Saturday, July 2, 2011

Blogger UMNO kata "UMNO Gila KUASA"????

Kalau rally digagalkan, Berikan sokongan dari rumah - Tidak ada kesesakan lalu-lintas, tetapi lebih berkesan



Jika berjaya pihak Polis menghalang berlakunya perhimpunan anjuran Bersih ini, ia tidak menjejaskan usaha Bersih untuk meminta rakyat membuktikan yang mereka (rakyat) adalah serius mahu melihat pilihanraya dilaksanakan dengan adil dan saksama. 

Dari sehari kesehari kita semua telah melihat betapa gemparnya pihak kita yang berkuasa ini untuk menghadapi rally anjuran Bersih ini. Berbagai-bagai usaha dilakukan untuk menggagalkan rally ini.

Ssungguhnya Bersih telah pun
berjaya untuk mendapat sokongan rakyat untuk mengadakan pilihanraya yang ‘transparent’ ini. Kalau gagal Bersih menganjurkan rally ini, kegagalan mereka bukan oleh kerana tidak mendapat sokongan ramai tetapi sebaliknya oleh kerana tekanan dari pihak yang sedang gila di dalam kuasa. Kehilangan kuasa sama lah seperti memisahkan daging dengan kulit atau memisahkan kuku dari jari kita.

Pada pandangan saya jika Bersih ingin juga mahu menyampaikan
‘message’ kepada ramai apa yang perlu dilakukan oleh penganjur rally ini supaya meminta semua rakyat menzahirkan sokongan kepada mereka dengan cara lain tanpa melakukan rally yang besar. Beberapa cadangan telah dihantar kepada saya oleh agak ramai orang.

Di antaranya ialah supaya semua rakyat memberikan sokongan moral dengan meletakan apa-apa yang
berwarna kuning di pintu pagar rumah-rumah saudara-saudara dan di dalam kawasan rumah anda. Simbolan sokongan ini akan lebih mendalam jika semua pihak melakukannya dengan niat untuk memberikan sokongan terhadap Berih dan mana-mana pihak yang memperjuangkan pilihanraya yang adil dan transparent.

Biarlah pihak Polis dan yang berkuasa yang lain mengambil tindakan menggagalkan rally yang ditakrifkan sebagai perhimpunan haram oleh pihak yang berkuasa. Orang ramai memahami situasi sebenar yang menyebabkan pihak yang berkuasa memilih untuk menekan dengan tangkapan dan ugutan itu. Rakyat tahu pimpinan pada hari ini begitu lemah dan terpaksa melakukan tindakan
‘pre-emptive’ seperti ini kerana mereka tidak mahu dibuktikan yang mereka sudah tidak mendapat sokongan ramai lagi.

Tetapi jika rakyat sudah tahu yang pimpinan pada hari ini begitu lemah, apa yang dikhuatiri rakyat tidak lagi berkeyakinan untuk memberikan sambungan mandat dalam pilihanraya nanti. Rakyat tidak mahu mereka yang lemah dan fakir jiwa untuk mentadbir mereka kerana sikap pemimpin yang lemah akan membawa kepada
pimpinan diktator.

Diktator selalunya akan terjadi apabila pimpinan yang lemah masih ingin berkuasa dalam jangka masa yang panjang. Pada asasnya semua pemimpin tidak berhasrat hendak menjadi diktator. Semua pemimpin jika boleh inginkan memilih jalan populis kerana jalan ini akan memberikan lonjakan kepada populariti pimpinan itu. Tetapi jika kita memilih jalan populis ianya merupakan jalan yang mempunyai kepopulariti dalam jangka masa yang terhad. Selalunya pemimpin seperti ini akan mengundurkan diri untuk mengelakan perpecahan rakyat yang dipimpinnya.

Tetapi apabila kita masih mahu berkuasa sedangkan kita sudah tidak popular lagi maka pemimpin seperti ini dan kerajaan pimpinannya akan melakukan penekanan dengan pindaan undang-undang ketat satu demi satu dan dalam masa yang tertentu pemimpin seperti ini akan secara beransur-ansur menjadi pemimpin yang diktator. Rakyat akan beransur-ansur kehilangan suara dan mereka akan ditekan dengan undang-undang yang ketat itu di atas nama menjaga keselamatan rakyat.

Dalam isu rally Bersih ini usaha untuk menghalang rakyat melahirkan manifestasi mereka merupakan salah satu elemen pimpinan yang autokratik. Semasa rakyat Britain bercadang untuk berdemonstrasi terhadap kerajaan British dalam isu peperangan Iraq, Tony Blair telah mempengaruhi kabinet Britain untuk membenarkan rakyat Britain berdemonstrasi dalam keramaian yang mencecah jutaan orang. 

