Jan 30, 2012 Kumpulan pendesak Melayu PERKASA menjelaskan mereka tiada niat menghina kaum Cina dengan memberikan angpow menggunakan sampul putih dalam majlis sambutan tahun baru kaum itu di Kuala Lumpur semalam.
Setiausahanya Syed Hassan Syed Ali (kiri) berkata, pihaknya tidak tahu bahawa warna putih digunakan untuk upacara kematian dan mereka menyangka putih bermakna suci atau ikhlas.
"Sebab itu kami tidak tukar kepada warna lain sebab PERKASA tidak tahu sampul warna putih untuk majlis kematian.
"Kalau kami tahu, kami tidak gunakan sampul warna putih. Kami ikhlas dengan apa yang kami lakukan dan tiada niat lain," jelasnya.
Sehubungan itu, menurut Syed Hassan, sesuatu tempat memerlukan masyarakat majmuk supaya mereka saling faham memahami antara satu sama laim.
"Sekarang bila sudah adakan majlis seperti itu baru kita faham. Kita tidak ada niat untuk tujuan lain apa lagi menghina, katanya lagi.
Dalam majlis Tahun Baru Cina NGO itu di Kelab Sultan Sulaiman yang pertama kali diadakan semalam, PERKASA mengedarkan kira-kira RM10,000 angpow menggunakan sampul putih - tindakan yang menimbulkan rasa tidak puas hati, terutama di laman maya.
Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hasan berkata, amat malang apabila wartawan yang membuat liputan rumah terbuka mereka lebih suka mengetengahkan isu itu daripada menyiarkan berita tentang keharmonian yang terbina dalamnya.
"Apa pun ramai juga rakan-rakan rapat PERKASA dari kalangan kaum Cina yang hadir semalam tidak pun beritahu hal itu dan mereka yang menerimanya tidak pula pertikaikan," katanya. MKini
Tak sekolah.UMNO mengajar penduduk buta..buta sejarah, buta budaya..
Balas · 1 · Suka · Ikuti Kiriman · 5 hours ago
orang2 perkasa yg hidup di malaysia lebih separuh abad masih bingong dan tolol tak habis2 tak tau adap kerana hati busok dan mulut celupar.
Balas · Suka · Ikuti Kiriman · 3 hours ago
ANGPOW PUTIH!!! Gerakan tuntut Brahim Ali minta maaf
Gerakan hari ini menyelar tindakan PERKASA menggunakan 'angpow' sampul merah - yang dianggap menghina masyarakat Cina - dalam sambutan tahun baru kaum itu, walaupun hasrat penganjuran majlis itu dianggap baik.
Timbalan presidennya Mah Siew Keong berkata, pemberian angpow dalam sampul putih pada tahun baru - sebagai festival kegembiraan - menujunjukkan Presiden PERKASA Ibrahim Ali tidak sensitif.
"Setelah menjadi anggota parlimen dan berada dalam politik sudah beberapa tahun, Ibrahim Ali masih tidak tahu adam resam kaum lain, yang menjelaskan kenapa dia terus melakukan banyak kenyataan tanpa berfikir," katanya.
Dalam majlis Tahun Baru Cina NGO itu di Kelab Sultan Sulaiman yang pertama kali diadakan semalam, PERKASA mengedarkan kira-kira RM10,000 angpow menggunakan sampul putih - tindakan yang menimbulkan rasa tidak puas hati, terutama di laman maya.
Kumpulan pendesak Melayu itu bagaimanapun menjelaskan mereka tiada niat menghina kaum Cina dan pihaknya tidak tahu bahawa warna putih digunakan untuk upacara kematian.
Dalam kenyataannya hari ini, Mah menyifatkan Ibrahim sebagai pemimpin yang cuba menghalang usaha 1Malaysia perdana menteri.
Mah juga menggesa Ibrahim memohon maaf atas tindakannya itu dan mengakui tidak sensitif walaupun tindakannya tidak berniat jahat.
Bagaimanapun, tambahnya, tindakan tidak sensitif dan alpa itu tetap tidak bermakna anggota parlimen Pasir Mas itu tidak melakukan sebarang kesalahan.
No comments:
Post a Comment