Saturday, February 4, 2012

Dr Mahathir ramal Najib kalah

Hak untuk memilih. Pilihanraya semakin hampir dan Malaysia sedang besedia untuk menyaksikan pilihanraya paling panas abad ini. Nombor 13 mungkin membawa musibah pada pentadbiran BN selama 50 tahun dan akan membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Untuk mempertimbangkannya, adil jika rakyat Malaysia boleh menguji keupayaan dua orang pemimpin ini di pentas awam untuk membicarakan tentang polisi awam. Sudah tiba masanya untuk kita menyaksikan Najib Razak dan Anwar Ibrahim untuk berdebat.

Sebagai contoh, calon Presiden Republikan di Amerika Syarikat sudah mengadakan 20 debat yang telah melayakkan 4 orang daripadanya sahaja. Debat adalah cara untuk mendapatkan penjelasan tentang apakah pendirian calon terhadap isu-isu tertentu contohnya undang-undang immigrasi, Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Amerika dan bagaiman caranya untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi penganggur di Amerika.

Jadi, mengapa Malaysia tidak boleh mengadakan debat diantara Najib dan Anwar?

Mahathir juga risau akan kekalahan Najib

Mantan perdana menteri Mahathir Mohamad sendiri cuba menasihati Najib untuk tidak berdebat dengan Anwar. Ia cepat meniupkan khabar angin yang Mahathir sebenarnya takut Najib yang kurang bijak itu akan memalukannya di dalam debat itu nanti

Selepas itu, Mahathir pula cuba menyatakan sesuatu yang tidak masuk akal apabila mendesak akan debat hanya boleh diterima pakai jika Anwar menyokong BN.

“Apalah gunanya berdebat jika semua tahu akan pendiriannya, dan berdebat tidak akan mengubah ini. Lainlah jika Anwar mempunyai pandangan yang sama dengan kerajaan tentang isu berbangkit,” lapor media yang dikawal kerajaan.

Punca masalah BN adalah Najib Razak yang merupakan perdana menteri boneka yang dilantik ke jawatan itu oleh partinya selepas perebutan kuasa dalaman yang menyebabkan mantan perdana menteri Abdullah Badawi dijatuhkan. Sepatutnya Najib mengadakan pilihanraya untuk mendapatkan mandat dari rakyat tetapi dia penakut kerana dia sudah tahu bahawa dia lebih teruk dari Badawi. Hanya satu tahun sahaja lagi tinggal untuk mandat 5 tahun BN, dengan Parlimen yang dijangka akan dibubarkan pada bulan April 2013 tanpa menghiraukan sama ada Najib bersedia atau tidak.

Dalam pada itu, Anwar sudah lama menunggu peluang untuk menjafi perdana menteri. Anwar Ibrahim sekarang merupakan ketua pembangkang parti Pakatan Rakyat, dan jika mereka menang lebih dari 222 buah kerusi di Parlimen berbanding BN, Anwar akan menjadi PM. Pada tahun 90-an, Anwar sudahpun menjadi pemimpin paling popular. Kemudian, menjadi timbalan presiden UMNO yang turut digeruni oleh Mahathir sehinggakan dakwaan liwat diada-adakan untuk menjatuhkan dan memenjarakan Anwar.

Pada masa itu, Najib langsung tidak popular, tidak berupaya memimpin diri sendiri. Malah, dia mendakwa dirinya sebagai penyokong kuat Anwar. Turut serta adalah beberapa orang menteri seperti Timbalan Perdana Menteri sekarang, Muhyiddin Yassin dan menteri pertahanan, Zahid Hamidi. Dengan Anwar yang hanya dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, tidak hairanlah lelaki-lelaki ini bertukar menjadi orang Mahathir. Dan sekarang, mereka sendiri mengimpikan jawatan Perdana Menteri itu. Bagi Mahathir pula, jika rakyat masih sudi mengundi untuknya, peluang untuk menjadi PM semula sememangnya diidamkan, namun, fokusnya sekarang lebih kepada anaknya Mukhriz untuk mengambil alih UMNO dan jawatan tertinggi kerajaan selepas PRU ke 13.

Paranoid hanya mengesahkan kesahihan Anwar untuk menjadi PM

Ini adalah mengapa sejak 1998, kerajaan BN telah bersusah-payah mematahkan peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Lebih-lebih lagi, perubahan pada senario politik Malaysia jika diteliti dari penahanannya dibawah undang-undang digeruni ISA pada tahun 1999. Ini merupakan titik permulaan bagi pergerakan pembangkang di Malaysia. Dan setiap keputusan politik yang dibuat oleh UMNO dibawah pimpinan BN telah dibuat untuk memastikan Anwar tidak boleh bertanding untuk jawatan PM.

Kobodohan ini telah menyebabkan pemerhati politik percaya bahawa akibat takutkan Anwar, mereka telah menjerat diri sendiri. Sentiasa bingung memikirkan keadilan akan terlaksana dan mereka akan terpaksa menjawab segala perbuatan mereka termasuk menyalahgunakan dana Negara dan penyaluran wang secara haram sebanyak RM888 bilion ke akaun luar. Mereka juga tidak melaksanakan tanggungjawab dan ekonomi dan tadbir urus yang lemah telah menyebabkan ramai pelabur luar lari. Pada masa yang sama, perbuatan mereka yang sentiasa menjadikan Anwar dan rakan Pakatannya sebagai target menguatkan lagi pendapat bahawa Anwar adalah pencabar kuat bagi calon PM Malaysia.

Jadi, tanpa menghiraukan calon lain yang difikirkan boleh menjadi pencabar kepada Perdana Menteri, dua lelaki ini adalah peserta yang tepat untuk perlawanan ini. Jika ada calon lain, mereka sepatutnya dibenarkan untuk berdebat supaya rakyat Malaysia boleh mendapatkan peluang untuk menilai dan memilih siapa yang mereka rasakan layak untuk menjalankan tanggungjawab itu nanti.

Bagaimana pula dengan Perlembagaan

Perkara 43 (2) menyatakan- Kabinet perlu dilantik seperti yang berikut, dimana: (a) Yang dipertuan Agong akan melantik Perdana Menteri untuk mengetuai Kabinet dan ahli Dewan Rakyat yang difikirkan boleh meyakinkan majoriti ahli dewan itu;

Kunci untuk menjadi perdana menteri di Malaysia mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat. Rakyat Malaysia pula mengundi bagi melantik ahli dewan rakyat dan memberikan mereka mandat untuk memilih Perdana Menteri. Kepercayaan ini diberi kepada wakil untuk membuat pilihan yang bijak untuk kepentingan bersama. Sama ada wakil-wakil ini mengkhianati rakyat dan mengundi berdasarkan arahan ‘orang atasan’ di dalam parti atau melibakan rasuah akan menentukan sama ada mereka akan diundi semula pada masa yang akan datang.

Jadi, rakyat harus berpendirian dan tidak mengambil mudah jika wakil menipu mereka. Tapi, bagaimanakah caranya rakyat dapat menilai siapa yang layak untuk jawatan Perdana Menteri? Sebuah debat awan boleh membantu.

Rakyat Malaysia anggap MP sebagai tuan

Perdebatan awam adalah satu medium dimana orang ramai dapat melihat dan mengukur sendiri sejauh mana kebolehan calon yang mempunyai cita-cita untuk memimpin negara. Apa sahaja yang boleh disuarakan kepada Ahli Parlimen masing-masing mesti diambil kira apabila memilih orang yang akan mendapat kepercayaan Dewan Rakyat untuk menjadi PM. Ini adalah satu proses dimana rakyat Malaysia boleh mengambil bahagian dalam proses ini. Ini bukanlah sesuatu yang sukar. Inilah tandanya demokrasi yang progresif dan matang.

Sedih sekali di kebanyakkan tempat di negara kita, rakyat masih rasa terikat pada wakil. Mereka beranggapan ahli parlimen adalah ketua dan bukan sebaliknya. Tetapi peruntukan yang diberikan kepada MP untuk diedarkan kepada orang-orang miskin sebenarnya wang kepunyaan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Wakil yang dipilih hanyalah menjalankan tugas dan dia dipilih kerana rakyat percaya dia akan menjalankan amanah tersebut.

MP dipiilih beliau kerana kepercayaan rakyat terhadapnya. Jadi dia perlu berterima kasih kepada rakyat. Ini adalah masalah rakyat Malaysia dan hanya kerajaan yang tidak mengambil kesempatan keatas penduduk-penduduk luar bandar dan sebaliknya mendidik mereka tentang hak-hak patut dipilih pada PRU ke-13 nanti.

Sekarang sudah 2012 dan Malaysia sudah terlambat dalam memberi kesedaran kepada dalam memperkasakan diri mereka.

Tidak mampu berfungsi tanpa skrip

Namun, sudah tradisi dalam BN, Najib Razak tidak akan mengambil bahagian dalam perdebatan awam. Mahathir menyokong ini sepenuhnya, walaupun sebabnya bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan Najib sendiri.

Tetapi kenapa Najib takut akan Anwar? Pada umur 58 tahun, Najib sepatutnya lebih keberanian yg berbanding Anwar yang berusia 64-tahun.

Mungkin, ini kerana dalam perdebatan awam, kekurangan Najib Razak adalah ketara. Dia adalah lelaki yang menggunakan 'skrip' dan dalam persekitaran yang tidak menentu seperti perdebatan awam tanpa skrip ditulis dengan serta-merta - dia hanya akan ternganga. Sudah terbongakar bahawa tanpa penulis skrip, Najib tidak mempunyai apa-apa untuk dikata. Tanpa bantuan, Najib akan kalah menghadapi Anwar Ibrahim, seorang lelaki yang telah diuji dan menempuhi pelbagai situatsi selain forum-forum termasuk perbicaraan kes liwat.

Ingat, Anwar telah mempertahankan dirinya sejak tahun 1999. Beliau bukan sahaja menteri Kewangan popular menteri dirantau Asia Tenggara, tetapi dia telah menanggung pelbagai serangan termasuk seksualiti, moral, watak dan personaliti. Kedua-duanya dimata rakyat dan undang-undang.

Pemenangnya jelas dan bakal ada yang akan ketawa

Pemenangnya memang jelas. Tetapi Najib tidak harus menolak debat kerana dia tahu, seperti ramai yang lain bahawa dia pasti akan kalah. Dia mesti mengamalkan sikap yang lebih berani dan bukan hanya menyerah kalah sahaja. Gaya tidak penting, tidak juga kepetahan berbicara. Apa ynag penting adalah fakta dan dasar.

Ini adalah pengajaran buat Najib. Dia bukan lagi berumur 18 tahun dan cuba untuk menunjuk-nunjuk dihadapan teman wanitanya. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia dan rakyat Malaysia ingin mendengar apa yang dia mahu sampaikan. Bagaimana mungkin dia hanya buat tidak tahu sahaja. Bukan sahaja pengkritik dalam Pakatan akan memanggilnya pengecut, malah orang Umno juga akan meraguinya juga. Adakah Najib tidak berfikir yang Mahathir dalam diam akan memberitahu rakan-rakan yang lain bahawa Najib begitu bodoh sehinggakan memerlukan dia untuk menyelamatkannya!' Bukankah inilah yang bakal difikirkan oleh semua dan jika bukan dari Mahathir, yang lain dalam Umno pasti akan berkata demikian.

Lebih-lebih lagi, Najib berhutang budi dengan yang lain. Mereka sudah tahu masak dengan Najib dan tahu sama ada dia telah menunjukkan keupayaannya yang sebenar setakat ini. Najib juga sedar akan ini. Jika tidak, dia hanya boleh bercakap tentang ayahnya sahaja, Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri kedua, seolah-olah sebagai anak Tun Razak bermakna dia tidak akan melakukan sesuatu yang buruk kepada Malaysia. Tetapi tidak membiarkan Malaysia ketinggalan dan membenarkan opportunis kejam seperti Mahathir untuk menghina ayahnya. Benarkah jika Razak ,merestui Mahathir atau mungkinkah dia sebenarnya lebih teruk daripada Mahathir jika memerintah Malaysia dengan lebih lama.

Tuntutlah hak anda

Rakyat Malaysia seharusnya menuntut hak-hak mereka dalam negara. Perdebatan awam adalah asas demokrasi. Ia bukan merupakan seni pidato atau pertandingan ratu cantik tetapi satu forum di mana idea-idea dan polisi-polisi yang berbeza boleh dinilai orang awam, dengan ini rakyat boleh membuat keputusan mereka. Jawatan Perdana Menteri adalah tugas eksekutif tertinggi di sesebuah negara. Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengukur potensi setiap calon untuk diri mereka sendiri dan tidak boleh tertakluk pada pilihan Umno-BN kerana ini merugikan mereka.

Perdana Menteri juga boleh dipilih dari mana-mana ahli Dewan Rakyat dan tidak terhad kepada presiden Umno sahaja. Ini tidak membuka ruang pemilihan Perdana Menteri, semua calon mesti membentangkan pelan dan idea-idea masing-masing dan aspirasi bagi rakyat Malaysia untuk menilainya dan akhir sekali meluluskannya ; sama ada di peti undi sendiri atau melalui wakil-wakil mereka di Parlimen.

Ini barulah adil, kerana ia mengikut peraturan demokrasi. Inilah tandanya sebuah negara yang demokratik dan matang. Jika Najib atau mana-mana calon yang lain pada masa akan datang sama ada dari BN atau Pakatan enggan untuk berdebat menjelang pilihanraya utama, dia tidak berhak dicalonkan untuk bertanding. -Malaysia Chronicle

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular