Sunday, January 29, 2012

Awat Noh Omar menggelabar ni??? kah kah kah

NFCorp perlu bertanggungjawab atas kelemahan NFC, kata Noh Omar
NFCorp perlu bertanggungjawab atas kelemahan NFC, kata Noh Omar


PETALING JAYA, — Datuk Seri Noh Omar mengakui Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan National Feedlot Corporation (NFCorp) “terikat” antara satu sama lain seperti yang dimeterai dalam perjanjian.

Justeru Menteri Pertanian dan Asas Tani ini berkata NFCorp perlu bertanggungjawab atas kelemahan yang berlaku dalam NFC walaupun mereka merupakan entiti yang berlainan.

Sebelum ini NFCorp mengatakan Laporan Ketua Audit Negara mengakui wujudnya kelemahan dalam NFC, yang merupakan agensi kerajaan dan bukan NFCorp yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.

“Ia perlukan komitmen kedua-duanya,” jawab Noh apabila ditanya oleh wartawan jika NFCorp bertanggungjawab atas kelemahan NFC.

Jelas beliau, NFC dan NFCorp memerlukan antara satu sama lain untuk memberikan perkhidmatan yang baik dalam bidang pengeluaran daging lembu.

“Ya, kedua-duanya mesti tolong antara satu sama lain, dua-dua ada komitmen masing-masing sebab itu ada perjanjian.

“Ada dua perjanjian yang perlu ditandatangani, satu perjanjian pinjaman dan satu lagi perjanjian pelaksanaan dan perjanjian itu berjaya dicapai pada 2010,” katanya.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata mengenai kelemahan yang wujud NFC dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan.

Beliau berkata perkara yang menjadi fokus utama pengauditan oleh Jabatan Audit Negara ialah NFC sejak penubuhannya pada 2006 dan bukan NFCorp sebagai sebuah syarikat.
Tambah Noh, segala perkembangan baru mengenai NFC akan dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Skandal NFC telah menjadi topik hangat tahun lepas apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati terdapat kecelaruan terhadap projek ternakan lembu yang diuruskan keluarga Shahrizat itu.

Semenjak itu, beberapa siri pendedahan telah dibuat PKR, termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan pertuduhan menggunakan dana berkenaan untuk kegunaan peribadi keluarganya.

Namun demikian, NFCorp menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perbelanjaan kad kredit tersebut digunakan hanya untuk tujuan perniagaan.

Syarikat itu turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta itu dimasukkan ke dalam akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman berkenaan ditandatangani. -Themalaysianinsider

Jika Najib popular tubuh s'jaya diraja siasat NFC

Jika Najib popular tubuh s'jaya diraja siasat NFCKUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya menggunakan populariti yang didakwa dimilikinya untuk bertegas menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat projek Pusat Fidlot Nasional (NFC), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Najib didakwa sangat popular dan Umno pula tidak popular seperti Najib. Dalam keadaan Umno dilihat sangat bergantung kepadanya, sepatutnya beliau berani bertindak supaya wang rakyat sebanyak RM250 juta yang semua orang tertanya-tanya apa terjadi dapat dikesan ke mana perginya.

"Tetapi Najib tidak menunjukkan sebarang kecenderungan ke arah itu," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan, adakah apa yang dilihat sebagai ketakutan Najib menubuhkan suruhanjaya tersebut disebabkan kenyataan Shahrizat sebelum ini.

Dalam kenyataan yang dilihat umum sebagai ugutan, Sin Chew baru-baru ini memetik Shahrizat berkata,"beritahu saya pemimpin Umno yang mana tiada masalah".

Mahfuz juga menasihatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai NFC.

"Setiap kali Muhyiddin membuat kenyataan, makin besar keraguan rakyat terhadapnya," kata beliau.

Muhyiddin hari ini dilaporkan berkata, pembentukan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam projek NFC tidak diperlukan.

"Kenapa takut sangat dengan suruhanjaya diraja menyiasat projek NFC? Apa yang nak disembunyikan sangat dari pengetahuan rakyat?

"Dan lebih penting untuk diketahui rakyat, adakah Muhyiddin tidak terlibat sama sekali dengan pemberian dana RM250 juta kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) memandangkan ketika dana tersebut diberikan, Muhyiddin adalah Menteri Pertanian dan Asas Tani," kata Mahfuz.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengakui NFC dan NFCorp terikat antara satu sama lain seperti yang dimeterai dalam perjanjian.

Beliau berkata, NFCorp perlu bertanggungjawab atas kelemahan yang berlaku dalam NFC walaupun mereka merupakan entiti yang berlainan.

Sebelum ini NFCorp mengatakan Laporan Ketua Audit Negara mengakui wujudnya kelemahan dalam NFC, yang merupakan agensi kerajaan dan bukan NFCorp yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata mengenai kelemahan yang wujud NFC dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan. -Harakahdaily

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular