MALAM tadi diberitakan berlaku pergaduhan berunsurkan perkauman apabila puak-puak haramjadah yang gentar dengan kempen ABU (Asal Bukan Umno) merusuh di dalam program Ceramah Umum ABU bertempat di Dewan MBSA, Seksyen 30, Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor.
Puak-puak bangsat dan bacul ini berlagak bagai samseng memasuki Dewan di mana beberapa pimpinan PR dijadualkan berucap. Program tersebut dihadiri oleh Mat Sabu, Chegu Bard, Peguam Harris dan pimpinan mewakili Hindraf. Jelas, puak haramjadah ini ingin mencetuskan pergaduhan kaum dengan mengugut dan memukul beberapa orang dari kaum India yang turut hadir.
Betapa bangsatnya mereka berpolitik sehinggakan seperti orang tidak bertamaddun lagaknya. Mereka kekeringan hujah untuk berdepan dengan PR sehinggakan begitu takut dengan Kempen ABU. Ternyata ini suatu bukti bahawa Kempen ABU amat berkesan dan mula meresahkan Umno menjelang PRU akan datang. Mungkinkah tercetusnya peristiwa malam tadi, undi kaum India kembali membara menyokong PR kerana jelas puak haramjadah itu anti kaum India? Apa gunanya lagi kaum India menyokong mereka sekarang?
Di mana suara pemimpin MIC? Usah ditanya suara pemimpin Umno kerana semua tahu Umno tetap akan mempertahankan ketuanan Melayunya yang punah ranah sekarang. Hanya PR sahaja yang boleh selamatkan Melayu dan Islam, bahkan semua kaum di negara ini. Umno tidak mampu dan ini dapat dibuktikan dengan peristiwa malam tadi. Terdesaknya mereka untuk merampas Selangor terserlah malam tadi di mana mereka mengunakan cara kekerasan untuk menghadapi PR.
Justeru itu, peringatan buat semua bahawa sekiranya kita mahu menganjurkan program, pihak penganjur mesti telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Tanamkan prinsip "Lembut lawan lembut, keras lawan keras". Dengan manusia tidak bertamaddun ini, tiada guna lagi kita bersabar. Seandainya pihak keselamatan gagal melaksanakan tugas, maka kita perlu membantu mereka./wfauzdin.blogspot.com
1. Kenyataan Rasmi chegu Bard tentang peristiwa malam tadi >> Umno harus ambil tanggungjawab ; serangan bersifat perkauman terhadap program ABU
2. Lapuran dari Free Malaysia Today : Penyokong UMNO mengganas di ceramah PAS, ABU & HINDRAF
3. Rakaman Video : Video : Budak neh maki2 dalam ceramah ABU apahal? - UPDATED!
Najib siapkan keranda utk 1Malaysia
No comments:
Post a Comment