APA pun masalah yang timbul lanjutan daripada isu tindakan tatatertib yang diambil ke atas 5 orang pelajar Kolej Universiti Isaniah (KUIN) dibawah Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Prof Dr Abdul Aziz Bari tidak tidak sama sekali wajar untuk menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak untuk melepaskan jawatannya.
Tidak cukup setakat itu Aziz Bari juga menyifatkan Azizan sebagai ‘menyerupai’ Barisan Nasional (BN) apabila mengambil keputusan tersebut.
Pada penulis, itu adalah kenyataan paling kurang ajar yang pernah dikeluarkan oleh seorang yang baru nak berjinak-jinak dalam politik keatas seorang pemimpin parti PAS merangkap Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat yang telah lama berjasa kepada parti sehingga berjaya merampas Kedah buat kali pertama dari tangan BN pada 2008.
Aziz Baru fikir dia siapa dengan mengeluarkan kenyataan tersebut? Who are you?
Sudah cukup baik media dan blogger pro Pakatan Rakyat memberikan gelaran ‘pakar perlembagaan’ kepada Aziz Bari dikala tidak ada satu pun yang boleh dijadikan asas untuk menggelarkannya dengan gelaran itu. Tidak seperti akauntan dan jurutera yang mempunyai badan-badan seperti Malaysia Institute of Accountant (MIA) dan Board of Engineers (BoE) yang berkelayakan untuk mengiktiraf individu kepada profession itu, pakar perlembagaan tidak ada.
Malah tidak keterlaluan kalau penulis katakan, reputasi itu diberikan Pakatan Rakyat kepada Aziz Bari bagi mengangkat tinggi sebarang kenyataannya mengenai perlembagaan negara yang sering kali disalah tafsir oleh kerajaan BN/UMNO serta juak-juak mereka.
Justeru, tidak usahlah Aziz Bari nak merasakan dirinya tinggi daripada Ustaz Azizan, anda masih belum ke mana dalam politik dibandingkan dengan Ustaz Azizan yang telah lama bergelumang dengan politik dan membuktikan kebolehannya, sehingga dilantik ke jawatan Menteri Besar.
Dalam masa yang sama, penulis menggesa kepimpinan Pakatan Rakyat agar mengambil tindakan ke atas Aziz Bari. Jika dia masih belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat, maka itu tindakan displin tidak boleh diambil ke atasnya, maka Aziz Bari perlu dipulau dari sebarang aktiviti yang membabitkan Pakatan Rakyat.
Lagipun Aziz Bari tidak punya apa sekarang, setelah mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa. Penulis mendengar, dia bergantug sepenuhnya kepada aktiviti-aktiviti dimana Pakatan Rakyat mempunyai kepentingan untuk mendapatkan wang tambahan atas khidmat sebagai konsultan.
Tanpa Pakatan Rakyat, Aziz Bari hanyalah pesara kerajaan yang berharap kepada pencen untuk hidup (itupun jika dia memilih opsyen tersebut).
Inilah yang penulis bimbangkan bila Aziz Bari menawarkan dirinya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Aziz Bari mungkin layak dari segi akademik tapi dari segi politik, dia tidak ubah seperti budak baru belajar berjalan. Bagaimana dia mahu berjaya dalam politik kalau sudut pandangnya terikat dengan akedemik semata-mata. - Suara Pakatan Rakyat
No comments:
Post a Comment