Saturday, February 4, 2012

Lagi sistem menguntungkan kroni2 BN

Pemandu teksi, pengguna ibu kota menjadi mangsa lagi
Sistem kupon teksi yang diperkenalkan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini banyak mendatangkan kerugian buat pemandu teksi.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Tan Kok Wai berkata, sistem kupon ini adalah sistem yang menguntungkan kroni-kroni Barisan Nasional sahaja.

Jelasnya, sistem kupon itu lebih menguntungkan syarikat pengurusan teksi, bukan pemandu teksi yang juga terpaksa membayar sewa teksi kepada syarikat.

“Saya tidak nampak kebaikan sistem ini malah lebih menambah beban kepada penumpang dan tanpa sebarang kebaikan buat pemandu teksi.

“Walau pun dalam Parlimen sejak berdekad-dekad dilema pemandu teksi ini masih tidak dapat diselesaikan,” katanya.

Justeru, Tan yang juga Ahli Parlimen Cheras berkata sudah sampai masanya Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid meletak jawatan.

“Mungkin di kalangan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat boleh mengetuai SPAD supaya meningkatkan prestasi dan keberkesanannya,” katanya.

Tambahnya lagi, perkara ini sangat penting kerana ia membabitkan soal kebajikan pemandu teksi kepada rakyat Malaysia mahu pun warga kota dan pelancong tempatan serta asing.

Bendahari Kebangsaan DAP Fong Kui Lun berkata, walau pun pemandu teksi merupakan duta kecil dalam sektor pelancongan Malaysia, mereka juga perlu punyai kesedaran dan tidak menipu meter terutamanya kepada pelancong asing.

“Kuala Lumpur sebagai pusat pelancongan dan kita akan memantau dan memberi amaran kepada pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Fong yang juga Ahli Parlimen Bukit Bintang berkata demikian hasil aduan dari pelancong China yang mengadu kepadanya.

“Pelancong itu di caj sebanyak RM30 dari Jalan Petaling ke Jalan Changkat Thambi Dollah, yang mana harga yang sewajarnya cuma antara RM7 atau RM8 sahaja.

“Saya amat kecewa kerana perbuatan ini menjejaskan imej negara, dan segelintir pemandu teksi ini seharusnya mengikut meter, bukan sewenang-wenangnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas perbincangan bersama pemandu-pemandu teksi Kuala Lumpur di Little India Brickfields petang tadi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang turut membangkitkan kegilaan harga kupon yang dilihatnya sebagai membebankan rata-rata pemandu teksi yang jujur.

“Pihak SPAD seharusnya ambil maklum kerana jika sistem kupon ini tidak menguntungkan, kenapa diteruskan,” katanya.

Justeru, Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menyerahkan memorandum dan mendesak Syed Hamid dan SPAD untuk bertemu ahli-ahli Parlimen dan pemandu-pemandu teksi dalam masa terdekat. – Roketkini.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular