Akhbar Singapore.
Akhbar Brunei.
Pereka Fashion.
Sahkan Rosmah Berbelanja di Australia.
Rosmah Masih Mangsa?
KAH KAH KAH KAH....
Tiga Portal Akhbar dan Pemilik Butik Sahkan Rosmah Berbelanja.
Apabila journalist dari Sydney Morning Herald mempertahankan dakwaannya bahawa Rosmah Mansor telah membelanjakan RM325,000 di sebuah Butik yang terletak di Sydney, terdapat beberapa diantara rakyat Malaysia yang mungkin terpaksa mempertahakan UMNO, mahu atau tidak mahu mereka terutama para Blogger UMNO/BN terpaksa mempertahankan Rosmah di atas sifat berbelanja mewah yang kini sudah didakwa oleh tiga akhbar dan kini disahkan pula dengan pemilik butik tersebut.
Seperti biasa para Blogger UMNO akan mengunakan sentimen dan tuduhan yang akan menjatuhkan maruah individu dengan perkara seperti Andrew Hornery, Journalist tersebut adalah seorang gay, oleh itu mereka mengaitkannya dengan DS Anwar Ibrahim yang difitnah mereka sebagai seorang ‘pemimpin gay’ dengan mengatakan wartawan gay ( SINI ) mestilah menyokong ‘Pemimpin Gay’.
Mereka juga menyerang Andrew Hornery dengan mendakwa journalist Sydney Morning Herald (SMH) itu seorang wartawan yang tidak mempunyai kredibiliti dan pernah disenaraikan antara "Australian Worst Journalist".
Namun Andrew masih tetap dengan pendirian beliau, yang mengatakan dia mempunyai bukti yang amat kukuh serta setiap perkataan yang dikatakan dalam kenyataan beliau di Akhbar Sdyney Morning Herald adalah benar.
Hari ini dalam satu jawapan kepada Malaysiakini, Pereka Fashion dari Sydney, Carl Kapp pula telah mengesahkan memang Rosmah telah membeli-belah di butik miliknya tetapi enggan menyatakan jumlah sebenar pembelian Rosmah itu.
Apa pula blogger UMNO/BN akan tuduh dan mengfitnah pereka fashion ini? sama sama lah kita tunggu.
Carl Kapp hari ini telah mengesahkan bahawa Rosmah Mansor dan beberapa orang lain yang bersama dengannya ketika itu datang dikedainya dan membeli barang dkedainya di Sydney Australia.
Walaubagaimana pun, beliau tidak dapat mendedahkan jumlah perbelanjaan yang dibayar oleh Rosmah ketika itu atas dasar menjaga hak pelanggannya.
Namun begitu hasil dari temuramah bersama Kael Capp, Rosmah dikatakan telah membeli 61 jenis kain, yang satunya beharga $400 ke atas dan jejak hingga ribuan dollar. Frockwriter membuat jangkaan ia mencecah $100,000.
Maka dengan ini, jika semua perkara di atas adalah fitnah dan tidak benar, maka Rosmah Mansor tidak boleh berdiam diri, dia perlu mengambil tindakan undang undang kepada ketiga tiga akhbar, dan pereka fashion Carl Kapp itu sendiri.
Rakyat Malaysia sedia maklum Hajah Mah, memang gemar menabung, dan dari kecil dia sudah mula menabung, kami rakyat Malaysia semua boleh faham dan terima jika Hajah Mah mengunakan alasan itu. - Really
No comments:
Post a Comment