FIQH AL JIHAD: MENENTANG PEMERINTAH ISLAM YANG ZALIM ( v3.0)
Dalam bahagian yang kedua (click sini) , penulis telah membincangkan 2 pendapat di kalangan ulama’ terhadap masalah menangani pemerintah Islam yang zalim.
Kesimpulannya, wajib atas rakyat yang berupaya berusaha memecat pemerintah yang zalim kerana pada ketika itu, bencana yang terbit dari tindakannya itu tidak terhenti setakat dirinya sahaja atau beberapa orang yang tertentu sahaja malahan menimpa ke atas rakyat seluruhnya.
Pemerintah Islam Yang Munafik
Boleh jadi ada setengah yang menduduki kerusi pemerintahan itu tergolong dalam orang-orang munafik yang melindungi musuh Allah sedangkan mereka berpura-pura menunjukkan diri mereka sebagai orang-orang Islam dengan mengerjakan setengah-setengah ibadah di hadapan orang ramai.
Ini merupakan salah satu daripada taktik orang munafik mengabui mata rakyat yang beragama Islam. Hakikatnya, mereka sebenarnya memerangi umat Islam dalam negaranya.
Kewajipan Memelihara Bahtera Yang Selamat
Daripada Nu’man bin Basyir r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Perumpamaan mereka yang berada dalam batasan sempadan (agama) Allah dan mereka yang terjerumus ke dalamnya adalah seperti kaum yang mengundi untuk mendapatkan tempat masing-masing dalam sebuah kapal, antara mereka ada yang dapat di tingkat atas kapal dan sebahagian lain beroleh di tingkat bawah. Mereka yang berada di bawah akan melalui yang berada di bahagian atas untuk mengambil air, mereka berkata sekiranya kita tebuk saja tempat kita ini kita tidak perlu mengganggu mereka (yang di atas) lagi. Sekiranya dibiarkan mereka laksanakan cadangan tersebut, maka akan binasalah sekalian penumpang, dan kalau dicegah rancangan itu akan selamatlah mereka dan penumpang semuanya.” (Riwayat Bukhari)
Hadis di atas menunjukkan Nabi s.a.w. membuat perumpamaan tugas amar ma’aruf nahi munkar dengan bahtera yang ditebuk penumpangnya kerana ingin mendapatkan air. Akibatnya, bahtera akan tenggelam sekiranya dibiarkan orang yang di bawah menebuk lubang. Baginda s.a.w. mengajar kita bahawa HARAM bagi orang ramai mendiamkan diri apabila melihat tindakan sebarang manusia yang hendak menebuk bahtera masyarakat yang dinaiki oleh umat Islam, kerana perbuatan itu akan membinasakan bahtera itu berserta penumpang-penumpangnya. Tidak kira lah siapa pun penebuk bahtera itu sama ada nakhoda atau anak kapal.
Bayangkan kalau nakhoda(pemerintah) sendiri yang menebuk kapal itu, tiba-tiba ada yang berkata HARAM guna senjata untuk menghalang kapten itu. Kalau benar ada yang berkata sedemikian, seolah-olah ia membawa erti bahawa wajib dikorbankan seluruh orang Islam dan kerajaan mereka untuk memelihara kepentingan seorang zalim yang bersenda-senda dengan hukum Allah dan tidak buat sedikit perhitungan pun dengan balasan di akhirat. Perkataan seumpama itu tidak pernah diucapkan oleh sesiapa pun di kalangan ulama’ salaf mahu pun khalaf.
Sebarang kelakuannya yang menunjukkan bahawa dia seorang Islam tidaklah boleh dijadikan alasan yang dia tidak boleh ditentang. Oleh sebab itulah menurut pendapat jumhur ulama’ bahawa HARUS bagi umat Islam menderhakai pemerintah yang mentadbir urusan rakyatnya dengan cara-cara bid’ah yang tiasa asas sama sekali dalam Islam.
Ini menunjukkan bahawa setengah hadis yang menyuruh kita taatkan pemerintah-pemerintah dan menegah orang-orang Islam bangkit menentang mereka dikaitkan dengan syarat selama mana mereka mendirikan agama di kalangan rakyat. Rasulullah bersabda:
ان هذا الأمر في قريش لا يعاديهم الا كبّه الله على وجهه ما أقاموا الدين
Yang maksudnya: “ Sesungguhnya urusan pemerintahan ini adalah terletak pada Quraisy. Tiada yang memusuhi mereka melainkan akan dimurkai Allah iaitu selama mereka mendirikan agamanya.
