Tuesday, July 9, 2013

54 Penyokong Mursi DITEMBAK, MESIR Jadi 'SYRIA BARU' +Video

Jenazah penyokong Mursi yang terkorban dalam kejadian tembakan daripada pihak polis dan tentera dibawa ke tanah perkuburan.

KAHERAH – Ikhwanul Muslimin (IM) Mesir menyeru pemberontakan pada Isnin (8/7/2013) setelah sekurang-kurangya 50 orang penyokong ditembak mati di luar markas tentera di Kaherah dan mendesak campur tangan antarabangsa untuk mencegah “Syria baru”.

Sayap politik kelompok Islam, Parti Kebebasan dan Keadilan, menyeru pemberontakan daripada orang-orang besar di Mesir melawan mereka yang berusaha mencuri revolusi dengan kereta kebal, menurut laporan Al Arabiya.
Tangisan mengiringi pemergian para jenazah yang terkorban ketika dibawa keluar daripada masjid untuk dikebumikan.


Mereka mendesak masyarakat antarabangsa dan seluruh orang yang merdeka untuk campur tangan menghentikan pembunuhan lebih lanjut dan mencegah “Syria baru” di dunia Arab.


IM berkata puluhan penyokongnya yang mempertahankan presiden yang digulingkan, Muhammad Mursi telah ditembak mati oleh pasukan keamanan.

“Penyokong Mursi sedang melakukan solat ketika pihak polis dan tentera menembak peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah mereka. Ini menyebabkan seramai 35 orang meninggal dunia dan angka itu kemungkinan akan meningkat,” kata IM dalam sebuah kenyataan.


Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular