Saturday, January 28, 2012

'Ah Jib Gor' merayu tetapi tiada yang mendengar

'Ah Jib Gor' merayu tetapi tiada yang mendengar Di mana sahaja Najib pergi, beliau akan menegaskan sesuatu yang sama “sangat penting” untuk Umno dan BN diundi semula dalam pilihanraya akan datang supaya parti itu boleh menunaikan janji transformasi mereka.

“Saya sentiasa mengatakan bahawa bukan tidak penting untuk diundi semula. Ia sangat penting untuk diundi semula. Untuk kami menunaikan janji transformasi, kami perlu diundi semula,” ujarnya dalam pelancaran pada “Politics of economics and Social Transformation in the Era of Global Crisis.

Tiada kuasa sebenar dari mula

Adakah beliau mengulang-ulang kata atau sebenarnya merayu kepada rakyat supaya memberi peluang sekali lagi kepada pakatan BN? Apa pun jua, rakyat seperti tidak peduli. Seolah-olah tidak mengendahkan beliau.

Di usia 58, Najib telah menjadi seperti si budak yang melaungkan pertolongan daripada serigala. Beliau sudah menipu dan bercakap kosong terlalu banyak. Mereka yang di kedai kopi sudah memanggil beliau PM yang cakap sampah (ada juga menggunakan perkataan yang lebih teruk).

Mengapa harus rakyat mendengar apa yang beliau cakapkan? Orang ini bukanlah yang mereka pilih sebagai PM tetapi dilantik parti UMNO selepas mereka menyingkirkan Abdullah Ahmad Badawi dalam satu pergolakkan kuasa.

Parti komponen BN sudah berputus asa terhadapnya

Parti komponen BN pun juga tidak lagi mendengar cakap beliau, terutamanya yang dari Sabah dan Sarawak. Mereka mempunyai masalah dalam parti mereka sendiri. Parti komponen dalam BN yang lain juga sedang mengalami pertelingkahan dalaman dengan ahli mereka yang tidak berpuas hati dan kecewa. Seperti tiada harapan untuk mereka. Nama BN, suatu ketika dahulu adalah wira sekarang sudah busuk dan merupakan yang paling payah untuk dibawa dalam pilihanraya akan datang. Kekalahan hampir pasti namun begitu, Najib hanya mampu bercakap perkara tidak masuk akal.

Di Semenanjung, Gerakan sudah hampir pupus. PPP sama seperti KITA –tidak relevan! MIC tiada perkembangan dan MCA telah jatuh standad di mata masyarakat Cina. Di Sarawak, Ketua Menteri Taib Mahmud masih lagi berkuasa sama ada membenarkan PBS kekal dalam BN atau tidak. Tiada apa-apa yang dapat dilakukan oleh Najib mengenai ini walaupun beliau sering bercakap dengan gahnya.

Di Sabah, LDP masih lagi menghadapi krisis kepimpinan; PBRS dan UPKO tidak mempunyai pengaruh terhadap keputusan PRU 13 kerana sudah ada UMNO di Sabah. UMNO Sabah juga sedang mengahadapi pergolakan dan tikam menikam dari belakang walaupun Najib sedang berhujah mengenai kepentingan kesederhanaan.

Bukan saja Najib sedang hidup dalam alam fantasi, beliau masih lagi mahu parti komponen BN yang lain mengorbankan kerusi boleh menang mereka untuk kepentingan UMNO! Tetapi dengan begitu besar yang telah diperjudikan, mengapa harus mereka berbuat demikian? Banyak yang sudahpun menunding jari kepada UMNO sebab sikap pembuli dan mementingkan diri mereka.

Sebagai contoh, Chua Soi Lek, presiden MCA telah pun merayu ahli parti itu untuk tidak melompat parti kepada pembangkang dan menjanjikan jawatan tinggi dan wang berjuta-juta. Tetapi tidak, kerana Najib sekarang berminat untuk mengumpul segala yang beliau rasakan boleh menang. Jadi, bagaimana untuk menghentikan penghijrahan?

Terpaksa guna semula muka lama dalam politik UMNO

Najib sebenarnya sedang mengaut pulangan daripada politik kotor BN ke atas rakyat. Ini adalah hasil daripada budaya yang telah lama dipupok dalam UMNO dan BN untuk sekian lamanya- budaya rasuah, politik wang, tikam belakang, perebutan jawatan tinggi dan wang. Wang sememangnya segalanya untuk UMNO-BN. Wang bukanlah untuk rakyat dan negara tetapi untuk keluarga mereka dan mereka sendiri. Demokrasi pula adalah perkataan yang tidak wujud dalam kamus hidup mereka.