Begitulah sayugia difaham dari semua hadis-hadis nabi yang menegah rakyat menderhaka terhadap pemerintah-pemerintah Islam, iaitu selagi mereka mendirikan agama di kalangan rakyat meskipun mereka sendiri ada melakukan maksiat yang dikategorikan dalam dosa besar.
Tidak ada yang terkecuali daripadanya melainkan pemerintah yang meninggalkan sembahyang, tidak mendirikannya bersama-sama orang ramai dan tidak menyeru mereka kepadanya. Kalau ada pemerintah yang meninggalkannya, maka wajib ditentang walaupun dia menjalankan perkara-perkara agama yang lain di kalangan rakyat, kerana dosa besar ini telah disebut dalam banyak hadis –hadisnya sebagai satu-satunya yang mengharuskan rakyat menderhakai pemerintah mereka yang mengaku dirinya orang Islam.
Tribute To Faqih Ibnu Abbas , Semoga Allah Merahmati Beliau...Amin...
Usrah Jamaah Anak Muda
Arkib Berita
-
▼
2011
(3873)
-
▼
06/26 - 07/03
(208)
- TAPAK STESYEN TEKSI PASIR PUTEH : Memalukan PM gun...
- Tunjukkan dimana kezaliman kami - Guan Eng
- Akhirnya Yg Tinggal HANYA TGNA : Sekali TERJAH 2,8...
- Najib and his UMNO gangs are morally-bankrupt and ...
- UMNO Paksa Kakitangan Awam & Guru Sambut Najib Di ...
- Mungkin Bomoh Siam Akan Diguna Untuk Halang Bersih
- Putrajaya isytihar Bersih NGO haram
- Baju kuning kena, baju hitam pun ditangkap – Exco AMK
- Hukum Demonstrasi Menurut Pandangan Islam
- Siapa yang Menggugat ISLAM Demi KUASA? Ambiga atau...
- SKMM : Promosi Video LUCAH ok!!!!
- Benarkah mereka "HINDRAF"???
- Penangkapan Ala "ISA" sudah bermula dibawah Najib ...
- (Video) Ayam Kentucky Fried Chicken Perisa Tapak K...
- Polis ‘main wayang’ ???
- Blogger UMNO kata "UMNO Gila KUASA"????
- Pakai je "BAJU LUCAH" tentu tak "HARAM"..
- GAMBAR TOMOK KAHWIN 1 JULAI 2011
- Ini macam tak kotor ka SPR?
- MB Kedah tak kejam aihh Puteri UMNO woi...
- Khutbah Jumaat Dipolitikkan Mirip Hosni Mubarak
- Sistem Baru SPR Terus Lindungi Pengundi Hantu
- Ape reaksi KDN dan IGP? : Demontrasi Ganas Di Pula...
- KEJAM : Anak Exco Selangor ditumbuk, disepak dan d...
- SPR Tutup Laman Semakan Pemilih .. Dah Kantoiii Ka...
- Tujuan beratus baju-baju BERSIH 2.0 dirampas terbo...
- BERSIH 2.0: MENJAWAB MAINAN UMNO
- Kabinet tak benar Astro naik tarif perkhidmatan
- BERSIH 2.0: POST BERSIH 2007 FORUM (PART 1)
- Gambar panas! Pemuda UMNO bantah Guan Eng sokong B...
- Cucu Wahi Anuar mahu tokoh pejuang kiri dihormati
- Reezal Merican buta hati atau buta mata?
- Apa beza sosialis dan komunis? UMNO-BN "Paranoid"...
- Bersih: Jangan panik jika polis tangkap anda – peguam
- Bersih Ke Mimbar Jumaat, Kalau UMNO apa pun BOLEH!!!
- Rosmah DERMA guna duit TAIB MAHMUD??? kera dihutan...
- TV, radio diarah 'momokkan' BERSIH
- Tarik balik kenyataan atau letak jawatan !!!
- Ikut Kelantan, boikot Utusan
- Tiada situasi menang buat Umno
- Blogger UMNO : Nilai video ini - apa yang anda fi...
- [Panas] GERAKAN Akan Dibubarkan? Bergabung dengan ...
- PENGHAPUSAN E-DIESEL BEBANKAN PENIAGA
- MYVI SE SESUAI JADI KERETA MAYAT?
- TOKOH MALAYSIA BERJAYA CAIRKAN WANG MARCOS
- AYUH, KITA BERSIHKAN IMEJ PDRM SEGERA
- BERSIH - PISAU DAN TIMUN DI TANGAN POLIS
- Apa kata Blogger UMNO : Pilihan Raya atau jalan raya?
- FIQH AL JIHAD: MENENTANG PEMERINTAH ISLAM YANG ZAL...
- NY Times dakwa kilang Lynas bahaya alam sekitar
- SPR masih dibayangi sindrom penafian!
- SPR Tukar Alasan Baru Untuk Tipu Rakyat
- [PANAS] Rumah kecil ini ada 88 orang pengundi berd...
- BAZAR TOK GURU: Kejayaan Gemilang K'jaan Kelantan ...
- SPR tak tau MALU!!!
- Apa kata Blogger UMNO : 99.9% is Anwar.. so what?
- Dr Mashitah mengelirukan DEWAN serta Menghina Jami...
- Kalau tak SONGLAP apa lagi????
- Patutlah SPR Mahu Guna Sistem Biometrik Bukan Dakw...
- BERSIH : Minta PM Tukar Menteri Dalam Negeri, Lant...
- NAJIB TAK KERUAN CABAR RAKYAT
- Pelakon Abdul Razak Diarah Bela Diri Kes Khalwat
- SPR: Sistem boleh kesan ‘pengundi hantu’ diguna mu...
- Kalau anak jantan mansuhkan undi pos, laksanakan d...
- Sampai sekarang PAPA GOMO Si Tukang Fitnah kesayan...
- JERSI KUNING PUN DAH TAKLEH PAKAI?
- Penasihat FOMCA Penipu, FOMCA Sokong Himpunan Aman...
- Pejabat Umno disimbah cat kuning, dilempar bangkai...
- Polis leraikan pertembungan Pemuda Umno dan AMK
- Bersih 2.0 :Perang Psikologi UMNO
- 5 adab, kaedah sambut kelahiran bayi dalam Islam
- Polis Lebih Jaga UMNO Daripada Jaga Rakyat - Mat Sabu
- Bersih: Polis sendiri menyalahi undang-undang – N....
- Bersih 2.0: Tembelang Najib Pecah
- Impian Umno punah, peniaga dapat kunci Bazar esok
- Mercu Tanda "KEJAYAAN" pentadbiran UMNO/BN
- Kedah La nak ajaq matematik dekat Kedah Times
- Percubaan Tangkap Che'gu Bard Di Muar
- T Shirt "BIASA" pun kena GARI...
- Jenglot Jepang, Lebih Keren dan Seraaaaam
- Speaker: Tian Chua kekal ahli parlimen Batu
- Apa yg BOLEH dan TAK BOLEH mengikut Fatwa BN
- Putrajaya arah stesen swasta ‘kubur’ berita Bersih...
- 50 Dalil UMNO , PERKASA tolak BERSIH
- Malaysia menang 2-1 ke atas China Taipei tapi belu...
- GURU SILAT TIDAK PERLU LAH KALUT DENGAN BERSIH, JI...
- Tindakan POLIS untuk kepentingan SEBELAH PIHAK?? -...
- Kecoh!!!Polis Buat Hal Dalam Stadium Pulak Dah...
- Pulak Dah : UMNO diresapi komunis?
- Salih Yaacob bengang dgn "MEK"
- Sekretariat BERSIH 2.0 Digeledah Polis
- Apa kata Blogger UMNO : UMNO perlu tahu - Lagi men...
- Rumah sewa RM18,000 sehari????
- Kuning itu Pengaruh Komunis
- Isu Pengharaman Baju T BERSIH : Menteri, polis jan...
- Blogger UMNO tabik pada video terbitan PAS - sedar...
- 12 petikan anti-BERSIH - versi Bernama
- Ali Alhabshee turut dibodohkan Utusan Malaysia
- 'Ya, ya, ya', polis akan bertindak ke atas Pemuda
- PKR jangka darurat diguna halang himpunan BERSIH
Artikel Popular Minggu ini (Top 10)
No comments:
Post a Comment