Jika anda seorang pengguna talian Celcom, pasti semalam anda terkejut dengan satu pesanan percuma yang tak sepatutnya diterima!
Rayuan supaya hadir ke satu majlis anjuran Umno-APCO nun jauh dari ibu kota!
Tidak sampai dua minggu lawatan terbaru Perdana Menteri Najib Altantuya ke negeri Perak pada 13 dan 14 Januari lalu, hari ini sekali lagi dia akan turun buat kali ketiga dalam masa tak sampai sebulan!
Seolah-olah di Malaysia ini hanya ada sebuah negeri sahaja yang perlu diawasi dan diperhatikan pembangunannya.
Tetapi bagi sesetengah penganalisis politik berfikir sebaliknya.
Jika anda rujuk posting terbaru saya semalam (SINI), pasti anda dapat meramalkan bahawa Perak sememangnya dalam kedudukan tenat buat Umno-APCO terutamanya menteri besar haram, Zambry Kadir yang juga ADUN Pangkor.
Atas nama sambutan Tahun Baru Cina peringkat nasional di Sitiawan, Perak, salah satu DUN dalam parlimen Lumut, sebenarnya majlis ini juga untuk menyelamatkan Zambry dari kalah dalam pilihanraya umum akan datang.
Parlimen Lumut dengan kod P174 yang dipegang menteri pengangkutan Kong Cho Ha mempunyai tiga buah kawasan DUN iaitu Sitiawan, Pangkor dan Pasir Panjang.
Daripada tiga DUN ini, hanya DUN Pangkor saja dimenangi Umno-APCO manakala DUN Sitiawan dipegang Pengerusi DAP negeri, Ngeh Koo Ham dan DUN Pasir Panjang oleh Menteri Besar yang Sah, Nizar Jamaluddin.
Nampak macam kebetulan tetapi itulah hakikatnya.
Tiga nama besar dalam kancah politik Perak datangnya dari kawasan parlimen yang sama.
Cuma Ngeh Koo Ham dan Nizar Jamaluddin lebih bernasib baik daripada Zambry kerana kedua-dua mereka juga merupakan ahli parlimen Beruas dan Bukit Gantang.
Semua orang tahu, dalam beberapa minggu lalu di saat kita menyambut tahun baru 2012, berita mengenai pemerintah tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meletakkan jawatan kerana perairan Lumut dan Pangkor sudah tidak selamat dari segi keselamatan para anggota tentera laut.
Mengapa?
Kerana dalam senyap-senyap Zambry telah memeterai perjanjian dengan sebuah syarikat dari Brazil, Vale International yang mengusahakan bijih besi keluar masuk melalui Selat Dinding yang memisahkan Lumut di tanah besar dengan Pangkor di bahagian pulau.
Keputusan ini menyebabkan TLDM sudah tidak selamat untuk beroperasi kerana terlalu hampir dengan tapak kilang yang dicadangkan oleh Zambry yang mana dalang di sebalik semua ini datangnya dari kerabat diraja Perak sendiri!
Antara sebab mengapa Nizar Jamaluddin digantikan dengan Zambry adalah kerana keengganannya mempersetujui pembinaan kilang dan kelengkapan memproses bijih besi di sana.
Maka selepas tersingkirnya Nizar, Zambry dikehendaki memberi persetujuan tersebut sebelum dibenarkan dilantik menteri besar Perak (kunun atas perkenan sultan).
Segalanya nampak cerah buat Zambry selepas itu kerana berjaya menewaskan calon PKR dengan majoriti lebih lima ribu undi dalam pilihanraya umum lalu, semuanya kerana undi pos dari para perajurit laut kita.
Akan tetapi setelah mengetahui perletakkan jawatan pemerintah TLDM, Zambry tahu ia merupakan satu bencana baginya kerana pengaruh yang ada pada bekas panglima tentera laut ini bukan calang-calang.
Pertambahan bilangan pengundi pos sebanyak 5,669 orang pada suku ketiga senarai pengundi berdaftar pilihanraya yang diwartakan pada September tahun lalu nampaknya mengukuhkan lagi persepsi bahawa Zambry kini terdesak mempertahankan kubunya yang selama ini bergantung kepada undi pos.
Hingga penduduk setempat yang benci kepada Zambry berseloroh, jika hendak kalahkan Zambry, kena ada RM50 juta untuk bawa 10 ribu pengundi import seperti Indonesia, Bangladesh dan Nepal mengundi Pakatan Rakyat!
Bukan sedikit belanja yang diperuntukkan untuk lawatan Najib Altantuya hari ini, kerana dikhabarkan ang pau digunakan sebagai senjata untuk menarik seberapa ramai rakyat datang ke majlis tersebut bagi memulihkan imej Zambry di mata penduduk Pangkor khususnya dan Lumut amnya.
Tetapi dia tidak boleh lupa, undi pos yang akan menentukan sama ada dia kekal atau bakal disingkirkan oleh proksi Najib Altantuya yang kini sedang giat dikenalpasti untuk diketengahkan tidak lama lagi.
Sekiranya anggota tentera kita berfikir dua kali mahu mendengar dan membuat keputusan selepas diberi penjelasan sebenarnya oleh bekas bos mereka, peluang Zambry untuk mempertahankan DUN Pangkor dilihat semakin "gelap"!
Jangan lupa Zambry, nasib anda bukan ditentukan oleh berapa banyak wang yang berjaya dikumpul hasil rasuah dan penyelewengan tetapi undi pos dan kehendak Allah SWT yang akan menentukan siapa kamu sebenarnya! -JALAN PULANG
No comments:
Post a Comment