Harga ayam cekik darah pengguna
Harga ayam di sebuah pasar raya didapati masih kekal dengan harga RM8.80 sekilogram biarpun di sesetengah tempat harga barang kawalan itu dilaporkan mencecah RM10 sekilogram.
DUNGUN - Peniaga yang menjual ayam pada harga terlalu tinggi sehingga membebankan pengguna akan berdepan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud berkata, banyak rungutan ditimbulkan pengguna berikutan harga barang kawalan itu yang dikatakan naik secara mendadak di sesetengah tempat menjelang Ramadan.
Roslee berkata, sekiranya peniaga tetap berdegil mengekalkan harga yang mahal, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas.
"Orang ramai juga perlu peka dengan keadaan ini, jika peniaga tetap berdegil, pengguna seharusnya mencari alternatif lain untuk membeli barang yang lebih murah di pasaran.
"Jika semua pengguna boikot barang mahal, peniaga akan rugi dan akhirnya mereka menurunkan harga mengikut kadar yang berpatutan,” katanya yang juga Adun Bukit Besi.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 238 warga pendidik di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, petang semalam.
Sementara itu, pengguna, Kasmah Ibrahim, 47, mendakwa, dia membeli ayam di sebuah kedai di pekan Besut kelmarin, dengan harga RM9.50 sekilogram, selain di Ajil dengan harga RM10 sekilogram.
Katanya, harga itu terlalu mahal berbanding sebelumnya iaitu RM8.80 sekilogram.
"Nak beli ikan, harga lagi mahal. Jika anak ramai lagi tak cukup. Jadi, peniaga yang naikkan harga ayam ini memang tak patut,” kata Kasmah yang bertugas sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Felda Seri Rasau Kerteh.
Sementara itu, tinjauan di beberapa lokasi termasuk pasar dan pasar raya di bandar Dungun mendapati harga ayam masih dijual dengan harga RM8.80 sekilogram.
Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, (KPDNKK) Dungun Ahmad Mahmood berkata, beberapa pegawai KPDNKK kini ditempatkan di beberapa lokasi strategik bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga ayam di pasaran terutama sepanjang Ramadan.
"Jika berlaku kenaikan, kita harap orang ramai dapat melaporkan pada kita untuk tindakan segera,” katanya. - SH
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment