Thursday, February 2, 2012

Umno Taja Jati???

TAHUKAH ANDA SIAPA 'SPONSOR' HASSAN ALI?
Hassan Ali ke sana ke mari menghentam PAS. Beliau diberikan seluas-luasnya liputan oleh media pencacai Umno. Beliau kini menjadi senjata dan peluru menghentam PAS. Surat khabar, TV dan sebagainya yang dahulu menjadi musuh Hassan Ali tiba-tiba jadi teman sebantal Ali.

Orang yang mengutuk dan menghentam PAS sudah tentu akan dijadikan kawan baik oleh Umno/BN selagi suaranya laku. Biasanya tidak lama tak sampai setahun pun, selepas itu senyaplah. Itulah yang berlaku kepada Noor Deris, Mustafa Taib, Nakhaie Ahmad, Ghazali Ahmad, Wan Ismail dan lain-lain.

Selepas diarak ke sana ke mari mereka dihumban dan diketepikan macam tikar buruk oleh Umno. Hassan Ali akan mengalami nasib yang sama., tidak lama lagi Umno akan menyisihkan beliau apabila suara dan ceramahnya tidak lagi mahu didengar orang. Sekarang inipun yang datang ceramah beliau adalah penyokong Umno sahaja. Itulah yang menyebabkan Hassan Ali seronok. Perasan orang ramai sokong dia....

Orang yang lawan PAS sudah tentu Umno suka, orang yang kutuk PAS sudah tentu Umno akan bantu sebab Umno tahu sedikit sebanyak Umno dapat untung.......keluar TV seluruh rakyat dengar, kutukan dan fitnah itu Umno rasa akan menyebabkan sokongan kepada PAS kurang dan sokongan pada Umno bertambah. Hakikatnya tidak semudah itu. Rakyat terutama orang PAS sudah matang. Mereka kenal siapa Hassan Ali, mereka kenal Hassan Ali masuk PAS bila dan adakah Hassan Ali merasa susah ketika masuk PAS dahulu.......masuk PAS terus jadi AJK PAS dan jadi Wakil Rakyat dua sekali Adun dan Ahli Parlimen (PRU 1999)...Semua orang PAS tahu....

Bila serang PAS Umno suka.......jadi agaknya siapa yang sponsor Hassan Ali.....liputan media sudah tentu Umno/BN sponsor sebab media mereka pegang.....duit dan belanja ke sana ke mari, kumpul orang, sistem siaraya, khemah, poster, iklan kerusi dan sebagainya siapa sponsor....Tuan Jawab Sendiri la????? - Mutaligat

Pemuda PAS Syak Umno Taja Jati & Dr Hasan Ali

PETALING JAYA- Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai 'Jati' oleh Datuk Dr Hasan Ali sebenarnya ditaja oleh pihak tertentu termasuk mengaitkannya dengan Umno.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, dakwaan itu dibuat berdasarkan agenda yang diperjuangkan Jati iaitu untuk memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja Melayu.

"Saya melihat gerakan yang cuba dilakukan oleh Datuk Dr Hasan ini jelas merupakan satu perancangan yang ditaja oleh pihak tertentu.

"Dengan melihat agendanya untuk memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu, ia memberikan persepsi bahawa ada kaitan dengan sebuah parti politik yang memperjuangkan slogan bangsa, agama dan negara," katanya di sini, Rabu.

Dalam pada itu Raja Ahmad turut mencabar Hasan yang dipecat daripada PAS pada 8 Januari lalu agar bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Saya tidak terkejut selepas ini Datuk Dr Hasan akan bertanding atas tiket Umno. Ini kerana semua program penerangan dan ceramahnya di seluruh negara telah diuruskan oleh Umno.

"Bagi saya, Datuk Dr Hasan boleh memilih mana-mana kerusi yang ingin beliau tandingi pada PRU-13 nanti.

"Bagi pihak PAS, kami bersedia bertembung dengan beliau yang menjadikan isu parasit sebagai tiket untuk menyerangan PAS," tegas beliau.

Pada Isnin, Hasan yang dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam Selangor pada 13 Januari lalu mengumumkan penubuhan Jati yang akan dirasmikan penubuhannya di Pusat Konvensyen Shah Alam, 21 Februari ini, dijangka disertai beberapa NGO Islam dan bukan Islam dari seluruh negara.

Menurut Hasan, Jati mahu berperanan sebagai sebuah kuasa ketiga, yang berfungsi menjaga kepentingan akidah umat Islam, serta bertindak sebagai pihak pengimbang bagi pergerakan politik negara ini. -mStar

Anwar: Hasan Ali tak perlu ikut cara Umno
ZULAIKHA ZULKIFLI
1 Februari 2012
Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menasihatkan bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali supaya tidak mengikut cara Umno dengan membuat serangan peribadi dalam ceramahnya.

Beliau berkata, Hasan sepatutnya menerangkan tentang dasar dan tidak menjadikan serangan peribadi sebagai modal ceramahnya.

"Modal dia serang peribadi… dia patut terang dasar. Tak payahlah ikut cara Umno. Saya rasa tak payah jawab soalan ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Taman Sri Sentosa hari ini.Hasan mengadakan siri ceramah jelajahnya bagi untuk mendedahkan 'parasit' yang ada dalam Pas.

Beliau yang dipecat Pas pada 8 Januari lalu turut mendakwa, selain pemimpin DAP dan PKR, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad penghalang utama kerja beliau sewaktu menjadi Exco Agama Kerajaan Negeri, sebelum ini.

Sementara itu, ketika berucap di hadapan kira-kira 200 orang hadirin majlis rumah terbuka itu, Anwar berkata, jika beliau menjadi Perdana Menteri, cakap rakyat akan dituruti.

Menurutnya, dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah akan ikut cakap DAP adalah tidak benar sama sekali.

"Mereka kata Anwar puji (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng. Ya memang... dia tak curi tanah. Dia buat kerja bagus. Dia jaga negeri dan ekonomi dengan baik. Saya sokong. Saya tak malu untuk cakap.

"Saya nak beritahu, kalau saya jadi ketua, saya akan ikut rakyat. Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan saya akan ikut," katanya. SH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular