Wednesday, January 25, 2012

Tanah k’jaan jadi milik bekas ADUN???

Tanah k’jaan di Tg Tualang bertukar tangan
January 25, 2012 PETALING JAYA: PKR Cabang Pasir Salak menggesa Pejabat Daerah dan Tanah Kampung Gajah, Perak menyiasat dan membuat pengesahan terhadap status sekeping tanah di Tanjung Tualang.

Penyelaras parlimen Pasir Salak, Abdul Razak Alias berkata, lokasi tanah tersebut terletak agak bertentangan dengan Ladang Agro Koperasi Atlet Malaysia Berhad (KAMB) di Tanjung Tualang, Perak, kira-kira 11 km ke arah bandar Kampung Gajah.

Menurutnya, kawasan itu pada suatu ketika dahulu menempatkan blok quarters kediaman, bangunan pejabat dan sebuah surau untuk pusat transit Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati).

“Kemudiannya kawasan itu dijadikan tempat Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) di jalan utama Tanjung Tualang – Kampung Gajah.

“Tetapi sejak 10-12 tahun kemudiannya, dikhabarkan tanah tersebut telah bertukar milik kepada salah seorang ahli politik (bekas Adun tempatan) dan tanah tersebut bertukar menjadi ladang tanaman kelapa sawit,” kata beliau dalam email kepada FMT hari ini.

Razak mendakwa ramai penduduk tempatan meragui bagaimana tanah milik kerajaan negeri yang lengkap dengan infrastrukturnya tiba- tiba boleh bertukar tangan menjadi milik persendirian.

“PKR merasa sedih dan kesal kerana infrastruktur yang dibina telah reput dan terbiar begitu sahaja dan ini merupakan pembaziran wang rakyat dan menggesa pihak berkuasa menyiasat perkara ini dengan kadar segera,” katanya. - FMT

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular