Apapun keputusan yang akan dibuat oleh Pemerintah yang ada sekarang, rakyat wajib bangkit bersatu & bersama-sama menumbangkan Kerajaan UMNO/BN dalam PRU-13 yang akan diadakan bila-bila masa saja dari tarikh Parlimen dibubarkan. - Haji Husam Musa
Malam ni kecoh dengan isu tarikh pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum yang ke13, kerana menurut Husam Musa beliau mendapat maklumat bahawa Parlimen akan dibubarkan munggu hadapan..
Tapi itu kata Husam Musa.. bukannya kata Najib Tun Razak..
Bila Najib nak bubar Parlimen itu hanya dia dan Rosmah yang tahu, kerana hanya di Malaysia tarikh Pilihanraya hanya Presiden UMNO yang tahu..
Ada pihak melaporkan Najib telah dinasihati oleh Tun Mahathir agar melambatkan tarikh pilihanraya, ini bagi membolehkan Najib memenangi hati pengundi dari masyarakat Cina.
Sebabnya dari laporan yang Tun Mahathir terima pengundi dari masyarakat Melayu dan juga India yang dulunya menyokong Pakatan Rakyat ada yang sudah kembali menyokong UMNO/BN semula.. hanya pengundi dari masyarakat Cina yang masih kekal menyokong Pakatan Rakyat.
Tapi.. mungkin juga ianya dibocorkan supaya Penyokong Pakatan Rakyat leka..
Bagi aku.. ikut suka Najiblah bila dia nak bubar Parlimen tu.. Kan Anwar dah kata “Kami Sudah Sedia!!!”
Cuba baca apa kata Najib tentang tarikh pilihanraya.. Anak Sungai Derhaka
**********************************************
Ini apa yang dilaporkan Berita Harian,
Najib nafi Parlimen bubar minggu depan
2012/02/03
MARANG: Datuk Seri Najib Razak menolak khabar angin bahawa Parlimen akan dibubarkan minggu depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13.
Perdana Menteri berkata, pilihanraya boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan sebelum April 2013.
“Mereka terus membuat tekaan (tarikh). Satu hari mereka pasti membuat tekaan tepat,” katanya selepas majlis Bersama Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di sini, hari ini.
Khabar angin berhubung pembubaran Parlimen didakwa selepas Thaipusam iaitu, Selasa depan.
***********************************************
Ini pula laporan dari Sinar
PRU13 bila-bila masa, kata Najib
MARANG – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pilihan raya umum ke-13 akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.
Beliau berkata, masa untuk mengadakan pilihan raya umum kali ke-13 berkenaan bergantung kepada banyak factor,namun ia boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.
“Buat masa ini, saya turun padang berjumpa rakyat, bukan sahaja saya tapi semua pemimpin kerana ini tanggungjawab sebagai pemimpin supaya rakyat tambah yakin kepada Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya Parlimen akan dibubar pada minggu hadapan untuk memberi ruang kepada pilihan raya umum ke-13. -Sinar Harian
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Ni dari Media UMNO
Pilihan Raya Boleh Diadakan Bila-Bila Masa Tidak Lewat Dari April 2013 – Najib
MARANG, 3 Feb – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.
Perdana Menteri berkata masa untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 bergantung kepada banyak faktor.
“Pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.
“Buat masa ini, saya turun padang berjumpa rakyat, bukan sahaja saya tapi semua pemimpin kerana ini tanggungjawab sebagai pemimpin supaya rakyat tambah yakin kepada Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya Parlimen akan dibubar minggu depan untuk memberi ruang kepada pilihan raya umum ke-13.
Perdana Menteri yang enggan mengulas mengenai desas-desus itu, hanya berkata: “Mungkin satu hari nanti mereka dapat meneka dengan tepat. Dulu mereka teka 11.11.11 (11 November 2011) (pembubaran Parlimen), saya tak nak kata apa-apa, saya juga tidak menyangkal apa-apa,” katanya.
Ditanya mengenai Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) yang dibubarkan, Najib berkata beliau hairan kenapa parti itu terlalu cepat dibubar sedangkan ia baru sahaja ditubuh dan belum sekali pun diuji dalam pilihan raya umum.
“Kalau kita fikir dalam perjuangan soal menang atau kalah soal lain, kalau nak berjuang kita mesti ada ketahanan. Untuk teruskan perjuangan, apa-apa yang kita nak capai tidak mungkin dapat dizahirkan dalam masa yang begitu singat,” katanya.
Beliau berkata BN tidak akan mencampuri urusan dalaman parti yang diketuai bekas anggota Umno Datuk Zaid Ibrahim itu dan hanya akan melihat langkah bekas angota parti itu seterusnya.
Terdahulu, Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam rangka lawatan kerja sehari ke Terengganu itu, menyampaikan baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Media UMNO
No comments:
Post a Comment