Ini bukan promosi BERSIH 2.0 yang dibuat oleh www.umno-reform2.com. Tetapi ini adalah untuk warga UMNO – kepimpinan UMNO untuk menilai cara dan taktik yang digunakan oleh PR – dalam isu ini video yang dibuat oleh PAS untuk BERSIH 2.0.
Mungkin UMNO – mereka yang sedang mengendalikan propaganda UMNO boleh sedar – bagaimana mahu mengurus serangan yang ada. Setakat ini bagi www.umno-reform2.com UMNO sendiri masih di tahap lama – tahap – tahap penggunaan media alternatif zaman – zaman awal reformasi 1998.
Apa pun saksikan – bila mana mereka melakukan propaganda yang melibatkan rakyat – menarik keprihatinan rakyat – biar itu satu manipulasi – tetapi amat menyentuh berbanding dengan media alternatif pro UMNO yang masih berkisar sekitar video dan terhadap individu kepimpinan.
Pemimpin UMNO yang mengendalikan propaganda – buka minda, sedarkan diri tetapi tanya – pada mereka yang sudah arif mengenai perang saraf – perang siber dan jangan hanya merujuk kepada kelompok kecil sekeliling – yang hanya tahu mencium dari telapak tangan sehingga ke bahu semata-mata kerana membodek.
Lihat twitter – pengendali laman pro UMNO – lihat face book – kononnya pembela negara – lihat cara mereka – macam zaman-zaman awal perang saraf media Internet tahun 1998 – ketinggalan menjangkau hampir 13 tahun. Apa pun saya terpaksa angkat tabik pada video terbitan PAS ini. - umno-reform2
No comments:
Post a Comment