Friday, February 3, 2012

GUESS WHO? . . Rumah timbalan ketua Pas Johor dibakar, kereta musnah

tenang pas pc 290111 dzulkefly ahmadKUALA LUMPUR - Rumah teres dua tingkat Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkifly Ahmad rosak sebahagian dalam kebakaran manakala salah satu kereta miliknya rosak teruk, dipercayai akibat perbuatan khianat awal pagi tadi.

Bagaimanapun Zulkifly bersama isteri dan dua anaknya serta saudara maranya selamat dengan bertindak keluar menerusi pintu belakang rumah mereka di Taman Universiti, Gelang Patah.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3.40 pagi tadi.

"Kereta dalam garaj dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke ruang tamu, dan letupan menyebabkan keluarga beliau sedar dan bertindak keluar.

"Beliau (Zulkifly) ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang. Anggota polis dan unit forensik ada menemui botol minyak tanah lima liter di kawasan rumah Haji Zulkifli," kata Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Mazlan Aliman ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Mazlan yang berada di tempat kejadian ketika dihubungi berkata, pihaknya percaya ia perbuatan khianat pihak-pihak tertentu.

"Haji Zulkifly akan membuat laporan polis pagi ini," katanya lagi.

Mazlan memberitahu, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah cubaan membunuh.
Dzulkefly sebelum ini, tambah Mazlan, banyak mendedahkan isu-isu panas di negeri Johor dan dikhuatiri ada pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau.

Dalam pada itu, Zulkifly ketika dihubungi berkata, bahagian depan rumah dan ruang tetamu rosak teruk dalam kejadian awal pagi ini.

"Saya sedar rumah saya terbakar selepas terdengar letupan kuat. Kereta BMW saya rosak sama sekali dan satu lagi kereta rosak sebahagian. Api marak ke ruang tamu, memaksa kami keluar ikut jalan belakang," katanya yang turut mengesahkan ada menemui bekas minyak.





"Ini kali pertama saya alami kejadian ini. Kami ada temui bekas minyak," katanya sama ada beliau percaya ia akibat perbuatan khianat.

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas rumahnya.

Kata beliau, pihak bomba berjaya memadamkan api daripada terus marak. SH

Kereta, rumah timbalan p'jaya PAS Johor dibakar
7:50AM Feb 3, 2012
Dua kereta milik timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di Johor Baharu hangus terbakar dalam satu kejadian awal pagi ini.

Menurut laporan Harakahdaily, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas

"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.

"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," kata Dzulkefly yang dihubungi akhbar rasmi PAS itu.

Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.

"BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.

"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya lagi dipetik oleh Harakadaily sambil memaklumkan laporan polis telah dibuat.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dalam SMS kepada Malaysiakini berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan pihak yang tidak berpuas hati dengan Dzulkefly.

Ini kerana, timbalan pesuruhjaya PAS itu banyak mendedahkan isu-isu panas di Johor.

“Dahsyat! Kereta dalam garaj dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke ruang tamu. Beliau dan ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang.

“Kejadian jam 3.40 pagi ini di Tmn Universiti, Gelang Patah. Botol minyak tanah lima liter ditemui,” tulisnya.

Menurut laporan Harkahdaily, Mazlan yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya. MK

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular