Thursday, June 30, 2011

Kalau tak SONGLAP apa lagi????

Tuntutan palsu: MP Sabak Bernam diarah bela diri

Ahli Parlimen Umno bagi kerusi Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah membabitkan lapan tuntutan palsu bagi program yang tidak dijalankan tiga tahun lalu.

NONEAbdul Rahman, 46, didakwa dengan lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000, daripada peruntukan kawasan parlimennya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh memutuskan kedua-dua mempunyai kes prima facie untuk dijawap selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap mereka bagi semua pertuduhan.

Kedua-dua tertuduh akan mula membela diri pada 14 September ini. Mk


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular