Thursday, February 2, 2012

Nak perjuangkan akidah, tapi asyik buat pelbagai dakwaan dan tohmahan..

PAS S'gor Cabar Hasan Tubuh Jati Jadi Parti PolitikPAS S'gor Cabar Hasan Tubuh Jati Jadi Parti Politik
PETALING JAYA- PAS Selangor mencabar bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali supaya mendaftar 'Jati' sebagai sebuah pertubuhan politik dan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, cabaran itu dibuat bagi mengukur sejauh mana kemampuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinaungi Hasan mampu bertindak sebagai kuasa ketiga politik Malaysia.

"Kalau betul Jati boleh jadi gelombang politik kuasa ketiga, saya cabar beliau bentuk Jati sebagai parti politik yang sah.

"Jangan berselindung di sebalik NGO dan mendakwa kononnya ada ramai penyokong. Tunjukkan kalau benar kumpulan ini boleh jadi kuasa ketiga penentu kemenangan PRU nanti," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pengumuman Hasan yang akan membentuk sebuah NGO yang dikenali sebagai Jati bagi meneruskan agendanya memperjuangan Islam, orang-orang Melayu dan mempertahankan institusi raja-raja Melayu.

Hasan yang dipecat daripada PAS pada 8 Januari dan dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam Selangor pada 13 Januari lalu berkata, Jati berperanan sebagai sebuah kuasa ketiga yang berfungsi menjaga kepentingan akidah umat Islam, serta bertindak sebagai pihak pengimbang bagi pergerakan politik negara ini.

Mengulas lanjut, Dr Abdul Rani berkata, PAS tidak gentar dengan kewujudan Jati yang didakwa sebagai kuasa ketiga kerana menyifatkan gelombangnya berlaku secara bermusim dan tidak akan kekal.

Katanya, hala tuju NGO-NGO seperti ini tidak jelas malah hanya akan mendapat perhatian ketika isu yang diketengahkan masih 'panas'.

Dalam pada itu mengulas mengenai serangan dan pendedahan Hasan terhadap PAS hingga secara terang menamakan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad sebagai 'parasit' dalam parti itu, Dr Abdul Rani berkata, beliau mahu rakyat dan penyokong PAS menilai sendiri sikap Hasan.

"cakap beliau sekarang sudah tak boleh pakai, beliau boleh kata dan dakwa apa sahaja. Kami tidak kisah kerana rakyat sendiri boleh buat penilaian.

"Serangan beliau terhadap PAS tidak akan memberi kesan kepada kita malah akan memperkukuhkan sokongan rakyat.

"Beliau nak perjuangkan akidah, tapi dalam siri ceramah beliau asyik buat pelbagai dakwaan dan tohmahan," katanya lagi. -mStar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular