Tuesday, January 31, 2012

oopp! apa aku nak auta nih..ahah...Reza ko mai sat!

NONEAndrew Hornery kata : wahhh sakan ko yer Mah..mana ko curik duit banyak ni?
Normah kata : aku rembat duit rakyat apa ada hal..kehkehkeh.

Andrew Hornery kata : kalu gitu aku bagitaw rakyat Malaysialah yer..
Normah Othman kata : ko jangaaammmm....

Andrew Hornery kata : Weiii rakyat Malaysia..lihatlahh..cik Normah ko joli guna duit cukai korang!
Normah kata : bohong! ko saja dengki kannn..

Andrew Hornery kata :Aku brani kata sebab aku ada bukti!
Normah kata : oopp! apa aku nak auta nih..ahah...Reza ko mai sat!

Reza kata : ai ai cip..kita pusing mcm mana dato NFC pusing!
Normah kata : taw pon ko..komisyen kawtim maa..

Andrew Hornery kata : oikk korang..nampak sangat nipu, SAMAN la aku kalu ko kata aku tipu weii..
RAKYAT KATA : alahai..sandiwara semah puaka x abis abis rupanya..PRU13 make sure BN jatuh..setel..

Festival Fesyen Islam: Rosmah tak 'belanja sakan'

31, 2012 Pengerusi Festival Fesyen Islam (IIF) Raja Rezza Shah yang turut bersama dalam rombongan lawatan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika membeli-belah di butik pereka Australia berkata kata Datin Seri Rosmah Mansor tidak berbelanja sakan seperti yang didakwa.

Menjawap soalan yang dikemukakan oleh Malaysiakini, Raja Rezza (kanan) berkata 61 helai pakaian yang dibeli di pusat membeli-belah Carl Kapp di Paddington, Sydney, Australia, baru-baru ini sebenarnya adalah stok atau bekalan untuk sebuah kedainya di London.

Ditanya jika pakaian berkenaan termasuk pembelian daripada Rosmah, Raja Rezza berkata: "Ya, ini adalah stok bagi kedai saya di London yang akan menjadi platform kepada pereka daripada pelbagai latar bangsa dan agama dari seluruh dunia."

Raja Rezza, yang ketika ini berada di luar negara untuk mempromosikan Festival Fesyen Islam berkata bahawa beliau sedih kerana “aktiviti positif seumpama itu telah dimanipulasi secara negatif".

Kapp dalam satu kenyataan medianya, minggu lalu berkata, isteri Perdana Menteri dan rombonganyan, termasuk Raja Rezza, telah melawat kedainya dan membuat pelbagai pembelian.

Pereka fesyen kelahiran Afrika Selatan itu mengulas isu berkenaan berikutan laporan akhbar yang mendakwa Rosmah selaku penaung Festival Fesyen Islam telah berbelanja sakan dan menghabiskan sehingga A$100,000 membeli pakaian di kedainya.

Pembelian itu buat kali pertama didedahkan dalam akhbar terkemuka Australia Sydney Morning Herald, oleh wartawan Andrew Hornery (kiri) dalam kolumnya yang melaporkan bahawa Kapp berkata beliau diterbangkan ke Malaysia dengan ‘pakaian contoh’ untuk Rosmah sebelum menyiapkan 61 pesanan yang lain.

NONEHornery juga melaporkan bahawa Rosmah dan Najib menginap di penthouse Hotel Darling, yang menelan belanja kira-kira A$20,000 semalam semasa percutian peribadi mereka di negara itu.

Kapp juga dilaporkan mengunjungi penthouse hotel berkenaan pada malam sebelum Tahun Baru untuk menunjukkan contoh kain kepada Rosmah.

Rosmah mendakwa laporan itu "tidak benar" dan seganja "dibesar-besarkan".

Bagaimanapun Hornery dan wartawan fesyen Patty Huntington, yang menulis di blog Frockwriter tetap mempertahankan laporan mereka. - Mkini

Manusia paling berani di Msia ialah Shah Rezza. Rosmah disuruh tlg beli stok baju utk kedai dia. Hebat 


Penyanyi Shah Rezza membuat kenyataan bahawa 61 helai baju bernilai ratusan ribu ringgit yang dibeli oleh Rosmah di Sydney itu bukan untuk kegunaan Rosmah. Sebaliknya kata Shah Rezza baju2 itu untuk stok kedai beliau di London. Aii, sejak bila Rosmah jadi orang suruhan tolong beli barang untuk kedai Shah Rezza? Ha ha ha ..nak bodek pun patut padan laa...Zunar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular