Tuesday, June 28, 2011

PAS sasar lautan manusia di pidato Mat Sabu Esok

Dalam ketegangan menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 lagi dua minggu, PAS mensasarkan puluhan ribu hadir bagi mendengar pidato khas timbalan presidennya Mohamad Sabu pada malam esok.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Hasbullah Mohd Ridzwan (kiri), jumlah kehadiran dijangka menjangkau 40,000 hingga 50,000, lapor Harakahdaily.

Ini kerana, ujarnya, rakyat ingin mendengar perkembangan semasa daripada pimpinan Pakatan Rakyat sendiri setelah berbagai berita "dimanipulasikan" media milik BN.

Majlis di Stadium Malawati Shah Alam itu akan dimulai dengan solat hajat yang diimamkan oleh pesuruhjaya PAS Selangor yang baru Dr Abd Rani Osman.

Selepas solat tersebut, menurut Hasbullah, majlis diteruskan dengan tazkirah oleh wakil Dewan Ulama PAS negeri, solat Isyak berjemaah sebelum diikuti solat hajat.

Selain Mohamad dan Dr Abd Rani, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, wakil PKR dan DAP dijadual turut berucap. - mk 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular