengan fakir, miskin, mualaf dan orang yang berhutang, tetapi tidak lepas dari beban moral seorang politik.
Jamil Khir dengan latar belakang pendidikan tinggi agama tentulah ditonjolkan dalam politik Kedah bagi menyangi pimpinan ulama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, lulusan Azhar dan tinggi ilmu Islamnya. Kerana Kedah juga sebuah negeri yang kuat pegangan Islamnya, maka Umno Kedah memerlukan seorang yang tinggi kelulusan agamanya bagi menghadapi Menteri Besar PAS yang berilmu dan masyarakat Kedah yang kuat beragama.
Umno Kedah memerlukan seorang calon Menteri Besar yang tinggi pengetahuan agama dan bersih bagi mencabar bagi mencabar kerajaan Pakatan Rakyat yang dibersih dan Menteri Besarnya pula ulama.
Rekod kewangan kerajaan Kedah pimpinan Azizan dipuji oleh Laporan Audit Negara sebagai bersih. Maka Umno mesti menonjolkan orang yang bersih juga.
Jamil Khir mungkin orang yang Perdana Menteri Najib bawa untuk menyaingi Azizan yang dikenalinya lama sejak sama-sama belajar di England dulu. Najib dan adik beradiknya pernah secara tidak langsung menerima panduan agama dari Azizan semasa belajar di England dulu.
Najib tentu tahu keupayaan dan kecekapan Azizan. Maka mungkin Jamil Khirlah yang diharap untuk memimpin Kedah kiranya Umno dapat merampas Kedah semula.
Tetapi pendedahan Laporan Audit Negara menyebut Jamil Khir telah memanfaatkan wang zakat dan menyeret JAWI dalam kecoh penggunanan wang zakat, amat payah bagi Umno untuk menyelesaikan isu itu untuk menghantar Jamil Khir memimpin Kedah.
Mufti sudah cuba menyelamatkannya, tetapi dari segi politiknya Menteri Hal Ehwal Agama itu tidak dapat dijadi pemimpin agama bagi kerajaan menunggu di Kedah. Nanti orang Kedah pula terpaksa bayar zakat fitrah kepadanya. Jamil Khir dan Umno Kedah juga tidak dapat dibantu oleh Timbalan Menteri Agama, Puan Mashitah Ibrahim yang berpendidikan tinggi agama kerana pernah membuat kenyataan mewajarkan wanita melacur kerana kesempitan hidup.
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist. - MI
No comments:
Post a Comment