Monday, July 8, 2013

Mesir Terus Bergolak Ekoran Rampasan Kuasa Tentera

Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera dalam kejadian keganasan di seluruh negara Mesir apabila penyokong Presiden Mesir yang diguling, Mohammed Morsi, bertempur dengan penyokong tentera, sepanjang malam kelmarin.

Pakatan Kumpulan Mempertahankan Kesahan Perlembagaan, termasuk Persaudaraan Islam (Ikhwan Muslimin), dalam satu kenyataan bersama semalam, berikrar untuk meneruskan bantahan "aman" sambil menuntut agar pihak tentera mengembalikan semula kuasa kepada pemimpin mereka yang dilantik secara demokratik.
http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/sayang%20Morsia.jpg
Antara keganasan yang berlaku termasuk di utara semenanjung Sinai menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang cedera, di bandar Iskandariah, sekurang-kuranngnya 14 orang terkorban dan di Dataran Tahrir di Kaherah pula, sekurang-kurangnya dua orang terkorban apabila dua golongan itu bertempur.

Tentera yang telah berpakat dengan kumpulan pembangkang Mesir menjatuhkan Presiden Morsi mendakwa kononnya mereka tidak memihak kepada mana-mana kumpulan, sedangkan Morsi masih ditahan di kem Pengawal Republik dan beratus-ratus pemimpin Ikhwan telah ditangkap.

"Kita tidak berpihak dengan sesiapa pun. Misi kami ialah untuk melindungi nyawa para penunjuk perasaan," kata jurucakap tentera, Kolonel Ahmed Ali.

Polis Terus Mengganas
Sedangkan empat penunjuk perasaan yang tidak bersenjata telah ditembak mati oleh pihak tentera di luar ibu pejabat Pengawal Republikan di mana Morsi dilaporkan telah di'penjarakan'.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/polis%20mesir.jpg
Pihak polis dilaporkan terus mengganas menangkap lebih ramai pemimpin kanan kumpulan Islam kelmarin, termasuk Khairat al-Shater, yang disifatkan sebagai antara orang kuat pergerakan Ikhwan.

Pemimpin kumpulan tersebut, Hazem Salah Abu Ismail dan saudara lelakinya juga dilaporkan ditahan atas tuduhan menghasut pembunuhan penunjuk perasaan pro-pembangkang.

Sementara itu, seorang sumber kehakiman berkata pihak pendakwa raya akan mula menyoal siasat anggota Ikhwan, termasuk Mursi, atas tuduhan "menghina institusi kehakiman."

Seorang birokrat di Kementerian Elektrik, Encik Ali Mohamed Serag, berkata penggulingan Morsi telah memecah-belahkan negara itu dan beliau sedih dengan tindakan pihak tentera.

"Jika rakyat marahkan (Presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama sekalipun, mereka tidak singkirkan beliau melalui penggulingan," katanya memberi contoh tentang sistem demokrasi di Amerika.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Negara Amerika, Jen Psaki dalam satu kenyataannya, menggesa semua pihak, termasuk pihak tentera, untuk menghentikan keganasan terbaru itu.

"Kami membidas keganasan yang berlaku hari ini (kelmarin) di Mesir. Kami menggesa semula pemimpin Mesir agar mengutuk penggunaan kekerasan dan mengelakkan keganasan berlaku lagi di kalangan penyokong mereka," katanya.

Menteri Kehakiman Letak Jawatan
Bantahan kepada tindakan tentera menggulingkan Morsi telah menyebabkan Menteri Kehakiman Mesir Ahmed Suleiman, mengemukakan peletakan jawatannya pada hari Ahad kepada Majlis Menteri-menteri, lapor agensi berita Mesir MENA.

Pada pagi Ahad yang sama, selepas satu lagi pusingan rundingan, seorang ahli politik kanan kumpulan Salafi berkata parti An-Nour tidak akan menerima ElBaradei sebagai Perdana Menteri.

"Pendirian kami adalah mudah, terdapat dua sebab untuk menolak ElBaradei : Kita perlu seorang tokoh teknokrat ekonomi dan kita perlu untuk menamatkan polarisasi di jalanan,

"Kita tidak boleh bercakap mengenai perdamaian kebangsaan dan kemudian melantik seorang Perdana Menteri dikalangan seorang yang bermusuh melawan Morsi."kata Nader Bakkar.

Ekoran kenyataan itu, ElBaradei mengakui terdapat kebimbangan mengasingkan parti An-Nour, yang memenangi hampir satu perempat daripada undi parlimen pada pilihan raya 2011.

Hamas Gesa Mesir Buka Pintu Rafah
Dalam perkembangan lain, Hamas pada hari Ahad menyeru pihak berkuasa Mesir untuk membuka semula pintu Rafah, yang ditutup pada Jumaat berikutan peristiwa serangan ganas terhadap pasukan keselamatan Mesir di Sinai.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/pintu%20rafah.jpg
Ehab Ghissin, jurucakap Hamas di Semenanjung Gaza, berkata pintu Rafah "perlu diasingkan daripada konflik politik di Mesir."

Beliau berkata walaupun Hamas memahami masalah keselamatan Mesir, namun tidak ada sebab mengapa pintu Rafah perlu ditutup dan menghalang pergerakan penduduk Palestin.

Ghissin berkata beratus-ratus rakyat Palestin masih terkandas di kedua-dua belah sempadan kerana keputusan Mesir untuk menutup terminal imigresen tersebut.

Sumber di Semenanjung Gaza berkata hampir 1,000 jemaah Palestin yang melakukan ibadah umrah tidak dapat pulang dari Meekah ke rumah kerana penutupan pintu sempadan itu.

Di samping menutup terminal Rafah, tentera Mesir juga telah memusnahkan beberapa terowong penyeludupan di sepanjang sempadan di antara Semenanjung Gaza dan Mesir dalam beberapa hari yang lalu, sumber-sumber dekat dengan Hamas mengesahkan pada hari Ahad.

Sumber-sumber berkata bahawa langkah-langkah Mesir telah menyebabkan kekurangan bahan api dan barangan asas di Semenanjung Gaza.

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

1 comment:

hisemudinkasim.blogspot.com said...

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang mula berpuasa hari ini, Moga ibadah kita dipenuhi dengan keberkatan.

Dengan kedatangan Ramadhan, kita juga berharap umat Islam di negara-negara yang bergolak akibat peperangan khususnya perang saudara di Syria dan pergolakan di Mesir akan bersama-sama menerima seruan agar menghentikan segala bentuk pertelingkahan sesama Islam.

Saya juga telah melengkapkan analisa mengenai ketiga-tiga negara yang bergolak iaitu Mesir, Syria dan Turki seperti di bawah :

1. Turki & Erdogan : Legasi bumi Uthmaniah kini bergolak
2. Krisis politik Mesir : Tentera rampas kuasa redakan Arab Spring II
3. Perang saudara di Syria : Perang proksi AS dan Russia

Moga kita di Malaysia mendapat iktibar daripada pergolakan tersebut dan menginsafi keamanan yang kita kecapi hari ini.

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/krisis-politik-mesir-tentera-rampas.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular