Katanya kebanyakkan kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis tersebut "menyokong (pihak) yang menentang kerajaan".
"Majlis Peguam ini tak boleh ikut. Majlis Peguam, pada pandangan saya, adalah bastard(anak haram) punya council (majlis).
"Sebab mereka hipokrit dan double standard. Semua yang Majlis Peguam sokong, (mereka) yang lawan kerajaan, kebanyakkannya.
"Tengok, dia marah, ada ahli PERKASA bakar gambar (pengerusi BERSIH) S Ambiga. Waktu ada penyokong India, atas isuInterlok, gambar Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussin dibakar, mana kenyataan daripada Majlis Peguam?
"Jadi dia double standard. Saya tak hormat langsung dekat Majlis Peguam," katanya.
Ibrahim turut dengan mempersoalkan pendirian Majlis Peguam berhubung penyiaran gambar menghina Islam menggambarkan seekor babi berada di atas kaabah atau seekor anjing membaca surah Yassin.
"Apa yang Majlis Peguam buat?" soalnya lagi yang juga anggota parlimen Pasir Mas.
'Kebebasan bukan cek kosong'
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan berhubung kenyataan Majlis Peguam yang menyatakan bahawa tindakan bekas presiden Umno pernah berdemonstrasi sewaktu menentang Malayan Union sebelum merdeka.
Dalam sidang media itu juga, Ibrahim turut membidas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam (kanan) yang berkata rakyat mempunyai hak untuk berhimpun seperti terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Dari segi perlembagaan memang benar... Memang dari segi prinsipnya begitu, tetapi ia juga tertakluk dengan undang-undang yang terikat dalam negara kita.
"Ia bukannya cek kosong, yang mana setiap orang boleh berdemonstrasi atas nama kebebasan bersuara... kita ada undang-undang seperti Akta Polis yang perlu dibaca sekali. Kemudian, kita tengok pula isu yang munasabah," katanya.
Katanya, sepatutnya Hasmy mencadangkan supaya perhimpunan diadakan di tempat tertutup seperti di stadium yang disifatkannya sebagai selamat dan tidak mungkin berlakunya huru hara.
"Nak menyampaikan pandangan, tidak semestinya di jalan raya. Boleh buat di stadium, boleh pasang video, dan layar besar (untuk) sampaikan memorandum. Itu juga menyampaikan suara, menyampaikan pandangan," katanya. -Mk
Ezwan Kamarul · Top Commenter · Managing Partner at Messrs. Ezwan Kamarul & Partners / Messrs. FX Project Sdn Bhd
IKLAN PETRONAS RAYA 2011.
Katak apa tu nak? Berahim katak , katak apa? Berahim katak bah , katak apa? Berahim katak, katak apa? abah, abah ni tak dengar ke atau buat2 tak dengar? Apa lagi yg abah nak saya cakap ni? Berahim katak…berahim katak tu bah….
Katak apa tu nak? Berahim katak , katak apa? Berahim katak bah , katak apa? Berahim katak, katak apa? abah, abah ni tak dengar ke atau buat2 tak dengar? Apa lagi yg abah nak saya cakap ni? Berahim katak…berahim katak tu bah….
No comments:
Post a Comment