Rally yang dilakukan oleh rakyat Britain itu dilindungi oleh Polis dan Polis telah memastikan yang tidak ada elemen yang mengambil kesempatan untuk melakukan perkara yang tidak baik semasa rally tersebut. Di hampir seluruh Britain rakyatnya telah berdemonstrasi dengan membantu demonstrasi itu untuk menuruti laluan yang dipersetujui di antara rakyat yang hendak berdemonstrasi itu dengan pihak Polis.

Rally itu berjalan dengan aman dan apabila sampai sahaja di Hyde Park, mereka di benarkan berucap dan terus bersurai selepas itu tanpa menembak dengan ‘water canon’ dan sebagainya. Pendek kata pihak Polis dan peserta demonstrasi itu telah bekerjasama dengan baik. Dengan cara itu rakyat dipenuhi hajat untuk berdemonstrasi dan Polis pula dapat melaksanakan tugas dengan sempurna dalam mengawal keselamatan mereka yang berdemonstrasi itu.

Di sini pihak Polis sebaliknya melakukan apa sahaja untuk menggagalkan rally Bersih dengan membuat tangkapan terhadap mereka yang memakai baju berwarna kuning serta apa-apa pakaian yang mempunyai warna kuning. Belum pun demonstrasi itu berlaku lebih seratus orang telah ditangkap dan ini merupakan satu tindakan penekanan yang tidak sepatutnya dilakukan. 

Timbalan Ketus Polis Negara telah berkata tidak ada apa-apa rundingan lagi dengan pihak penganjur rally ini. Katanya, Polis tidak bersetuju, oleh itu jangan adakan rally ini. Kalau di adakan juga mereka akan ditangkap dan dilokap. Katanya Polis tidak menolak kemungkinan menangkap penyokong rally ini secara besar-besaran.

Polis mungkin berjaya menghalang rally ini untuk berlaku, tetapi Polis tidak dapat mengekang pemikiran mereka yang tidak berpuas hati. Maka mahu tidak mahu mereka akan menzahirkan bangkangan terhadap Polis dan pihak yang memerintah di dalam pilihanraya nanti. 

Elok diulangi yang Bersih telah pun berjaya dalam misinya untuk membentuk persepsi yanh pilihanraya kita tidak begitu telus dan adil serta membawa rakyat untuk mendesak pihak berkuasa untuk melakukan transformasi dalam sistem melaksanakan pilihanraya.

Jika penyokong NGO Bersih ini tidak dapat menunjukan lautan manusia yang memberikan sokongan itu, mereka akan bertindak di dalam hati. Ramai yang telah mencadangkan supaya rakyat yang selari dengan tuntutan Bersih ini, mereka boleh melambangkan sokongan mereka dengan melekatkan apa-apa bentuk benda pun yang berwarna kuning di pintu pagar serta pagar disekeliling rumah mereka. ATAU setidk-tidaknya di dinding rumah masing-masing untuk memberikan sokongan psikologi terhadapa tuntutan ini.

Sesungguhnya di dalam isu apa yang dilakukan oleh Polis ini tidak akan membantu apa-apa terhadap parti pemerintah di dalam pilihanraya nanti. Malahan ianya lebih cenderung untuk memalingkan sokongan dari parti pemerintah dan sebaliknya memberikan sokongan kepada parti alternatif.

Pendeknya apa yang dikhuatirkan ialah, tindakan Polis ini adalah sokongan kepada parti-parti pembangkang kerana merekalah (pembangkang) yang akan menerima keuntungan semasa pilihanraya yang akan datang. 

Bagi saya jika rally ini digagalkan juga oleh pihak yang mempunyai ‘muscle’ yang kuat seperti Polis penyokong terhadap Bersih maka mereka mungkin boleh menzahirkan sokongan itu tanpa rally jalanan. Jika Pihak Polis memberikan alasan yang rally itu akan mengganggu lalu lintas dan sebagainya, maka mereka boleh lakukan di rumah masing –masing. 

Seperti yang dinyatakan di atas lakukan dengan cara aman, iaitu menggantungkan symbol sokongan dengan kain-kain yang berwarna kuning di kawasan rumah masing-masing. Dengan cara ini mereka tidak mengganggu lalu-lintas dan itu lebih ‘effective’ lagi.

Nampaknya keamanan hanya boleh terlaksana jika kita tunduk kepada pihak berkuasa yang boleh melakukan apa-apa yang mereka suka walaupun tanpa keadilan. Keadilan hanya ada pada mereka. Keadilan tidak ada kepada pihak yang tertekan.

Jika kita tentang apa yang tidak adil itu, ianya dianggap sebagai menentang keamanan. Rupa-rupanya keamanan hanya wujud jika pihak yang otokratik begitu aman melakukan perkara yang tidak secocok dengan kehendak rakyat.
Tujuan Bersih untuk mengadakan rally yang aman sekarang ini dimomokan sebagai rusuhan oleh pemimpin-pemimpin serta media masa perdana. - Aspan Alias


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular