Friday, January 27, 2012

AG Salahguna kuasa :Bekas perunding NFCorp hadapi 2 tuduhan "penipuan" baru

Ahli perniagaan hadapi tuduhan menipu Pengarah NFC
KLANG - Bekas perunding National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Shamsulbahrin Ismail berhadapan dengan dua tuduhan baru hari ini - melakuan penipuan wang pelaburan RM90,000 milik seorang pemandu teksi dua tahun lalu.

Biarpun masih terlantar di hospital, prosiding ke atas bapa kepada empat anak itu diteruskan dengan kehadiran majistret ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Shamsubahrin, 46, mengaku tidak bersalah menipu seorang pemandu teksi Limat Jonit, 57, untuk membuat pelaburan bernilai RM90,000 dalam syarikat yang diketahuinya tidak wujud.

Perbuatan itu didakwa mendorong Limat untuk memasukkan sejumlah wang itu ke dalam akaun bank milik peribadinya.

Pendakwaan di depan Majistret Hurman Hussain, dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Elya Edzrin Mohd Roslan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan. Hadir sama di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, peguam S Surendran dan Lateefa Koya, serta Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Ketika pertuduhan dibacakan oleh Hurman, Shamsubahrin kelihatan tenang.

Hurman membenarkan Shamsubahri diikat jamin RM9,000 dan menetapkan 27 Februari depan untuk sebutan serahan dokumen di Mahkamah Majistret.

Tidak sampai 30 minit prosiding pertama berlalu, Shamsubahrin didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan iaitu menipu orang awam untuk menyediakan pembantu rumah tempatan membabitkan wang sebanyak RM13,000.

Dia didakwa menipu Aina Naridar Abdullah, 45, dengan membuat representasi untuk membekalkan dua pembantu rumah, namun dia tidak melakukannya seperti dijanjikan.

Perbuatannya itu didakwa menyebabkan Aina Naridar mengalami kerugian.

Dia didakwa melakukan penipuan itu di sebuah bank di Persiaran Perbandaran Seksyen 14 dekat sini, 28 Julai lalu.

Pendakwaan dibuat di hadapan Majistret Norkamilah Abdul Aziz oleh Timbalan Pendakwa Raya Hemavathi.

Pada 30 Disember lalu, dia mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu Pengerusi NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Shamsulbahrin didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ketika itu.

Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorongnya bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di ibu negara pada jam 6 petang 20 November lepas.

Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong beliau menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman oleh polis dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ditahan pada 22 Disember. Sinar Harian


AG salahguna kuasa aniaya saksi penting NFC – Surendran



Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menuntut penjelasan Peguam Negara tentang salahguna kuasa yang dilakukan untuk menganiaya saksi penting skandal National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Shamsubahrin Ismail.

Beliau membuat kenyataan itu selepas Shamsubahrin yang kini diwadkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah didatangi dua majistret dan dua timbalan pendakwa raya untuk didakwa atas dua pertuduhan sivil berbeza.

Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu seorang pemandu teksi sebanyak RM90,000 di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Manakala pertuduhan kedua pula, beliau dituduh di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana gagal membekalkan pembantu rumah selepas menerima wang sebanyak RM13,000.

Shamsubahrin tidak mengaku salah bagi dua pertuduhan tersebut dan dikenakan ikat jamin sebanyak RM9,000 dan RM2,000.

Menurut Surendran, Peguam Negara perlu menjelaskan sebab mereka mendakwa Shamsubahrin dari wad hospital atas pertuduhan sivil.

Ini kerana, katanya, dalam kes sivil, sebarang tindakan undang-undang hanya diambil oleh mereka yang terlibat dan bukannya Jabatan Peguam Negara..

Menurut Surendran, pertuduhan itu jelas merupakan fitnah yang bertujuan menakut-nakutkan Shamsubahrin supaya tidak membuka mulut dalam skandal NFC.

“Kita percaya ini satu penganiayaan terhadap Shamsubahrin kerana beliau tahu apa yang berlaku dalam kes NFC.
“Oleh sebab itu serangan demi serangan dibuat ke atas saudara Shamsubahrin,” kata Surendran.

KEADILAN sebelum ini mendedahkan Shamsubahrin dijadikan kambing hitam dalam skandal NFC.

Beliau didakwa atas dua tuduhan menipu Pengerusi NFC, Datuk Mohamad Salleh Ismail membabitkan bayaran bagi perkhidmatan rundingan dan nasihat berjumlah RM1.755 juta, hujung Disember lalu.

Bagaimanapun, wang berkenaan didakwa diberikan oleh Salleh untuk menyogok pegawai penyiasat SPRM dan Polis yang menyiasat kes tersebut melalui Shamsubahrin.

Pertuduhan ke atas Shamsubahrin untuk ‘sibukkan’ beliau- Latheefa


KLANG 27 Jan: Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, dua pertuduhan yang dikenakan terhadap saksi penting NFC, Datuk Shamsubahrin Ismail bertujuan untuk memastikan beliau ‘sibuk’.


Pertuduhan terbaru itu, katanya bagi menghalang Shamsubahrin mendedahkan lebih banyak penyelewengan NFC.


Shamsubahrin yang kini dirawat di hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), hari ini didatangi dua majistret untuk mendakwa beliau atas tuduhan menipu- melibatkan seorang pemandu teksi dan isu membekal pembantu rumah.


“Semua pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau sekarang tidak berkaitan dengan NFC.


“Ia dibuat untuk memastikan beliau ‘sibuk’,” kata Latheefa Koya yang bertindak sebagai peguam Shamsubahrin sewaktu memfailkan laporan polis di pondok polis HTAR, hari ini.


Menurut Latheefa, Shamsubahrin kini menghadapi kesukaran untuk menjelaskan wang jaminan yang dikenakan terhadapnya sebanyak RM11,000 dan RM9,000 bagi dua pertuduhan berkenaan.


Ini kerana, kata Latheefa, keluarga Shamsubahrin sudah pun membayar RM60,000 dalam bentuk tunai yang merupakan sebahagian daripada RM300 ribu jaminan atas tuduhan menipu Pengarah NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebelum ini.


Baki daripada wang jaminan pertama dijelaskan keluarga Shamsubahrin dalam bentuk cagaran hakmilik tanah keluarganya, katanya lagi.


Shamsubahrin, seorang ahli perniagaan dan pernah berurusan dengan NFC kini berada di bawah pemerhatian doktor kerana masalah jantung dan penyakit kencing manis di HTAR.


KEADILAN sebelum ini mendedahkan Shamsubahrin diberikan cek bernilai RM1.755 juta oleh Mohamad Salleh untuk merasuah polis dan SPRM yang menyiasat NFC.


Beliau bagaimana pun menjadi kambing hitam apabila didakwa cuba menipu Mohamad Salleh.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25932

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular