Aku dah kata. Mesti pembangkang gak yang kena balon dalam isu neh beb. Confirm. Kali neh berita harian jadi berita bohong. Lihat bawah neh beb ;
Kelakar gile kan drama dorang? Agak2 lah woit nak menipu pun. Meh lihat hujah2 [fitnah] depa with carefully and deeply ;1. Ceramah politik anjuran pertubuhan haram, Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF), di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Seksyen 30, Kampung Jalan Kebun, dekat sini, malam kelmarin, kecoh apabila kira-kira 1,000 penduduk yang tidak berpuas hati dengan ceramah itu mengepung dewan berkenaan. <-- 1,000? Heloowww yang ada cuma 20-30 orang samseng jalanan sahaja. Ketua dia tah nama baharom or razali aku pun tak sure mana satu. Tapi yang sahih lelaki badan besar yang berbaju hitam tue larh yang bikin kacau dan provoke orang bagai.
2. Keadaan bertukar tegang apabila penduduk mendakwa ada penyokong HINDRAF yang hadir pada ceramah yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, menyebut beberapa perkataan yang menyinggung perasaan mereka. <-- kah kah kah. Woitttt bahlol, sorry i ter ikhlas, sapa yang singgung sapa sebenarnya neh? kah kah kah. Lue bagi bukti woiii. Gua ada bukti seme cukup. Semua penyokong2 pr boleh bagi bukti, wa cabar lue siarkan dalam paper dan tv beb. Ada bran ka?
3. Penduduk mengepung dewan berkenaan pada jam 8.45 malam dan keadaan menjadi kecoh apabila mereka mendesak majlis yang turut dihadiri peguam, Harris Ibrahim dan Badrul Hisham Shaarin atau dikenali Cikgu Bard, dihentikan serta-merta. <-- mengepung? Kah kah kah. Woittt mengepung ka menyerang, menerajang, menyepak, menggugut, merosakkan dan membaling2 barang dalam dewan tersebut?
4. Polis dengan kerjasama beberapa pemimpin parti politik berusaha mententeramkan keadaan dan persetujuan berjaya dicapai kira-kira jam 11 malam dengan meminta pihak penganjur yang dipercayai tidak mempunyai permit, bersurai bagi mengelak kejadian tidak diingini. <-- Yang dipercayai takde permit? Polis, lue polis maaa.. lue tak boleh check on the spot meh dia ada permit ka takde permit? Neh siasatan 5 minit sahaja woo. Hello, asp, sila check jap dalam data kita ceramah politik di jalan kebun neh ada permit ka takde nanti you call inform i balik. Dengan segera okey. Demm.. conan memang bijak walaupun dia hanyalah kartun sahaja. kah kah kah
5. "Kami berusaha untuk mententeramkan keadaan walaupun sedar kemarahan penduduk memuncak dan menghargai usaha polis mengawal daripada berlaku kejadian tidak diingini," katanya.<-- penduduk? Penduduk ka samseng jalanan? kah kah kah
6. Beliau berkata, selain kata-kata yang menyinggung perasaan, penduduk juga berang dengan tindakan penganjur yang memulakan ceramah politik ketika penduduk sedang solat Maghrib.<-- Penduduk sana mahgrib jam 8.45 malam ka? kah kah kah. Benda belum mula. Benda baru nak cakap sikit2 pada orang yang baru sampai. Lebih kurang macam sesi taklimat. Tengok lah suasana dewan macam mana. Ada beberapa orang je. Kalau nak mula mesti tunggu hadirin datang dulu ngok. Opss sorry i terjujur lagi.
7. Pada masa sama, katanya, insiden berkenaan turut menggambarkan penduduk di kawasan itu jelas menolak kehadiran Mat Sabu sehingga memaksa pemimpin PAS itu meninggalkan tempat kejadian tanpa sempat berceramah. <-- tolak? Tolak ka kena kacau dan halau? kah kah kah
Woit berita harian,
Pada hari neh ko telah menyebarkan fitnah. Sesuatu yang Allah swt larang. Aku bagi ko bukti menyangkal apa2 dakwaan dan fitnah ko menerusi artikel neh. Ko sangkal hanya berdasarkan kepada cakap2 orang. Aku sangkal berdasar bukti dan keterangan saksi serta video.
Woit berita harian,
Jika ada mana2 manusia yang mempercayai berita fitnah ko neh dan menyampaikan pula kepada orang2 lain dan menyebarkan ia sebagaimana tersebarnya angin di muka bumi neh pada masa itu ko, aku dan umat islam akan mendapat balasannya dari Allah swt.
Time tue jangan ditanya apa salah umat islam yang pada umat bukan islam sebaliknya tanyalah diri sendiri apa sebab umat islam menfitnah umat bukan islam. Allah swt bukan sekadar wujud di Alquran, DIA wujud di alam neh beb. Ingatlah, apa yang kita buat pada orang kita akan dapat balik. Tak kiralah samada menganiaya orang islam ataupun menganiaya orang bukan islam. Fikir2lah tue.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/01/isu-samseng-serang-hindraf-dan-abu.html#ixzz1kQbhVqtw
No comments:
Post a Comment