Jadi inilah sebabnya mengapa tidak ada yang begitu mengendahkan Najib. Si budak yang melaung serigala atau Maharaja yang tidak berpakaian- Najib telah menggunakan taktik licik untuk membersihkan imej dirinya sendiri. Beliau terpaksa menyalahkan orang lain dan mengguna semula ahli politik bereputasi buruk. Pada dasarnya, tiada seorang pun yang mahu mengikut telunjuk beliau lagi.

Contohnya, Najib telah mengangkat Isa Samad sebagai pengerusi FELDA supaya bekas muridnya dan protégé dari Sekolah Dato Abdul Razak di Seremban yang kini sudah menjadi menteri seperti Shaziman Abu Mansor (Menteri Kewangan II), Ismail Sabri Yaakob (Menteri Perdaganagn Dalam Negeri) danAbdul LAtiff Ahmad (Timbalan Menteri Pertahanan) akan kekal dalam UMNO.

Begitu juga dengan Trio Datuk T yang mendedahkan sex video yang memfitnah Anwar Ibrahim. Ini juga usaha mengguna semula orang lapuk dalam UMNO – Rahim Thamby Chik, bekas Ketua Menteri Melaka. Ini semua menemui kegagalan dan menjahanamkan terus reputasinya yang sudah sedia teruk itu.

Malaysia di zaman paling gelap dan lemah

Tetapi apa yang Najib telah pelajari? Nampaknya tiada apa-apa kerana sekarang beliau sedang mengharapkan Jamaluddin Jarjis, bekas menteri yang menjadi diplomat ke AS. JJ bukan sahaja terkenal dengan rasuah tetapi juga seorang playboy seperti Najib.

Sungguhpun begitu, Najib hanya mahu mereka ini bekerja untuk mengembalikan kuasa beliau. Tidak hairanlah jika tidak lama lagi Najib juga akan memanggil semula Muhammad Muhammad Taib, bekas MB Selangor yang tidak kurang keji masa silamnya.
Untuk semua ini Najib mahu parti komponen BN mengorbankan semua kerusi boleh menang kepadanya pada PRU 13. Mungkin beliau boleh saja buli MCA, MIC,

Gerakan dan semua yang kecil-kecil dalam BN. Namun begitu, pertelingkahan sudah wujud dalam UMNO dengan mereka-mereka yang tidak berpuas hati memikirkan mengapa mereka tidak singkir saja Najib?

Sebenarnya, mereka tidak salah. Yang sepatutnya beliau memulihkan situasi selepas Abdullah Badawi disingkirnya tetapi beliau telah menolak Malaysia untuk jatuh ke zaman paling gelap dan lemah.

Pemimpin UMNO kini begitu juga dengan calon yang dijangka boleh menang sudah tidak lagi mendengar kata Najib kerana tiada sesiapa pun yang dapat menjamin Najib akan kekal berkuasa selepas PRU 13.

Paling memalukan -Ah Jib Gor!

Najib juga berusaha untuk mendekati beliau dengan mengadakan Facebook “fan empire”.Beliau telah mendirikan beberapa buah laman dan anda boleh sahaja keliru dengan ketulenannya. Hasilnya, usaha menaikkan nama sediri beliau itu gagal. Yang melucukan adalah laman “Ah Jib Gor” atau “Abang Najib”.

Beliau sememangnya dicurigai orang Cina. Najib sudah pun dimalukan oleh beliau kaum Cina dan ada yang menulis di laman itu “DIAM LAH”.

Jadi tiada yang mendengar cakap beliau lagi. Bagaimana dengan orang kampung? Adakah mereka mendengar cakap Najib? Ada juga ya dan kebanyakkannya tidak.

Mereka mempunyai anak dan anak mereka menasihatkan agar jangan mendengar atau percaya pada UMNO terutamanya Najib. “ Ada yang tidak kena pada UMNO mungkin kerana Najib atau Mahathir. Tetapi UMNO sudah tidak boleh dipercayai”, inilah yang dikatakan kepada mak dan ayah mereka apabila ditanya mengapa banyak sangat kekacauan kini?

Kepada negara dan dunia luar, Najib adalah pembohong bersiri. Beliau bukanlah seorang lelaki yang mengawal masa depannya sendiri dan tidak juga dapat mengawal isterinya Rosmah dari berbelanja besar. Apa lagi masa depan negara dan kemakmurannya? - Malaysia Chronicle

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular