Thursday, February 2, 2012

"MELAKA NEGERI MAJU" Gaji hanya RM510 sebulan?

pemandu bas mogokPERINGGIT – Hampir 50 pemandu bas henti-henti mogok tidak mahu memandu bas, semalam, kerana tidak berpuas hati dengan gaji ditawarkan PM Cultural & Tourism (PMCT) Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Kerajaan Negeri yang mengambil alih operasi bas di negeri ini bermula, semalam.

Tinjauan Sinar Harian di Terminal Melaka Sentral di sini, seawal jam 6.30 pagi semalam mendapati, kebanyakan mereka hanya duduk beramai-ramai dan tidak mahu memandu bas.

Hanya dilihat beberapa bas membawa penumpang ke terminal, selain membawa pelajar, hasil ihsan pemandu bas selepas ramai ibu bapa merayu meminta tolong menghantar anak mereka ke sekolah.

Rata-rata mereka berkata, selagi tawaran gaji pokok sebanyak RM510 sebulan tidak diteliti semula, mereka berkemungkinan akan meneruskan mogok atau berhenti kerja.

Mereka mendakwa, pendapatan baru itu jauh lebih rendah daripada sebelum ini iaitu sekitar RM2,000 sebulan.

Kaji semula gaji pokok

Pemandu bas, M Selvam, 48, berkata, gaji yang ditawarkan hasil pengambilalihan operasi itu sangat murah dan tidak memadai.

“Kita mahu makan apa dengan wang RM510 sebulan? Sudahlah terpaksa bangun jam 5 pagi dan kerja sampai ke malam, bawa nyawa orang lagi. Ini memang tidak patut.

“Pagi ini (semalam), saya bawa bas pun kerana tidak sampai hati apabila ibu bapa merayu minta tolong bawa anak-anak mereka ke sekolah,” katanya.

Seorang lagi pemandu, Abdul Karim Said, 53, berharap. pihak PMCT akan segera mengkaji semula gaji yang ditawarkan untuk mereka.

“Kena ada keputusan muktamad. Kami diberitahu boleh dapat gaji sehingga RM1,500 selepas campur pelbagai elaun. Tolong kaji semula gaji pokok ini,” katanya.

Pemandu bas, Sabri Mohamad, 40, pula berkata, dia yang sudah hampir 15 tahun memandu bas berasa amat terkilan dengan bayaran gaji baru itu.

“Kita mahu kerja tetapi kaji semula gaji yang diberikan. Dahulu sekitar RM2,000 kami boleh dapat tetapi kali ini memang susah sebab kos hidup terlalu tinggi,” katanya.

Mahu bayaran elaun

Semalam adalah hari pertama operasi bas henti-henti di bawah PMCT selepas Kerajaan Negeri mengambil alih 10 syarikat bas henti-henti yang sebelum ini mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan akibat tidak mampu menanggung kos operasi dan penyelenggaraan yang tinggi.

Dalam pada itu, pemandu bas turut mengharapkan bayaran komisen dimansuhkan dan digantikan dengan bayaran elaun berikutan pendapatan antara bas adalah berbeza.

Terdahulu malam kelmarin, perkhidmatan bas turut tidak beroperasi berikutan penyerahan kunci pihak pengusaha kepada PMCT, jam 6 petang menyebabkan pemandu bas tidak bertugas.

Akibatnya, pengguna terpaksa menggunakan alternatif lain, termasuk menaiki teksi untuk ke destinasi ditujui. SH

FAKTA : Di "MELAKA NEGERI MAJU" setelah 20 tahun bekerja sebagai pemandu bas gaji anda boleh menjadi RM 510 daripada RM 2000 apabila pengurusan syarikat diambil alih oleh kerajaan negeri maju daripada syarikat swasta, inilah kebijaksanan pentadbiran seorang ketua menteri negeri "maju" melaka.

Apa susah, bagi sajalah "gelaran dato'" nanti kenyanglah semua rakyat melaka hahaha.... di bawah penjajahan UMNO/BN dari hidup sampai mati diperbodoh dan diperhambakan 

AUSTRALIA JUAL SYARIKAT BAS PEKERJA DAPAT BONUS DEKAT 30 RIBU, MALAYSIA GAJI TURUN KE RM 510, SEBAB TU KENA HUMBAN UMNO/BN.IAR

Syarikat dijual, pekerja dapat bonus
WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Februari 2012

MELBOURNE - Ken Grenda dari Australia telah menjual syarikat bas miliknya, tetapi hampir 2,000 pekerjanya senyum besar apabila kesetiaan mereka dihargai dengan imbuhan istimewa.

Grenda memberi bonus tunai mencecah AS$16 juta (RM48 juta) kepada pekerja-pekerja hasil jualan syarikat basnya yang telah beroperasi selama 66 tahun.

Grenda, 79, dan dua anak lelakinya Geoff dan Scott, dilabelkan sebagai majikan paling pemurah di Australia ekoran keputusan mereka menghargai 1,800 pekerja mereka.

Secara purata pekerja-pekerja menerima RM27,000, berdasarkan tempoh perkhidmatan masing-masing. Ada yang menerima antara RM96,000 dan RM320,000, lapor media Australia dipetik BBC.

Syarikat itu dijual kepada Ventura, satu lagi syarikat pengangkutan pada harga RM1.3 bilion.

"Anda tahu, kami ada pekerja-pekerja yang telah berkhidmat lebih 40 tahun. Jadi, sesuatu yang baik untuk berbuat demikian," kata Scott kepada ABC News.

Scott, Pengarah Urusan syarikat itu berkata, bapanya sedih untuk menjual bisnesnya dan mahu menghargai pekerja-pekerja atas perkhidkmatan mereka selama ini.

"Kami ada pekerja generasi kedua dan seorang bekerja sejak 52 tahun lalu," katanya lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular