Friday, July 1, 2011

Cucu Wahi Anuar mahu tokoh pejuang kiri dihormati


KUALA LUMPUR: Cucu kepada Wahi Anuar, komander pertama dalam Rejimen Melayu Ke 10 mahu berita dan kenyataaan yang menonjolkan pejuang kemerdekaan berhaluan kiri sebagai musuh negara dan pengganas, dihentikan.


“Dengan melahirkan perasaan sedih dan kecewa, pihak keluarga pejuang kemerdekaan berhaluan kiri mendesak agar pihak-pihak yang membuat laporan berita dan kenyataan-kenyataan yang mengguris hati waris keluarga dihentikan,” kata Saifullah Zulkifli, yang juga Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor.


Saifullah merupakan pewaris keluarga pejuang haluan kiri , Wahi Anuar yang sebaris namanya dengan tokoh lain seperti Abdullah CD, Rashid Maiden, Musa Ahmad, Abu Samah Mohd Kassim, Kamarulzaman Teh, Mat Amin, Mat Indera dan sebagainya.


Wahi Anuar juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pejuang kemerdekaan, Shamsiah Fakeh yang turut menyertai Rejimen Melayu Ke 10 iaitu sayap Parti Komunis Malaya (PKM) yang dianggotai orang-orang Melayu.


Menurut Saifulah, Pejuang-pejuang kemerdekaan itu dilihat pengkianat dan pengganas hanya kerana mereka tidak sanggup melihat negara ini dijajah oleh British, mahupun Jepun.


“Pejuang kemerdekaan yang berjuang pada awal di dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) diharamkan pada tahun 1950 membuatkan parti itu tidak dibenarkan menyertai pilihanraya umum pertama tanah melayu pada tahun 1955.

“Akibat daripada pengharaman ini, pejuang kemerdekaan tidak mempunyai jalan lain melainkan untuk masuk ke dalam hutan untuk berjuang secara gerila dengan menubuhkan Regimen 10, yang mana komander pertama adalah datuk saya sendiri Allahyarham Wahi Anuar.


“Beliau bersama nenda tiri, Allahyarhamah Shamsiah Fakeh. Ada juga yang masuk UMNO seperti Aisyah Ghani dan Aziz Ishak,” kata Saifullah.


“Kami, pihak waris keluarga berasakan adalah wajib kepada keluarga Allahyarham seluruh pejuang kemerdekaan untuk membersihkan nama mereka.


“Mereka adalah pejuang berprinsip dengan tidak mahu berkompromi dengan mana-mana penjajah termasuk rundingan dengan British,” tegas Saifullah.


Kerajaan baru-baru ini menahan 30 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D jeyakumar, menjelang Perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai untuk .


Mereka ditahan kerana kononnya cuba menghidupkan idealogi komunis, hanya kerana beberapa penemuan seperti risalah dan baju T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah yang dikait dengan PKM. - KD

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular