Thursday, June 30, 2011

Kalau anak jantan mansuhkan undi pos, laksanakan dakwat kekal


PETALING JAYA: “Kalau benar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak anak jantan mansuhkan undi pos dan laksanakan dakwat kekal pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti”, cabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR,  Port Dickson,  M Ravi.



Ravi melontarkan cabaran tersebut sebagai  membalas cabaran  Najib kepada Pakatan Rakyat (PR) iaitu jika PR anak jantan, bertandinglah dalam PRU dan bukannya mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.


“Ya! Memang kita di PR dengan kerjasama NGO menuntut lapan perkara atau reformasi dalam sistem pilihan raya di Malaysia.


“Memandangkan Perdana Menteri melontarkan cabaran yang tidak kena pada tempatnya maka saya ingin mencabar pada beliau jika benar sistem pilihan raya di Malaysia adalah bersih seperti mana yang didakwa oleh beliau dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) maka saya mencabar Najib dan SPR hanya melaksanakan dua daripada lapan tuntutan itu sebagai permulaan.


“Mansuhkan undi pos dan laksanakan dakwat kekal pada jari pengundi dulu.Selepas itu kita tengok siapa yang akan mengambil alih Putrajaya”, cabar Ravi.


Dalam kenyataan kepada FMT Ravi juga menyelar alasan dangkal kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan SPR bahawa mana mungkin Pakatan Rakyat mampu menawan lima negeri (termasuk Perak dulu) jika pilihan raya di Malaysia tidak bersih.

Alasan budak sekolah

“ Persoalan yang mereka (BN  dan SPR) bangkitkan macam alasan budak sekolah.Ibarat budak sekolah lulus peperiksaan dengan meniru jawapan rakan sebelah meja.


“Bagaimanapun apabila ditangkap oleh guru kerana meniru bolehkah seorang murid memberi alasan kepada guru bahawa jika benar dia meniru sudah tentu dia mendapat markah penuh 100 peratus dan bukannya 70 peratus misalannya.


“Saya ingin tegaskan di sini jika benar pilihan raya di Malaysia dikendalikan bersih sepenuhnya, bukan setakat lima negeri malah “kunci” Putrajaya akan berada dalam genggaman PR pada bila-bila masa,” tegas Ravi lagi.


Ravi juga berkata tindakan kerajaan beria-ia cuba menghalang Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini adalah untuk menghalang kebangkitan rakyat yang sudah tidak tahan lagi dengan sikap kuku besi pentadbiran kerajaan Umno-BN yang terus menekan rakyat dengan pelbagai kenaikan seperti tarif elektrik, minyak dan barang keperluan.


“Umno-BN khususnya Najib bimbang jika Perhimpuan Bersih 2.0 diteruskan ini akan memberi momentum kepada PR dan rakyat marhaen untuk menumbangkan kerajaannya pada PRU 13 tidak lama lagi.


“ Umno-BN dan pihak polis harus bersikap “gentleman” kerana jika Umno yang menganjurkan perhimpunan, polis memberikan kerjasama sepenuhnya dan tiada larangan dan sekatan.Tetapi jika kami (PR) pula mengadakan perhimpunan aman layanan yang berbeza diberikan kononnya kami ingin menimbulkan kekecohan,” kata Ravi. - FMT

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular