Monday, July 8, 2013

Kenyataan LGE yg memalukan Najib

DAP gesa demokrasi Mesir dipulihkan, kesal kenyataan Najib
KUALA LUMPUR, 8 JULAI: DAP kesal dan kecewa dengan rampasan kuasa tentera ke atas kerajaan Mesir pimpinan Presiden Mohammed Morsi dan menyifatnya sebagai tindakan yang tidak demokratik.


Setiausaha Agung DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng berkata, rampasan kuasa itu adalah satu pencabulan terbesar ke atas kerajaan Mesir yang dipilih melalui pilihan raya.

“Kerajaan Mohammed Morsi mendapat 52 peratus majoriti pengundi Mesir. Rampasan kuasa oleh tentera dengan pencabulan terhadap suara rakyat tidak boleh diterima,” katanya.
Sehubungan itu, beliau juga terkejut dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipetik media memberi amaran bahawa perubahan sesebuah kerajaan bakal mendatangkan kesan kepada kestabilan negara dan ekonomi.

“Beliau sebelum ini dilihat kononnya pejuang demokrasi. Tetapi kenyataan ‘amaran’ itu seperti sebaliknya,” kata Guan Eng.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, sistem demokrasi adalah satu sistem terbaik dalam mengawal dan mencegah rasuah dan pencabulan hak asasi manusia.

“Kemakmuran ekonomi serta pengurangan jurang pendapatan rakyat hanya boleh tercapai melalui ketelusan, akauntabiliti dan persaingan begitu juga dengan kebebasan bukannya dengan amalan kronisme, nepotisme dan penindasan.

“Kita mahu lihat, antara peluru dan peti undi, adakah Najib yakin ekonomi Mesir akan pulih apabila terkuburnya demokrasi dengan pembabitan rakyat digantikan oleh tentera yang tidak dipilih,” kata beliau.-Roketkini.com

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular