Friday, February 3, 2012

1Care : Insurans sosial tetapi tidak ada apa-apa yang 'sosial'

#taknak1carePengamal perubatan tolak 1Care
Feb 3, 2012 Pengamal perubatan dan pertubuhan bukan kerajaan mengingatkan penjagaan kesihatan bukannya perniagaan untuk mendapatkan keuntungan dan menuntut supaya kerajaan mengkaji semula cadangannya memperkenalkan skim 1Care untuk 1Malaysia.

Justeru, menurut Citizens’ Healthcare Coalition (CHC) dan Persatuan Persekutuan Pengamal Perubatan Swasta (FPMPAM) inisiatif Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan skim berkenaan yang berasaskan insurans nasional untuk membiayai penjagaan kesihatan perlu dikecam.

"1Care tidak menangani masalah dan isu-isu yang sedia ada dan ini akan menjejaskan kesejahteraan pengguna.

"Dalam skim ini - perkhidmatan mahu diserahkan kepada pihak luar,” kata jurucakap CHC Dr T Jayabalan (kiri) pada taklimat media di Kuala Lumpur semalam.

"Mereka namakan skim itu insurans sosial tetapi tidak ada apa-apa yang 'sosial' mengenainya. Jika ini membabitkan rakyat, mengapa kumpulan pengguna tidak dijemput menyertai perbincangan mengenai perkara itu?" soal Jayabalan.

Dalam usaha bagi memastikan skim berkenaan tidak dilaksanakan, CHC dan FPMPAM bertindak pantas memaklumkan kepada ahli-ahli mereka tentang skim 1Care dan mendidik pesakit. Mereka juga mengadakan forum dan dialog di beberapa negeri.

NONE"Bagi setiap cubaan mereka, rakyat dan kumpulan berkaitan seperti persatuan pengguna akan cuba menghentikannya... tetapi kali ini, perkara itu cuba dilakukan secara senyap," kata Jayabalan, seorang perunding kesihatan awam veteran.

Spekulasi bertiup kencang bahawa skim berkenaan akan dibentangkan pada sidang parlimen Mac ini bagi membolehkan Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1 Care menjadi kenyataan.

Buat permulaan, warga maya telah meluahkan bantahan mereka di internet dengan mendidik rakyat tentang apa yang akan berlaku apabila kerajaan melancarkan skim berkenaan yang menyaksikan pelbagai subsidi perubatan yang luas, sebelum ini akan ditarik balik. Mkini

Benarkah khidmat kesihatan 1CARE untungkan rakyat?

PETALING JAYA, 3 FEB: Sebuah gabungan yang terdiri daripada pengamal perubatan dan pemimpin gerakan pengguna mendesak kerajaan untuk mengkaji semula pelan transformasi perubatan/kesihatan 1Care untuk 1Malaysia.

Menurut jurucakap Pakatan Kesihatan Rakyat, Dr. T. Jayabalan, rancangan tersebut bukan sahaja tidak menjelaskan kepincangan dan masalah yang sedia ada, malah ia bukan tawaran yang baik untuk pengguna.

Katanya, walau pun pihaknya mengiktiraf keadaan semasa tidak bebas daripada masalah, cadangan 1Care sememangnya tidak boleh diguna pakai.

Beliau menjelaskan, 1Care mewakili sistem yang berbeza daripada yang ada sekarang yang menggunakan sistem ‘bayar-selepas-guna’ yang berdasarkan rekod yang kukuh sektor yang ditunjangi kesihatan awam dan disokong pula pilihan perubatan swasta kepada mereka yang lebih berkemampuan.

Sedangkan, jelas beliau lagi, di bawah 1Care, setiap warga negara akan dikenakan potongan 10 peratus daripada gaji mereka untuk sebuah skim insurans kesihatan sosial yang hanya akan merangkumi kos perubatan yang asas. Semua klinik dan hospital akan dipaksa untuk disatukan di bawah payung 1Care.

Menurut Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Dr Steven Chow, cadangan 1Care tidak langsung menjawab kepada teras-teras permasalahan yang sedia ada.

Tambahan pula, alasan kerajaan untuk mempertahankan 1Care masih tidak dibuktikan atau didokong oleh fakta, data mahu pun kajian yang menyeluruh.

“Setiap warga negara mempunyai satu tanggungjawab untuk mengetahui tentang perubahan-perubahan yang dirancang kerana ini bakal melibatkan segenap aspek kesihatan/perubatan di negara ini dan masa depan anak-anak kita,” katanya. – Roketkini.com

Baca >> Skim kesihatan 1 Care, lagi taktik Najib bebankan rakyat +Video

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular