Makin dekat pilihan raya umum keadaan Umno terutamanya di Selangor makin tertekan dan terdesak. Cula-cula yang nampak menunjukkan Umno negeri itu sudah jadi seperti belut di atas bara bergelepar penuh dengan abu dan arang. Parti itu akan melakukan apa saja untuk memastikan kemenangan dan memastikan rakyat menolak persepakatan Pakatan Rakyat.
Semua perkara dijadikan isu di Selangor. Sampah sarap yang tidak sepatutnya diambil untuk diangkat ke muka umum juga dijemput dan diambil dibasuh menjadi isu. Umno sudah tidak segan silu dan merasa jijik untuk melakukan apa saja. Umno sudah tidak kira halal, haram asalkan dikira dapat dijadi isu dipergunakan. Orang terdesak akan hilang kewarasan berpolitik.
Anjing, babi juga mungkin akan dipergunakan oleh agen-agen Umno yang wujud berlindung di sebalik pelbagai Ngo upahan. Sebelum ini lembu dijadikan modal politik.
Berpolitik tidak menjadi masalah, tetapi adat sopan perlu dijaga. Peraturan agama juga hendaklah dihormati. Hak-hak demokrasi juga perlulah dituruti dan diakuri. Dalam satu masa kita mahu demokrasi ditegakkan tetapi dalam masa sama kita jadi pengacau kepada demokrasi. Apa benda kalau begini?
Misalnya kejadian terbaru di dewan MBSA Jalan Kebun, Selangor semasa himpuann program ABU jelas menunjukkan pihak mana yang jahat dan jahil. Perbuatan mengacau majlis orang ala-ala samseng dalam filem Kl Gangster begitu tidak akan diterima oleh rakyat berbilang kaum dan anutan agama di negara ini.
Perbuatan itu yang juga dikaitkan dengan Umno menyebabkan orang beranggapan negara ini tidak selamat lagi dengan Umno. Umno bukan parti pembawa damai tetapi parti mernimbulkan kekacauan. Gangguan program itu tidak memberi untung sebaliknya merugikan Umno.
Umno sudah jadi tidak siuman dan kehilangan kiblat. Malangnya dengan kejadian itu tidak ada orang Umno tampil ke depan mengakui dan memohon maaf. Umno Selangor cuba memberi gambaran mereka tidak terlibat walaupun sejuring. Tunggulah setahun dua tahun lagi apabila beberapa budak yang mengambil bahagian di dalam aktiviti kacau ganggu itu sedar dan insaf, matang mereka akan tampil menceritakan kisah itu.
Mereka akan memberi tahu yang mereka diberikan pil kuda atau daun ganja untuk berbuat khianat. Selalunya kebenaran itu muncul di hujung waktu.
Berbalik kepada apa yang berlaku di Selangor; Umno sangat terdesak untuk menang. Rasa malu dan kesal atas kekalahan tidak dapat dilindung lagi. Makin cuba dilindung makin terjolor keluar. Ke mana berjalan Umno merasakan mereka membawa rasa aib besar kerana kekalahan itu. Muka mereka menjadi macam pontinak harum sunda malam, huduh.
Malangnya lagi, hakikat kekalahan, hakikat rakyat Selangor telah menolak mereka kerana mereka adalah pendosa tidak boleh diterima. Sikap tidak mahu menerima hakikat inilah penyakit yang paling rawan di dunia ini.
Macam-macam telah digunakan untuk menimbulkan kebencian rakyat. MB Khalid Ibrahim digambarkan sebagai bodoh, tidak pandai mentadbir, tamak, menjadi kuda lumba DAP, benak politik dan sebagainya. Dibawa kepala lembu ke pejabat Khalid untuk memberi gambar itu. Dipijak-pijak kepala lembu, perbuatan yang sungguh baidab dan lebih teruk dari kehidupan warga lembu. Lembu tidak pernah memijak kepala lembu lain.
Namun makin dihina dan diperlekehkan Khalid rakyat makin suka dan seronok dengannya. Khalid terus buat lembu kenyan tidak mempedulikan penghinaan kepadanya. Baginya apa yang penting rakyat selesa berada di bawahnya. Berbagai kemudahan dan bantuan diperkenalkan Khalid yang terlupa difikirkan Umno selama berpuluh tahun dulu.
Umno tidak kira apa... semua isu disapu, macam boldozar sodok hutan. Pemecatan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor digunakan sepenuhnya oleh Umno. Pemecatan itu dijadikan umpan dan modal. Umno bersorak mengharap dengan pemecatan itu ia kira memberi untung. Mulanya Umno mengira ribuan penyokong bekas ahli Pas itu akan berhimpun mempertahankannya siang malam di rumahnya seperti mana berlaku kepada Anwar Ibrahim tidak lama dulu. Sampai Salentia juga merangkak dan melompat untuk mendampingi bekas ahli Pas lulusan Phd itu tanpa mempedulikan bau hampaknya.
Walhasil yang bersama bekas ahli Pas itu hanya 28 orang sahaja. Buang Salentia tinggal 27 oang. Buang yang memasang PA sistem tinggal 20 orang. Iya... menurut seorang jurugambar sebuah protal hanya 20 orang sahaja pengikut tegar bekas ahli Pas itu termasuk dua orang isterinya.
Umno menjadi bekas ahli Pas itu sebagai modal hadapan memecah belah ukhwah dalam Pas gagal. Umno kini sudah mula mengetahui sejauh mana pengaruh orang itu. Sia-sia sahaja. Tetapi bak kata orang hendak tidak hendak terpaksa juga biawak yang masuk ke dalam rumah perlu dipikul kerana bimbang ia memakan telor dalam sangkak sendiri. Ahli Pas yang cakap dan bual besar itu kini menjadi biawak hidup kepada Umno Selangor.
Khabarnya Noh Omar tidak begitu berminat dengan bekas ahli Pas ini. Pada pendapat Noh penglibatan bekas ahli Pas itu dengan program Umno boleh menyebabkan orang Melayu atas pagar yang tidak senang dengannya dan benci dengan sikap dia mencerca Pas akan lari jauh dari Umno. Khabarnya ada agen bekas ahli Pas itu untuk mengatur program bersam Noh dan Umno Selangor tetapi ditolak oleh Noh Omar. Makanya program dengan bekas ahli Pas itu dilakukan dengan berlindung di sebalik nama-nama lain yang dicipta indah, walhal yang membiayainya individu Umno juga.
Umno Selangor sudah hilang akal dan buntu mencari idea untuk jahatkan Pas dan Pakatan Rakyat. Terbaru ialah pemasangan kain rentang yang menggunakan nama Dewan Pemuda Pas Selangor. Kain rentang itu kononnya menyuarakan kekesalah DPP Selangor atas tindakan memecat bekas ahli Pas itu dan mahukan jawatan Exco yang kini disandang Khalid.
Saya kira kain rentang itu adalah idea Umno, satu propaganda Umno untuk melaga-lagakan Pas dengan PKR. Kalau ianya dibuat orang Pas mungkin mereka yang termasuk dalam 20 orang yang menjadi pengikut bekas ahli Pas yang bercakap soal akidah itu.
Terkilas ikan di air sudah tahu jantan betina. Yang selalu buat propoganda huduh dan buruk begitu orang sudah tahu siapa. Tektik-tektik untuk pusing pikologi itu orang sudah tahu. Yang lembar batu sembunyi tangan dan cakap berdengar-degar juga orang sudah tahu siapa.
Rakyat hari ini sudah tidak bodoh lagi. Mereka akan menggunakan akal dan bukan menggunakan telinga dan mata untuk berfikir. Jadi kepada Pas dan PKR Selangor usahalah risau dengan kemunculan kain rentang begitu. Percayalah akan banyak lagi kain renatang akan muncul termasuk melaga-lagakan PKR-Pas dengan DAP.
Selagi di kedai ada jual cat dan kain putih selagi itulah akan muncul kain rentang hantu. Ia tidak memberi kesan melainkan menyemak dan mencemarkan Selangor yang makin hari makin bersih dan aman di bawah Pakatan Rakyat kini. [wm.kl.6:28 pm 24/01/12] - MSO
No comments:
Post a Comment