Saturday, February 4, 2012

Shahrizat tidak akan tunduk kepada tekanan untuk letak jawatan


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan hari ini bahawa beliau tidak akan menunduk kepada mana-mana pihak yang menggesanya meletak jawatan, menurut laporan Bernama.

Shahrizat (gambar) berkata bahawa isu kontroversial NFC yang melibatkan suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat, malah akan menguatkan kebolehannya menghadapi cabaran.
“Saya anggapnya sebagai asam garam dalam politik, saya dah lama dalam arena politik, tidak ada mana-mana pemimpin yang tidak melalui pelbagai pancaroba,” kata Shahrizat, menurut Bernama.

Beliau turut berkata bahawa pihak yang membuat saranan untuknya meletak jawatan “pasti ada sejarahnya yang tersendiri”.

NFC merupakan projek “Lembah Daging” di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan mengurangkan pergantungan Negara terhadap daging import melalui peningkatan pengeluaran daging tempatan.

Walau bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah mendapati bahawa NFC, yang diterajui Dr Mohamad Salleh, telah gagal memenuhi matlamat penubuhannya. Pihak pembangkang turut mendakwa bahawa wujudnya penyelewangan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC. MI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular