
Kira-kira 300 penyokong Umno, PERKASA dan NGO, Suara Anak-anak Malaysia mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang petang tadi bagi membantah tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Penyokong kumpulan itu berarak kira-kira satu kilometer dari Masjid Kapitan Keling ke bangunan Komtar selepas solat Jumaat.Sepanjang perarakan itu kumpulan berkenaan membawa sepanduk 'Jangan Berani Bangkitkan Komunis', 'Pulau Pinang Hak Kami' dan 'Guan Eng Dalang Perpecahan Melayu'.
Sejurus tiba di Komtar, mereka berarak mengelilingi bangunan itu dan setibanya di Jalan Penang pada kira-kira 3.10 petang, kumpulan itu bertindak nekad dengan duduk di atas jalan raya selama 10 minit.

Bertindak ganas
Mereka juga bertindak ganas dengan menolak dua jurugambar - seorang daripada akhbar Cina manakala seorang seorang lagi daripada stesen TV.

Katanya, Malaysia perlu dipertahankan daripada kumpulan yang ingin merosakkan keharmonian negara.
"Perhimpunan ini untuk memberi mesej jelas kepada pengkhianat-pengkhianat ini bahawa negara kita masih ramai anak-anak Melayu, Cina dan India yang akan mempertahankan maruah negara," katanya.
Pada jam 3.30 petang, sekumpulan lagi berarak dari Jalan Penang ke kawasan Komtar membawa dua ekor itik dan menjeritkan nama exco Pulau Pinang dan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim.
"Perhimpunan ini untuk memberi mesej jelas kepada pengkhianat-pengkhianat ini bahawa negara kita masih ramai anak-anak Melayu, Cina dan India yang akan mempertahankan maruah negara," katanya.

Selain mempersendakannya mereka juga mengajuk cara percakapan Abdul Malik.
Demonstrasi itu menyebabkan kesesakan di sekitar Georgetown dan banyak premis di sekitar Komtar ditutup.
Polis hanya membiarkan kumpulan itu dengan telatah dan gelagat mereka.

Tindakan itu menyebabkan kesesakan selama lebih dua jam sepanjang kira-kira lapan km dari Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di bahagian Pulau ke pertengahan jambatan, menuju ke Seberang Perai.-MK
P/S : Siapa sebenar nya yg buat huruhara dan bertindak ganas? Kenapa pihak polis membiarkan kumpulan itu?
No comments:
Post a Comment