Tuesday, July 9, 2013

KEDAH MENGHADAPI MASALAH AIR BERSIH YANG TERUK...APA CERITA NIE?

Akibat kelemahan pengurusan kerajaan UMNO Kedah, isu air yang telah diatasi oleh Pakatan haritu kini muncul kembali , Masalah timbul dan tidak diatasi selepas PRU13.

Penduduk Terpaksa mandi air parit, perigi
Peniaga, Siti Rohayu Oh Abdullah, 42, menunjukkan gelas dan pinggan tidak dapat dibasuh disebabkan gangguan bekalan air.

PENDANG - Ratusan penduduk di Kilang Kechik dekat sini, naik angin apabila kerap berhadapan gangguan bekalan air selepas PRU13 lalu tanpa menerima sebarang notis pemberitahuan.

Difahamkan, gangguan bekalan air kerap berlaku di kawasan Kilang Kechik dan beberapa kampung berhampiran antaranya Sungai Durian, Kampung Panjang, Banggol Tambak dan Kongsu Baru.

Penduduk, Lee Chong Hak, 61, berkata, dia terkilan kerana pihak berkenaan tidak mengeluarkan notis memaklumkan gangguan bekalan air kepada penduduk agar mereka dapat menyimpan bekalan untuk kegunaan harian.

“Penduduk marah kerana gangguan air mengambil masa sehari dan terbaru tiada air selama tiga, sekali gus menyusahkan penduduk kerana bekalan tidak dihantar ke rumah.

“Ketiadaan bekalan air menyebabkan saya terpaksa mandi air parit di kebun memandangkan perkhidmatan perigi tiada di kawasan rumah namun ia membimbangkan kerana akan membahayakan kesihatan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Noraini Hanafiah, 54, berkata, gangguan bekalan tidak sepatutnya kerap berlaku memandangkan bayaran bil dijelaskan dengan baik setiap bulan.

“Jika air tiada, kami sukar membuang air kecil dan besar kerana terpaksa mencari air terlebih dahulu.

“Pakaian dan pinggan mangkuk tidak dapat dicuci menyebabkan keadaan rumah menjadi kotor,” katanya.

Bagi Abdul Halim Ahmad, 63, pula berkata, gangguan bekalan air menyebabkan kebanyakan penduduk tidak boleh mandi dan terpaksa mengeluarkan belanja RM20 sehari untuk membeli bekalan air mineral bagi kegunaan minum dan memasak.
“Jika Syarikat Air Darul Aman (Sada) mengeluarkan notis awal memberitahu akan berlaku gangguan bekalan air, membolehkan penduduk membuat persiapan menadah air untuk disimpan,” katanya.

Bagi peniaga kedai makan, Rokiah Roslan, 48, berkata, gangguan bekalan air itu menyebabkan perniagaannya terjejas kerana premisnya terpaksa ditutup.

“Minggu lepas, dua hari saya tidak berniaga kerana tiada air dan terpaksa tanggung rugi RM400 kerana tiada notis diberikan.

“Sejak dua bulan kebelakangan ini gangguan bekalan air semakin serius dan penduduk tak tahu sebab pihak berkenaan menutup paip,” katanya.

Rokiah berkata, dia juga bimbang keselamatan anak-anaknya yang terpaksa mandi di perigi yang terletak di dalam hutan.

Gangguan air di Langkawi selama 4 hari akibat Rumah Pam Tenggelam

KUAH - Gangguan bekalan air berlaku di beberapa lokasi sekitar Langkawi sejak Jumaat lalu, membabitkan 19,000 akaun pengguna domestik dan industri perhotelan. Pegawai Perhubungan Awam, Syarikat Air Darul Aman (Sada), Rofedi Sulaiman berkata, gangguan itu disebabkan oleh kegagalan ‘pump hi lift’ yang terletak di loji Padang Saga, Bukit Kemboja Langkawi.

"Pam tersebut mengalami kerosakan kerana ditenggelami air akibat hujan lebat dan banjir kilat di sini, Khamis lalu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sebanyak lima pam ditenggelami air dan kerja pembaikan giat dijalankan bagi memastikan keadaan pulih seperti sediakala.

“Kawasan yang mengalami gangguan ialah Pantai Chenang, Kampung Bayas, Kampung Kedawang, Kampung Temoyong, Kampung Padang Wahid dan seterusnya hotel dan chalet yang berada sekitar kawasan tersebut.

“Buat masa sekarang pengguna terlibat dengan masalah gangguan air ini telah dibekalkan air melalui lori tangki dan tangki statik. Kami mohon maaf atas kesulitan yang dialami. Insya-ALLAH gangguan bekalan air akan berakhir esok,” katanya.

Rofedi berkata, pengguna yang mengalami masalah bekalan air boleh menghubungi bilik gerakan Sada di talian 04-9660673 dan Taliworks 04-9663028.
Foto

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular