Friday, July 1, 2011

TOKOH MALAYSIA BERJAYA CAIRKAN WANG MARCOS

Oleh : JOSEPH G. DELPOGO
PELUANG bertemu rakan lama saya, Pegawai Tinggi Kerajaan Filipina yang berkunjung ke Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu; sejurus selepas beliau bertemu dengan Pegawai Turus Kerajaan Malaysia begitu mengujakan, terutama rahsia yang tersimpan sejak 2007.

Menurut Pegawai tersebut, Tokoh Politik Malaysia telah dikunjungi Peguam Kanan Emelda di rumah tokoh berkenaan di Kuala Lumpur sebelum mereka ke Manila dan bersama-sama Emelda ke Switzerland untuk mengeluarkan wang Marcos yang dibekukan Kerajaan Filipina.

Menurut Pegawai tersebut, beliau telah diserahkan gambar pertemuan antara tokoh politik berkenaan dengan Peguam Emelda dan berjanji akan memberikan satu salinan eksklusif untuk Sabahkini.net.

Dengan wang tersebut, Emelda dan anak-anaknya berjaya memenangi kerusi yang mereka tandingi pada pilihanraya umum Filipina yang lalu.

Sabahkini.net akan menyiarkan nama dan gambar tokoh berkenaan dalam keluaran akan datang sekalipun menerima pelbagai ancaman daripada pihak tertentu selepas siri pertama pendedahan berkenaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular