Wednesday, January 25, 2012

Cakap tak serupa bikin...iklan hanya retorik....

Di televisyen, tak kiralah tv1 ka, tv2 ka, tv3 ka, tv9 ka...setiap hari menyiarkan iklan mengajak rakyat Malaysia bersopan santun, berbudi bahasa, hormat menghormati, perpaduan kaum, tolong menolong, mengamalkan kebersihan dan macam-macam lagi. Tapi apakah realitinya masyarakat Malaysia sedemikian..?

UMNO/BN sentiasa mempamerkan kepada rakyat sikap hormat menghormati 1 Malaysia antara kaum..pelbagai bangsa dan agama boleh bersembang, bertepuk tampar sehinggakan ada yang hingga boleh membawa kepada perkahwinan campur.

Puteri tidak menyangkal sama sekali sikap demikian memang dituntut lebih-lebih lagi dalam Islam tapi yang Puteri tak berkenan ialah " CAKAP TAK SERUPA BIKIN"...suruh rakyat mengamalkan budaya demokrasi..hormat menghormati tapi dalam pada masa yang sama masih memberi ruang kepada samseng-samseng jalanan untuk mengganggu hak-hak orang lain lebih-lebih lagi yang tidak sehaluan dengan mereka (UMNO/BN).

Kejadian baru-baru ini di Jalan Kebun, yang melibatkan beberapa samseng jalanan, merusuh, mengganggu majlis orang lain. Siap dengan kata-kata ancaman, nak bertumbuk dan sebagainya. Tak cukup ganggu orang berceramah, lempar risalah-risalah, bunyikan hon motor dan sanggup pukul orang lagi.

Terfikir pula Puteri...kenapa mereka begitu berani? adakah mereka telah diberi jaminan mereka tidak akan ditahan oleh pihak polis dan jauh sekali didakwa..mereka tanpa gentar dan takut pada sesiapa..lebih-lebih lagi si mamat poyo tu...menerpa...menerkam seolah-olah seperti singa lapar tanpa bimbang atau takut ditangkap atau diambil tindakan undang-undang.

Naluri kuat mengatakan mereka memang samseng upahan UMNO haprak..siapa lagi nak halang atau ganggu program yang tidak sehaluan dengan UMNO/BN...takkan anak-anak muda PAS kut...tak lain tak bukan tentulah kuncu-kuncu UMNO..lebih-lebih lagi melihat keberanian mereka yang macam tak takut pada sesiapa..merasa kebal dan dilindungi.

Kalau ini budaya yang digalakkan oleh UMNO...apa akan jadi kepada generasi muda kita untuk masa yang akan datang..tak guna dok siarkan iklan mengajak keharmonian kalau si pentadbiran mengamalkan budaya rimba untuk mengekalkan pengaruh dan kuasa mereka.

Mungkin sangkaan UMNO..orang akan takut dan balik masuk dalam selimut bila samseng-samseng stingray ni menganggu dan mengganas...tapi UMNO lupa...demontrasi BERSIH memperlihatkan kejituan rakyat bangun menentang kezaliman dan ketidakadilan...apa ancaman yang tidak diperingatkan..saban waktu..di tv..diradio..di akhbar...ketua polis beri amaran..hehhehe..sampai pelakon-pelakon..artis-artis pun bagi amaran ..jangan ikut BERSIH....

Tapi hasilnya...ribuan rakyat keluar mengambil bahagian..yang sempat sampai..yang ditahan dijalanan...yang terperangkap...kalau mereka takut tentulah mereka tak keluar...tapi hakikatnya..? tepuk dada tanya imanlah...

Wahai UMNO....kalau cuba-cuba nak gertak pejuang-pejuang Islam dengan samseng-samseng kampung macam tu...kalau peluru pun orang berani harung..inikan pula si mamat parang tajam tu....pejuang Islam yakin...setiap perjuangan menegakkan Islam..kebenaran...melawan pemerintah yang zalim..menindas rakyat..tak mau pada Islam...kalau ditakdirkan mati...matinya mati syahid.....tu sebablah...musuh-musuh Islam takut dengan pejuang-pejuang Islam ni...pejuang Islam berlawan untuk mati bukan untuk hidup....

Dan Islam juga tak mengajar..penganutnya mengganggu agama dan bangsa lain..selagi mereka tidak menganggu Islam...

Puteri : tunggu UMNO nak bawa keluar Panglima Harimau Berantainya...bolehlah kita lilit rantainya tu...buat serban...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular