Najib dan umno semakin tersepit akibat terlepas cakap Najib yang terlalu nak kan 1Malaysia berjalan lancar....
Tahun lepas Najib dengan senang hati dah berjanji nak hapuskan akta hasutan... Bila akta baru ganti akta hasutan dah digubal, umno baru terasa ini akan merbahayakan masa depan parti tersebut...,,
Maka dicuba-cuba oleh umno dengan menggunakan Naib Presidennya yang juga Menteri Dalam Negeri untuk mempertahankan semula dengan mengekalkan akta hasutan...
Tetapi apakan daya,, rakan komponen umno yang paling senior iaitu Mca sendiri tidak setuju.....
Dan yang lebih parah Mic pun turut sama,,, malah paling menyakitkan hati dan perasaan Menteri Mic mengambil alih tempat Zahid... ambik ko... Manjung Mari
Akta Hasutan 1948: Apa pendirian Zahid selepas ini
Mesyuarat kabinet semalam memutuskan untuk kekal dengan pendirian mahu memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional yang kini sedang digubal.
Ini bermakna tiada apa-apa yang berubah berhubung keputusan pemansuhan akta itu sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri pada Julai 2012 lalu.
Menteri Kesihatan, S Subramanian ketika memberitahu demikian berkata, Akta Keharmonian Nasional yang menggantikannya akan memastikan kestabilan politik dan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Dengan keputusan kabinet ini, orangramai tentunya tertanya-tanya apakah pendirian Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi mengenai perkara itu selepas ini?
Apakah beliau bersetuju dengan keputusan kabinet itu atau akan terus menentangnya sebagaimana kelantangan yang dipamerkan dua tiga hari sebelum ini?
Orangramai juga tentunya ingin tahu, apakah dalam mesyuarat kabinet semalam, Zahid Hamidi turut bersetuju bersama-sama pendirian kabinet itu atau beliau ada menyuarakan bantahan akta itu daripada dimansuhkan atau beliau hanya berdiam diri saja?
Semua ini menimbulkan persoalan. Zahid sebelum ini merupakan menteri yang paling ke depan membantah pemansuhan Akta Hasutan dengan menyelar sikap pihak-pihak tertentu yang mahu memansukan akta tersebut tanpa memikirkan kesan negatifnya walaupun sebenarnya perkara itu datang daripada mulut Najib sendiri.
Bahkan Zahid Hamidi juga mengingatkan dengan pemansuhan Akta Hasutan 1948 itu ia akan mendedahkan empat aspek dalam Perlembagaan kepada pertikaian umum iaitu kedudukan hak istimewa orang-orang Melayu, kedudukan Raja-Raja, agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Zahid juga menyatakan ketegasannya untuk tidak berkompromi dan akan terus mempertahankan Akta Hasutan 1948 itu.
Pelbagai pihak dalam UMNO termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir juga memberi pandangan bahawa akta itu perlu dikekalkan namun pihak pembangkang pula mahukan Najib menunjukkan ketegasan dan tidak mengubah janji mahu memansuhkan akta itu.
Najib diingatkan agar mengekalkan slogan Janji Ditepati dan tidak menukarnya menjadi Janji Dicapati!
Sementara Zahid Hamidi menunjukkan ketegasannya mahu mempertahankan akta itu, ramai yang skeptikal dengan pendirian Menteri Dalam Negeri itu yang seolah-olah menyanggah keputusan Perdana Menteri sendiri dan melihatnya tidak lebih daripada tindakan Zahid memainkan emosi orang Melayu dan perwakilan UMNO menjelang pemilihan parti hujung tahun ini.
Selain Zahid Hamidi tidak dikenali sangat sebagai pemimpin yang benar-benar tegas sebelum ini, malah tindakan beliau membangkitkan bantahan mengenai Akta Hasutan secara tiba-tiba sekarang ini juga menimbulkan persoalan memandangkan ketika Najib melontarkan cadangan mahu memansuhkan akta itu sejak Julai 2012 lalu, Zahid Hamidi tidak pula bersuara mengenainya.
Ramai yang melihatnya sekadar permainan emosi di media untuk melonjakkan populariti menjelang pemilihan UMNO semata-mata.
Lalu dengan keputusan kabinet ini, apakah sebenarnya pendirian Zahid Hamidi selepas ini?
Jika beliau terus bersuara dan komited dengan pendiriannya dan dalam mesyuarat kabinet semalam juga diketahui beliau didapati menyuarakan bantahannya tetapi terpaksa akur dengan keputusan majoriti, barang kali orangramai akan meyakini keikhlasannya tetapi jika beliau hanya berdiam diri saja seperti tikus yang berada dalam tong beras, tidak diragui lagi bahawa riuh-rendahnya selama ini hanyalah sandiwara saja.
Rakyat kini sedang menunggu Zahid Hamidi menyatakan jati dirinya.
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment