Sunday, July 7, 2013

RM350,000 wang rakyat melayang!!

KERAJAAN BN SAH ZALIM KINI BERSAMA 8 JAHANAM?
KEZALIMAN POLIS - KERAJAAN DIARAH BAYAR PEMANDU LORI RM350,000

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan kerajaan dan polis membayar ganti rugi lebih RM350,000 kepada seorang pemandu lori yang cedera semasa disoal siasat 5 tahun lepas.

Hakim Datuk John Louis O'hara membuat keputusan untuk membenarkan saman B.Prabakar selepas memutuskan plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap kerajaan dan lapan anggota polis.

Dalam penghakimannya, O'hara berkata tujuh daripada anggota polis berkenaan bertanggungjawab terhadap penderitaan dan kesakitan yang dialami plaintif.

Beliau berkata ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, yang merupakan Ketua Polis Daerah Brickfields ketika itu, pula bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan penjawat awam berkenaan manakala kerajaan memikul liabiliti gantian.

“Saya mendapati berdasarkan keterangan, ketujuh-tujuh defendan bertanggungjawab terhadap kesakitan yang ditanggung plaintif semasa soal siasat yang akan berterusan jika mangsa tidak mengaku atau meninggal dunia,” katanya.

O'hara memerintahkan agar Prabakar, 32, dibayar ganti rugi teladan dan punitif sebanyak RM150,000 dan RM100,000 sebagai ganti rugi teruk serta RM50,000 sebagai ganti rugi am.

Beliau turut memerintahkan defendan membayar RM50,000 sebagai kos, RM1,500 bagi kehilangan pendapatan, RM150 untuk bil perubatan dan RM75 bagi gambar kecederaan plaintif.

Pada 21 Sept 2011, Prabakar memfailkan saman terhadap tiga anggota polis berpangkat Sarjan (Mohd Shafiee Abdul Halim, Mohd Diah Sulaiman dan Zulkiplly Taib), dua Koperal (Abdullah Musa dan Zamrin Zaid), dua Lans Koperal (Matila@Saudi Ismail dan Nizam Abd Wahab), Wan Abdul Bari serta kerajaan mendakwa dipukul dan disimbah air panas oleh tujuh anggota polis selepas beliau ditahan.

Dalam penyataan tuntutan, beliau mendakwa ditahan polis di sebuah parkir kereta di Sri Hartamas pada 9.30 malam 23 Dis 2008 sebelum disoal siasat tujuh anggota polis di Balai Polis Daerah Brickfields dari 10 malam hari sama sehingga pagi berikutnya.

Pada 4 Okt 2011, Mohd Shafiee dan Mohd Diah masing-masing dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen bagi kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan kepada dua tahanan manakala lima lagi dibebaskan daripada pertuduhan....
Posted & copy by rakyatmarhaen

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular