Wednesday, June 29, 2011

Harga Barang Terus Membunuh Rakyat Malaysia Di Bawah? Terkini Nescafe Akan Naik Harga 7%!!

Kemeriahan pesta harga barang naik lagi tak dilihat akan berhenti setakat ini sahaja. Satu demi satu sekarang ini sedang “menunggu giliran” dan waktu yang sesuai menaikkan harga produk masing-masing. 

Kalau pergi beli barang dengan bawa duit bernilai RM50 berapa sahaja yang boleh dibeli. Ertinya nilai wang kita semakin rendah. Yang mana dahulu belajar ekonomi, inilah waktu yang sesuai untuk merasai sendiri dalam kehidupan seharian 
Sejak daripada awal bulan Jun 2011 lalu:
Kemudian bagi senarai harga barang naik termasuklah :
  • Harga roti Gardenia
  • Harga ikan
  • Harga ayam
  • Harga susu
  • Dan lain-lain lagi & begitu yang akan datang.
Anda ada nak tambah senarainya? Anda juga boleh update setiapkan kenaikan harga di ruangan komen di bawah…
Terbaru, produk Nestle dijangka akan dinaikkan harga sehingga 7% Nestle bermula 1 Julai 2011. Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Kalau diikutkan produk Nestle dah naik harga sejak 1 Mei 2011 lagi sebanyak 6% selepas kenaikkan harga gula sebelum itu.
Sambutan Hari Raya dah tak lama lagi, memang sinonim kalangan masyarakat kita yang beragama Islam untuk berbelanja lebih sedikit. Tak cukup dengan produk Nestle, Cola juga tidak mahu ketinggalan menaikkan harga produk mereka. Berapa anggaran kenaikkannya masih belum ada pengumumana rasmi lagi daripada mereka. Nantikan sahaja…..
“Nestle have announced another price increase for the ever popular Nescafe and other ranges of everyday Malaysian favourites. It is no wonder their share price keep increasing as shareholders are getting happier with greater profits! The rumour is already in the market right now and will take effect by next month soonest. We will get you more details of this development as soon as we can get our hands on something more concrete. Stay tune for further notice with us.”
Selepas kerajaan Malaysia mula mengurangkan subsidi dan membenarkan kenaikan harga tarif eletrik, kini tiba pengusaha lori pula ingin naikkan upah sewa lori sehingga 18 peratus.
Upah Sewa Pengusaha Lori Pula Naik 18 Peratus!
KUALA LUMPUR – Pengusaha lori komersial dijangka menaikkan kadar upah sewa pengangkutan sebanyak 18 peratus ekoran pemansuhan diesel super subsidi oleh kerajaan.Menurut Naib Presiden Persatuan Pengusaha Lori Tangki Bumiputra Malaysia Berhad, Samiron Safar, kenaikan itu wajar memandangkan kadar upah RM13.50 satu tan bagi setiap perjalanan ketika ini tidak pernah dinaikkan sejak 20 tahun lalu.“Kalau tidak naik memang kami akan gulung tikar sebab selama ini kadar yang dikenakan paling minimum dan pengusaha terpaksa tanggung kos diesel sebanyak RM200 sehari tidak termasuk kos tayar dan upah pemandu.“Justeru, kami akan berbincang dengan pelanggan untuk menaikkan kadar upah yang baru tidak kurang RM3 satu tan,” katanya.
Ia dilihat daripada rantaian besar dek kerana perubahan dasar bagi kadar harga diesel bersubsidi, tarif elektrik dan harga gula sehingga menyebabkan penghantaran stok melalui lori mereka bagi produk Nestle & Cola sedikit terjejas, operasi kilang mereka turut juga terjejas dan Nestle juga menggunakan gula yang dah naik harga tempoh hari. Jadi, mahu tidak mahu mereka perlu lakukan sesuatu. Lagipun mereka orang bisnes. Jadi, kesimpulan naik harga bagi menampung kos kenaikkan yang mereka hadapi. Akhirnya, yang menerima akibatnya siapa?

Kalau dilihat sekarang harga barang di Malaysia dah macam negara-negara maju dan elit di dunia. Dah tak pandang belakang dah. Naik bak roket Soyuz meluncur laju ke angkasa lepas. Harga barang terus meningkat 3,4 kali ganda tetapi sayangnya ia tidak setara dengan pendapatan rakyat Malaysia yang golongan pertengahan dan bawahan tidak kiralah yang bekerja swasta ataupun kerja kerajaan.
  • Harga barang di Malaysia dah hampir capai seperti di negara maju
  • Gaji kakitangan awam masih lagi seperti negara kelas ketiga.
Disaat rakyat golongan pertengahan & bawahan dihimpit dengan masalah ini, semalam kita terus disuapkan dengan berita perbelanjaan “mewah” melibatkan kos utiliti rumah Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri. Erm…
P/S : Nampak canggung di situ. Apa pendapat anda semua dengan situasi harga barang naik di Malaysia ketika ini?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular