Wednesday, June 29, 2011

BERSIH Rugikan Sektor Pelancongan Negara Sebanyak RM1Bilion? Biar Betul Menteri RM1.8 Juta?


Selepas dakyah BERSIH 2.0 menghuru-harakan negara, diresapi pengaruh komunis, dibiayai oleh Kristian, diadakan untuk agenda DSAI dan Ambiga, merugikan peniaga, kini timbul pula dakyah bingai bahawa BERSIH 2.0 merugikan sektor pelancongan sebanyak RM1 billion.

Tampaknya ada 2 menteri yang bersemangat betul menghentam BERSIH. Rais Yatim dan kini Ng Yen Yen. Dua-dua terpalit dengan kontroversi. Seorang dengan kisah berahi, seorang lagi dengan kontroversi laman FB/kronisme RM1.8. Jadi apabila kedua-dua ini lantang bersuara, maka anda sudah tentu faham sebab mereka berbuat demikian!

Tayadih Maysia tidak pandai ekonomi. Namun dakwaan BERSIH 2.0 merugikan sehingga RM1 billion memang tidak masuk akal. Acara perhimpunan yang memakan masa 2 jam itu menjejaskan pendapat negara sebanyak itu? Biar betul?!! Acara BERSIH diadakan di sekitar Kuala Lumpur, bukannya di seluruh Malaysia! 

BERSIH 2.0 diadakan dengan tujuan baik. Perhimpunan ini berarak dengan aman tanpa menimbulkan apa-apa masalah. Jika ada masalah yang timbul, mungkin menyesakkan sedikit jalan raya. Namun itu bukan isunya, kerana jalan raya di Kuala Lumpur sering ditutup untuk tujuan sukan dan acara kebudayaan. Timbul persoalan di sini, mengapa pihak berkuasa tidak mengambil inisiatif untuk menutup jalan bagi memberikan laluan kepada peserta BERSIH? 

Hakikatnya, realitinya,  masalah dan keadaan huru-hara terjadi apabila FRU dan polis bertindak menyemburkan air dan gas pemedih mata. Barulah keadaan menjadi huru-hara dan kezaliman berlaku kepada peserta perhimpunan.


Jika BERSIH 2.0 tidak diganggu, upacara ini sebenarnya menarik perhatian pelancong asing. Mereka sudah tentunya tertarik dengan amalan demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia yang membenarkan rakyatnya berhimpun secara AMAN. Di samping mengambil ikhtibar daripada agenda perhimpunan, mereka juga dapat merakam acara yang bakal merubah landskap politik Malaysia. Adakah situasi aman itu akan berlaku? Jawapannya tidak kerana UMCO tidak akan membenarkan keadaan itu berlaku. Itulah punca masalahnya. Jika BERSIH kali ini diadakan dengan jayannya, maka Putrajaya sudah pasti tumbang dalam PRU 13.

Kesimpulannya, Menteri Pelancongan ini wajar mendesak pihak berkuasa tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menghuru-harakan BERSIH kerana BERSIH juga boleh menjadi produk pelancongan negara. Seperkara lagi, daripada menyelak kain orang, baiklah selak kain sendiri dan jelaskan kepada rakyat tentang RM1.8 juta yang dihabiskan untuk projek laman FB percuma serta penglibatan kroni dalam kontrak projek tersebut. - DCM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular