Saturday, January 28, 2012

Najib ingat Rakyat Bodoh macam dia ke? Ajak DEBAT tak berani!!!

NAJIB RAZAK HAPUS TOL DAN PTPTN NEGARA MUSNAH

Janji Pembangkang Resepi Kehancuran Negara.

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan mengorbankan kepentingan negara hanya untuk mencari keuntungan jangka pendek seperti meraih undi pilihan raya.


R3L: KAH KAH KAH, Cakap belakang berani lah… cuba cakap depan2… Tu Anwar ajak debat tu, pergi lah, tunjuk mana dan apa yang pembangkang buat nak korbankan negara?

Haji Najib Razak berkata, sebagai kerajaan bertanggungjawab, pihaknya sentiasa memastikan kepentingan negara dipelihara dan pada masa sama memastikan usaha jangka pendek dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.

R3L: Kepentingan negara atau kepentingan kroni semata mata?

Najib Razak: ''Mungkin kita akan senasib, sebaris dengan beberapa negara lain (di Eropah yang berhadapan masalah ekonomi) jika berjanji (seperti pembangkang).
R3L: adakah ekonomi negara Malaysia layak untuk dibandingkan dengan Negara Negara Eropah, walaupun mereka tengah gawat masa ini, jika kita nak bandingkan ekonomi mereka dengan kita (Malaysia) kita masih amat jauh tertinggal.

Najib Razak: "Kita bukan hanya nak raih sokongan dalam pilihan raya tetapi tidak mahu merosakkan kepentingan negara pada keseluruhannya. Kita tadbir negara dengan cekap, membina kekuatan dan kemudian memberi keuntungan kepada rakyat,'' katanya.

R3L: Cekap?Apa untung rakyat Malaysia selama ini yang UMNO/BN perintah? barang keperluan semakin mahal, kos sara hidup semakin tinggi, lagi lagi pada bangsa melayu, nah negok graph di bawah, semua ini kerana selalu bersyukur dan terima kasih pada UMNO sangat2..
Najib Razak juga berkata, kecekapan kerajaan mengurus ekonomi menyaksikan pendapatan negara pada tahun lalu bertambah sebanyak RM26 bilion. Katanya, prestasi ekonomi yang memberangsangkan hasil kecekapan pentadbiran kerajaan membolehkan cukai tidak dinaikkan.

''Malah, kita kurangkan lagi (cukai). Bantuan kita tak potong, kita tambah lagi. Subsidi kita kekalkan,'' ujarnya.

R3L: Ye turun cukai, cukai apa? cukai membeli kereta hybrid? cukai membeli pakaian berjenama? cukai tu kalau turun siapa yang untung? turunlah cukai pintu, cukai tanah, bagi subsidi kepada rakyat yang memerlukan, gunalah teknologi, buat my kad pandai, guna my kad tak tahu.

Najib Razak:"Tidak realistik kalau hendak hapuskan tol dan PTPTN. Hutang PTPTN banyak, ada RM40 bilion sekarang. Pada masa akan datang, semua pelajar IPT (institusi pengajian tinggi) kalau dapat PTPTN akan minta supaya hapus kira. "Ini resipi untuk kehancuran ekonomi. Tak payah pakar ekonomi, orang biasa pun boleh fikir ia akan bawa kehancuran ekonomi," katanya.
R3L: UMNO/BN sahaja yang cakap tidak realistik kot. memang hutang banyak, tapi untung negara lagi banyak, apa salah kerajaan untung sikit, bagi rakyat yang untung pula? hapuskan tol, adakah Tol masih lagi rugi? adakah untung tak balik modal lagi? Tol makin lama makin mahal, sepatutnya makin lama modal makin balik, tol makin murah, ini terbalik, makin lama tol makin mahal, Najib Razak boleh lah cakap macam tu, ntah dia pernah bayar atau tidak guna tol tu.

Menurut Najib, dengan pertambahan hasil negara, kerajaan mampu mengagihkan keuntungan kepada rakyat menerusi pelbagai program tanpa perlu membuat pinjaman sama ada dari dalam atau luar negara.

R3L: tang mana yang rakyat akan untung? cuba bagi tahu? orang suruh turunkan harga minyak tak mau, orang minta turun harga barang keperluan tak mau, tol tak mau, apa pun tak boleh lah!

Kita Mampu Ubah


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular