Saturday, February 4, 2012

Bekas Ketua Hakim Negara Insaf?

Adakah ini statement keinsafan dari bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad? Moleklah kalau dah insaf.. setiap manusia tidak boleh lari dari melakukan dosa. Namun, sebaik-baik manusia ialah sentiasa bertaubat di atas kesalahan yang telah dilakukan.

Pengajaran yang terbaik buat setiap manusia adalah kematian. Mungkin kematian bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Arifin Jaka yang membicarakan kes liwat Anwar dan menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun (baca sini) pada tahun 2000 telah menginsafkan beliau?


Sahabat Buraidah r.a. berkata bahwa Rasulullah s.a.w. telah bersabda,

"Hakim ada tiga macam. Dua masuk neraka dan yang satu masuk surga. Hakim yang masuk surga adalah hakim yang mengetahui hukum (peraturan) yang haq (benar) kemudian memberi keputusan dengan hukum tersebut. Sedangkan hakim yang masuk neraka adalah : 1) Hakim yang mengetahui hukum yang benar tetapi curang dalam membuat keputusan; 2) Hakim yang tidak mengetahui hukum yang benar, kemudian membuat keputusan dengan kebodohannya." (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi)

Bekas Ketua Hakim - Rasuah Politik Wujud

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mendakwa wujud budaya mempolitikkan isu rasuah semata-mata untuk mencapai matlamat di negara ini. Dakwa beliau, budaya itu sampai ke tahap menawarkan undi mereka untuk dijual kepada pembida tertinggi dalam menunaikan hasrat peribadi tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

“Oleh itu semua pihak perlu menyokong segala usaha membanteras rasuah dan tidak mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk kepentingan agenda masing-masing,” dakwanya.

Beliau membuat dakwaan itu pada syarahan perdana bertajuk Integrity, You Know It, But Do You Have It? di Universiti Tenaga Nasional, Bangi semalam. Dakwaan itu disiarkan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan SPRM hari ini.

Justeru, Tun Hamid (gambar) dilapor mengingatkan masyarakat supaya tidak memperdagangkan undi masing-masing serta tidak mempolitikkan isu rasuah.

Menurut beliau, isu rasuah memerlukan keazaman politik bukan sahaja di pihak memerintah sebaliknya semua pihak yang berkecimpung dalam politik di negara ini.

Dalam pada itu, katanya, beliau yang pernah menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat Dan Pencegahan Rasuah (LPPR) pernah melihat kekecewaan pegawai SPRM yang menjalankan tugas dengan tekun dan amanah.

Jelas beliau, pegawai SPRM sepatutnya mendapat sokongan penuh dan masyarakat perlu sedar pegawai pegawai SPRM melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan integriti tanpa memilih bulu dalam tugasan mereka. Addin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular