HALAMAN HIBURAN
BERSEMPENA dengan sambutan Ramadan bermula 10 Julai depan, TV3 akan menayangkan sebanyak 29 program termasuklah drama, dokumentari, telefilem dan juga program berbentuk majalah.
Ini, antaranya, lihat gambar di atas. Mempamerkan gambar aurat wanita, wajarkah menyambut puasa begini? Inilah tarbiah UMNO/BN... (IH)
Ramadhan: Apa yang Lainnya?
Malanglah bagi orang-orang yang menemui bulan Ramadhan, sedangkan mereka tidak pun meletakkan perbezaan dengan bulan-bulan yang lain. Mereka mempunyai nama dengan nama-nama indah Islam dan hidup ditengah-tengah masyarakat Islam. Tetapi, mereka mengotori kesucian dan kehormatan bulan yang mulia ini. Apakah hal ini sepatutnya terjadi di dalam masyarakat Islam? Demi Allah! Sama sekali tidak sepatutnya terjadi dalam masyarakat Islam.
Jika mereka tetap dengan pendirian mereka untuk mengotori kesucian bulan Ramadhan, bermakna mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang fasik, sentiasa bergelumang dengan kemaksiatan yang akhirnya membawa kepada murtad dan kekufuran kepada Allah SWT. Nauzubillah...
Semoga Allah SWT melindungi kita.
Nota Tambahan:
Dalam setahun kita akan menempuh sebanyak 12 bulan. Dalam setahun itulah kita akan menemui satu bulan yang lain daripada yang lain. Bulan tersebut dipanggil sebagai bulan Ramadhan.
Kepada mereka yang berkesempatan berjumpa dengan bulan Ramadhan, tetapi menjadikan bulan Ramadhan sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain, maka sungguh malang baginya.
Ini kerana, bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat istimewa. Tidak dapat disamakan dengan bulan-bulan yang lain seperti bulan Syawal dan sebagainya.
Allah SWT menjanjikan pada bulan tersebut, terdapat satu malam jika dilaksanakan ibadah pada malam tersebut dengan penuh kusyuk dan iklas, ganjaran yang diperolehi lebih baik daripada beribadah selama seribu bulan (83 tahun). Malam tersebut ialah Lailatul Qadar.
Lebih malang lagi apabila nama sahaja Muslim, tinggal juga di kawasan orang-orang Muslim tetapi dalam masa yang sama telah mencemarkan nama baik Islam. Pada bulan Ramadhan, mereka cemarkan dengan kemaksiatan, kerana bagi mereka bulan Ramadhan sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain. - ajijoi.
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment